Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Bersyukur kita kerana masih dipanjangkan umur lagi dapat kita bertemu semula dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan Ramadhan menjelma lagi yang menghimpunkan rahmat dan magfirah supaya dapat kita menambahkan ibadah kita dengan keberkatannya dengan amal dan ibadah. Bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, janganlah dibiarkan berkatnya dengan melakukan perkara yang sia-sia.

Ada pepatah yang menyebut sambutlah Ramadhan ini seperti kita menyambut ketibaan orang yang kita cinta. Mashaallah besarnya sungguh pahala di bulan Ramadan ini semoga ia menjadi asbab kita dengan amalan-amalan yang kita lakukan nanti membawa kita jalan ke syurga. Pahala yang diberikan pada bulan ini berlipat ganda jika kita mengamalkan perkara-perkara kebaikan. Semoga Ramadan kali ini kita menyambutnya dengan jiwa terbuka berlapang dada, penuh dengan kegembiraan dan tidak mengganggu ketenangan kehidupan seharian kita malahan perlu lebih tenang lagi. 

Lafaz Niat Puasa di Bulan Ramadhan:

1.Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

 

2.Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

Panduan Lafaz Niat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Sumber : Shafiqolbu

Salam menyambut ramadhan dari kami di Jejak Travel Santai. Semoga ibadah kita semua diterima hendaknya.

Please share and like our webpage