Umrah – Kuala Lumpur ke Jeddah

Hari Pertama

Berangkat Ke Mekah

Di Rumah

Perasaan saya sudah pastinya teruja dan tidak sabar untuk pergi menunaikan umrah. Tetapi pada waktu yang sama saya rasa sedih meninggalkan anak-anak selama 12 hari. Beberapa bulan sebelum meneruskan tempahan, saya cuba memujuk suami untuk membawa anak-anak saya sekali. Tetapi kerana niat kami untuk memfokuskan pada ibadah dan senang untuk beribadah dan ulang alik ke masjid membuatkan saya akur dengan keputusan suami.  Saya mengamalkan beberapa doa setiap kali habis solat waktu buat diberikan kekuatan untuk meninggalkan mereka terutama si kecil yang berumur 3 tahun. Ketika berangkat ke lapangan kapal terbang, anak-anak kami tidak ikut serta memandangkan ianya masih awal pagi. 

Hari sebelumnya saya tidur hampir pukul 12 malam, dan hari berangkat saya bangun pukul 1.30pagi dan hanya beberapa jam sahaja tidur. Sebaik bangun dari tidur, terdapat beberapa perkara yang dilakukan.

  • Mandi sunat ihram

credit Shafiqolbu

Memandangkan saya akan terus ke Mekah menunaikan umrah, jadi mandi sunat ihram dilakukan sewaktu di tanah air. Tetapi jika anda ke Madinah dulu, mandi sunat ihram boleh dilakukan di Madinah semasa hari anda berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah.

  • Solat Sunat Tahajud

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

Butiran lengkap untuk solat tahajud Klik disini

  • Solat Sunat Hajat

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

Butiran lengkap untuk solat tahajud Klik disini

  • Solat Sunat Taubat

Credit Shafiqolbu

Butiran lengkap untuk solat taubat Klik disini

  • Solat Sunat Ihram

Credit Shafiqolbu

Butiran lengkap untuk solat ihram Klik disini

  • Solat Sunat Musafir

Credit Shafiqolbu

Butiran lengkap untuk solat ihram Klik disini

Bertolak ke KLIA

Kami bertolak ke KLIA pada pukul 4 pagi dan tiba di KLIA pada pukul 5 pagi. Jadual kami berangkat pada mulanya ialah pada pukul 8.30 pagi tetapi pihak Andalusia memaklumkan jadual berubah kepada 10.30 pagi.

Kami di beri beberapa beg oleh pihak Andalusia iaitu beg bagasi bersaiz besar, sederhana, beg sandang juga beg untuk simpan kasut. Di beg akan dibekalkan pelekat nama seperti dibawah menandakan kami adalah jemaah dari agensi Andalusia. Pelekat ini akan diberi ketika check in dan daftar masuk bagasi.

 Dalam tempoh menunggu, saya bersarapan dulu kemudian kami diberi taklimat sebelum berangkat oleh pihak Andalusia. Kami dibenarkan masuk ke bahagian pelepasan antarabangsa pada pukul 7.30 pagi dan kemudian menaiki keretapi aero train untuk ke ruangan berlepas.

Berlepas ke Jeddah

10.30 pagi, Kuala Lumpur, Malaysia

Menaiki pesawat Malaysia Airlines airbus A380 dua tingkat adalah yang pertama kali bagi saya. Pesawat ini dinamakan dengan AMAL dikendalikan oleh MAS untuk jemaah-jemaah haji dan umrah terus ke tanah suci.  Di dalam pesawat MAS menyediakan travel kit untuk jemaah yang mengandungi sejadah travel, zikir digital dan botol spray wuduk.

Manakalan pihak Andalusia juga menyediakan pek ubat-ubatan dan diberikan sewaktu check in di kaunter.

