Cuti-Cuti Malaysia Sewaktu Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur

Awal bulan Februari tahun 2019 dari 1 hari bulan hingga 6 hari bulan ramai penduduk Kuala Lumpur bercuti panjang kerana terdapat 2 cuti am. 

1 hb – Jumaat (Cuti Am-Hari Wilayah)

2hb – Sabtu

3hb – Ahad

4hb – Isnin (Hari Bekerja)

5hb – Selasa (Cuti Am-Hari Raya Cina)

6hb – Rabu (Cuti Am-Hari Raya Cina)

Memandangkan kami tiada merancang untuk pergi berjalan jauh, saya mengajak suami bercuti di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Setiap tahun kebiasaannya apabila hari raya cina kami pasti akan pergi melancong sama ada di dalam atau di luar negeri. Tetapi kebiasaannya bercuti di dalam negeri sewaktu tahun baru cina, lebuhraya di Malaysia terlalu padat dan perjalanan sepatutnya hanya cuma satu jam boleh menjadi 3 jam. Bayangkan kalau melebihi dari satu jam.

Kami pernah pergi ke Langkawi sewaktu tahun baru Cina dengan menaiki kapal terbang, dan sudah tentu dengan menaiki kapal terbang tidak memerlukan kami ntuk bersesak di lebuhraya tetapi sangkaan kami silap apabila tiba di Langkawi, terlalu ramai pelancong di Langkawi yang sedang bercuti. Kami juga pernah ke Melaka yang jaraknya hanya satu jam setengah dari Kuala Lumpur, tetapi menjadi hampir 3 jam kerana lebuhraya yang sesak. Tiba di bandar Melaka, hampir kesemua jalanraya juga sesak dan akhirnya kami mengambil keputusan duduk di dalam hotel sahaja.

Dan tibalah pada tahun ini 2019 ditambahkan dengan dua cuti am yang bersambung pula dengan cuti sekolah selama seminggu sempena tahun baru cina, saya dan suami merasakan kemungkinan besar penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya dan mungkin sedikit dari dari negeri-negeri lain juga pergi bercuti. Jadi keputusannya ialah bercuti di sekitar Kuala Lumpur sahaja sudah memadai.  

Kepelbagaikan kaum, bangsa dan agama di Malaysia menjadikan Malaysia ada pelbagai cuti am bagi perayaan-perayaan besar antara kaum. Bukan hanya cuti am yang melibatkan perayaan besar tetapi terdapat juga cuti-cuti khas untuk sesebuah negeri-negeri di Malaysia. Alangkah bersyukurnya kita tinggal di Malaysia yang aman ini dengan kepelbagaian kaum yang ada ini. 

Seperti Tahun Baru Cina mahupun perayaan lain di Malaysia, terdapat beberapa sambutan yang besar diadakan di Kuala Lumpur seperti jalan-jalan raya yang dihiasi lampu-lampu neon, tanglung-tanglung yang di pasang, persembahan-persembahan naga di banyak gedung-gedung besar di Kuala Lumpur. Kami mengambil kesempatan untuk menggunakan masa bercuti ini dengan anak-anak ke KLCC. Tujuan utamanya adalah ke Aquaria KLCC. Sangkaan kami ternyata meleset kerana mungkin ramai penduduk Kuala Lumpur dan Selangor bercuti ke luar teapi ternyata semalam 5 hari bulan Februari, ribuan manusia yang pergi ke KLCC. Untuk mendapatkan tempat parking kereta sahaja kami harus menunggu hampir 45 minit yang kebiasannya kurang dari 15 minit. Di tempat makan pula iaitu di food court ramai orang beratur dan untuk mencari meja kosong sahaja masa yang diambil ialah 30 minit. Selepas kami makan kami terus ke Aquaria dan sekali lagi sangkaan kami begitu meleset kerana hampir satu jam setengah terpaksa beratur sebelum kami boleh masuk ke Aquaria. Memandangkan tiket sudah dibeli lebih awal secara online dan harus digunakan pada tarikh yang sama, perancangan kami ke Aquaria harus diteruskan walaupun beratur panjang. Jadi kesimpulannya sama ada anda pergi bercuti di luar Kuala Lumpur ataupun di luar Kuala Lumpur sewaktu tahun baru cina, kesesakan tetap sama iaitu di lebuhraya untuk keluar dari Kuala Lumpur dan gedung-gedung besar (shopping complex) di Kuala Lumour juga. Walaubagaimanapun, apabila mengalami situasi-situasi sebegini, mood dan fikiran positif amat perlu untuk orang yang ingin pergi bercuti seperti kami. Teryata pengalaman-pengalaman ini mengajar kita untuk belajar dan memahami tentang sesuatu perkara walaupun hanya pergi bercuti di Kuala Lumpur. Di dalalam entri kali ini, saya lebih kepada percutian secara khususnya iaitu di Kuala Lumpur, di entri saya selepas ini saya akan ceritakan tentang percutian kami di Aquaria. Selamat bercuti dan selamat bekerja semula!  

Please share and like our webpage

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.