Berpuasa di Jepun

Di dalam bahasa Jepun, puasa adalah danjiki (だんじき). Minnasan danjiki wo gambatte kudasai yang bermaksud please do your best for fasting. Seperti yang kita ketahui, Jepun dikenali dengan negara matahari terbit “the land of the rising sun”. Betulke memang Jepun negara yang mula-mula tengok matahari? Benarkah kedudukan geografi tersebut? Nama Jepun dalam bahasa Jepun ialah Nippon, yang bermaksud “negara matahari terbit”. Ini ialah kerana kedudukan geografi negara tersebut yang membolehkannya menerima matahari lebih awal dari negara lain. Untuk mengetahui serba sedikit sejarah dan geografinya sila klik disini. 

Berpuasa di Jepun sama juga seperti berpuasa di Malaysia. Bezanya ialah di sana waktu imsaknya lebih awal kerana negara Jepun menerima matahari yang lebih awal jadi siangnya lebih awal dari negara-negara Asia walaupun terletak sama disebelah timur. Beza waktu antara negara-negara di Asia Timur adalah seperti berikut:

diantara Malaysia dan Jepun ialah 1 jam

diantara Singapura dan Jepun ialah 1 jam

diantara Indonesia dan Jepun ialah 2 jam

diantara Thailand dan Jepun ialah 2 jam

diantara Filipina dan Jepun ialah 1 jam

diantara Cina dan Jepun ialah 1 jam

diantara India dan Jepun ialah 3 jam 30 minit

Berpuasa di Jepun masa yang diambil selama 15-16 jam berbanding dengan Malaysia iaitu 13 jam. Waktu subuhnya yang agak awal jadi waktu imsak pada jam 02.30 pagi, mula berpuasa sekitar 03.00 pagi dan berbuka sekitar jam 6.30 – 7.00 malam. Bersiap bersama

Sumber : Islamic Finder

Waktu berpuasa negara-negara di seluruh dunia Sumber : Statista

Sumber : Seyyed Llata, GN Designer

Cabaran berpuasa di negara luar terutamanya di negara yang bukan negara Islam sangat mencabar sama juga seperti di Jepun. Negara ini bukanlah negara islam walaupun ianya adalah bulan Ramadhan tetapi suasana mereka adalah sama seperti hari biasa. Jika berada di Malaysia bila tibanya waktu berbuka, pasti masjid-masjid dan surau-surau penih dengan aktiviti ibadah. Tetapi jika ke negara yang minoriti pendiduknya beragama islam. Mencari masjid dan surau juga tidaklah begitu mudah.

Walaupun begitu, islam di Jepun makin berkembang pesat. Penduduk Jepun sudah makin menerima pengaruh Islam dan menghormati agama ini. Rakyat Jepun sudah mula faham keperluan pelancong muslim dan sudah banyak terdapat surau serta masjid yang dibina di sekitar Jepun sekarang. Bukan hanya masjid dan musolla tetapi banyak juga restoran halal di Jepun bagi yang khuatir tentang halal. Terdapat juga beberapa masjid di Tokyo dan seperti juga masjid-masjid lain di dunia sewaktu bulan Ramadhan, masjid-masjid ini akan mengajurkan iftar (berbuka puasa) dan terawih. 

Masjid Tokyo Camii @ Masjid Tokyo

Alamat:

1-19 Oyamacho, Shibuya, Tokyo 151-0065, Japan    

Stesen Berdekatan : Stesen Yoyogi Uehara

 

Masjid Kobe

Alamat:

2-25-14 Nakayamate Dori, Chuo-lu, 650-0004 Kobe-shi

Stesen Berdekatan : Stesen Kobe Sannomiya

Anda juga boleh klik link di bawah untuk mengetahui lokasi-lokasi masjid di sekitar Jepun di sini.

Please share and like our webpage