 

Alhamdulilah pesawat berangkat seperti waktu yang ditetapkan dan selama 8 jam di atas pesawat. Satu jam sebelum tiba di Jeddah iaitu di Qarnul Manaazil di atas udara, juruterbang memaklumkan untuk bermiqat dan dengan bantuan mutawif yang ada di dalam pesawat dan semua jemaah niat bermiqat. Sebaik-baniknya biarlah di dalam wuduk ketika niat dan di sinilah penggunaan spray wuduk amat berguna memandangkan tandas pesawat ketika ini ramai orang beratur untuk berwuduk. 

Terdapat beberapa kali makanan yang diberi ketika di dalam pesawat.

Snek yang mengandungi, kacang, biskut, kurma dan air mineral

Kemudian satu jam selepas di udara kami dijamukan dengan makanan tengahari.

Selepas itu minum petang dalam 2 jam sebelum tiba dan adalah lebih baik anda bersedia untuk bermiqat selepas minum petang disediakan. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam. Bertolak pada pukul 10.30 pagi dan tiba di Jeddah pada pukul 1.30 tengahari bersamaan puku; 6.30 petang waktu Malaysia.

Ketibaan di Jeddah

2.52 petang, Jeddah,Arab Saudi

Walaupun perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang dalam 8 jam, tolak campur masuk ke dalam pesawat kemudian pesawat bergerak dan mendarat kemudian keluar dari pesawat. Kami menjejak kaki di Jeddah pada pukul 2.52 petang.

Setibanya di Jeddah, kami tiba di bahagian terminal haji dan umrah. Kami menaiki bas khas sebaik turun dari pesawat yang membawa kami ke bahagian imigresen di Jedah.

Selepas selesai urusan di imigresen, mengambil bagasi dan melalui kawalan keselamatan sebelum keluar dari ruangan ketibaan. Kami terus menuju ke stesen bas untuk ke Mekah. Stesen bas terletak tidak jauh dari tempat keluar ruangan ketibaan dengan hanya berjalan kaki dalam 100 ke 200meter.

Bas yang kami naiki agak lewat bergerak dari Jeddah kerana terdapat jemaah di dalam kumpulan kami yang tiba-tiba pengsan akibat terlalu lama di dalam pesawat. Alhamdulilah setelah hampir 2 jam, akhirnya kami bergerak meninggalkan Jeddah untuk ke Mekah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dan kami berhenti di satu perhentian R&R untuk solat jamak magrib dan isha serta makan makanan bungkus yang disediakan oleh pihak Andalusia iaitu ayam penyet. Sewaktu perjalanan bas kami berhenti di satu tempat untuk mengambil makanan tersebut dari sebuah van yang saya lihat ialah orang Indonesia.

Sepanjang perjalanan, mata terpaku dengan keadaan padang pasir di sana melalui bukit-bukit batu yang tandus dan gersang. Walaupun ia tidak membentangkan pemandangan indah di sepanjang perjalanan Jeddah ke Mekah tetapi ia mengingatkan saya terhadap bagaimana jerit perih Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menyebarkan Islam di bumi Anbiya ini yang pada satu ketika dahulu terlalu gersang dibandingkan dengan sekarang. Walaupun tiada keindahan yang dapat dilihat, tetapi bukit-bukit batu yang ada disepanjang perjalanan membuatkan diri ini terpaku bagaimana kuatnya dan kentalnya manusia di zaman nabi hidup di padang pasir ini. Syukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ini, kerana semuanya amat mudah dan dahulu ia terlalu jauh berbeza untuk digambarkan. Allah swt menurunkan nabi-nabinya di bumi yang gersang ini sebagai bukti kekuasaan dimana manusia boleh hidup di tanah pasir yang tandus ini dan menyebarkan Islam.

Disini saya kongsikan persiapan saya menunaikan umrah dan itinerari sewaktu di Mekah dan Madinah

Link ke halaman seterusnya

Home

Persiapan Menunaikan Umrah

Pengalaman Sebelum Dan Selepas Menunaikan Umrah