Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchiko

Anda boleh menaiki keretapi dari stesen Shinjuku dan untuk ke Kawaguchiko ke stesen Otsuki. Terdapat beberapa cara lain untuk ke Gunung Fuji dan Tasik  Kawaguchi seperti dibawah:

Bagaimana untuk ke Kawaguchiko

1)Dengan kereta api 

Keadaan di dalam keretapi limited ekspress JR Chuo dan pemeriksa tiket di sepanjang perjalanan ke Stesen Otsuki

Route:

Stesen Shinjuku – Stesen Otsuki (JR Chuo Line) kemudian bertukar keretapi dari Stesen Otsuki menggunakan Fujisan Limited Express (Fujikyu Line) untuk ke  Stesen Kawaguchiko

Pilihan-Pilihan Keretapi Dari Stesen Shinjuku Ke Stesen Otsuki

i. Melalui melalui kereta api ekspres (70 minit, kira-kira 2500 yen, boleh guna JR atau Tokyo Wide pass) – JR Chuo Limited Express 

    Stesen Shinjuku – Stesen Otsuki (3 stops)

ii. Melalui kereta api biasa tetapi akan berhenti di beberapa stesen di sepanjang jalan (1 jam 45 minit, kira-kira 940 yen, boleh guna JR atau Tokyo Wide pass) – JR Chuo Normal Line

    Stesen Shinjuku – Stesen Takao (9 stops) bersambung Stesen Takao – Stesen Otsuki (8 stops)

iii. Terdapat juga beberapa kereta api ekspres langsung antara Shinjuku dan Kawaguchiko pada setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (2jam 15minit, boleh guna JR atau Tokyo Wide pass)

    Holiday Rapid Fuji (2460 Yen)

    Yamanashi Fuji (3180 Yen)

    Narita Express (4560 Yen)

iv. Anda juga boleh menaiki keretapi terus dari Narita Airport ke Kawaguchiko pada setiap hari Sabtu dan cuti am di Jepun menggunakan Limited Narita Express tetapi ianya amat limited jadualnya.

Setelah tiba di stesen Otsuki, ambil Laluan Kereta Api Fujikyu ke Stesen Kawaguchiko (55 minit, 1140 yen satu arah 2240).

Gambar dia tas adalah suasana di sekitar Stesen Otsuki. Kami tidak membeli tiket secara tempahan dan anda boleh terus ke stesen dan membelinya disana. Tetapi tengok nasib dan kebetulan jika ramai orang anda harus beratur panjang tetapi tidaklah terlalu lama kerana mereka menyediakan beberapa lane untuk pembelian tiket.

Gambar diatas adalah di dalam keretapi ekspress Fujikyu

JR Tokyo Wide Pass meliputi keseluruhan perjalanan antara Tokyo dan Kawaguchiko (kecuali kerusi panorama di kereta ekspres terhad); Walau bagaimanapun, pas JR yang lain tidak sah digunakan antara Otsuki dan Kawaguchiko. Yuran tambahan sebanyak 1140 yen (1740 yen untuk kereta ekspres terhad) perlu dibayar untuk seksyen itu.

2) Dengan Bas

Dari Stesen Shinjuku (2 jam, 1750 yen)
Fujikyu dan Bus Keio mengendalikan satu hingga dua bas terus sejam antara Terminal Bas Shinjuku di Tokyo dan Stesen Kawaguchiko di wilayah Fuji Lima Lakes.

Perjalanan sehala mengambil masa kurang dari dua jam dan berharga 1750 yen. Kebanyakan bas berhenti di Stesen Fujisan dan Fuji Q Highland sebelum tiba di Stesen Kawaguchiko dan kebanyakan mereka terus ke Lake Yamanakako (hanya lebih dua jam, 2050 yen dari Shinjuku). Pas Kereta Api Jepun tidak sah pada bas ini.

Dengan bas dari Stesen Tokyo (2 jam, 1800 yen)
Fujikyu dan JR Kanto Bus beroperasi satu hingga dua bas terus sejam antara Stesen Tokyo (Yaesu South Exit) dan Stesen Kawaguchiko di wilayah Fuji Lima Lakes. Perjalanan sehala mengambil masa kira-kira dua jam dan berharga 1800 yen. Tempahan dalam talian boleh dibuat melalui Willer dan Jepun Bus Online. Pas Kereta Api Jepun tidak sah pada bas ini.

Dengan bas dari Stesen Shibuya (2 jam, 1800 yen)
Fujikyu mengendalikan kira-kira satu bas setiap dua jam antara Shibuya (Mark City), Fuji Q Highland, Stesen Kawaguchiko dan Stesen Fujisan. Perjalanan sehala mengambil masa 2 hingga 2.5 jam dan kos 1800 yen. Pas Kereta Api Jepun tidak sah pada bas ini.

Stesen Kawaguchiko

Sebaik tiba di stesen Kawaguchiko, terdapat servis bas persiaran yang boleh membolehkan anda bersiar-siar dan berhenti di beberapa lokasi yang menarik. . Sebelum kami berjalan-jalan kami mengambil teksi untuk makan di Restoran Aladin. Sewaktu disini kami bertembung dengan Sofrie iaitu driver yag menghantar kami ke Kawaguchiko sewaktu musim bunga yang lepas. Restoran ini adalah sebuah restoran halal yang terletak di stop no 4 menggunakan bas hijau dan merah.

Restoran Aladdin (Indian Restaurant)

Bagaimana untuk ke sini

Selain mengambil teksi, anda juga boleh menaiki bas Fujikyu berwarna merah dan hijau dan berhenti di stop no 4

Alamat

 288-1 Funatsu, Fujikawaguchiko, Minamitsuru District, Yamanashi 401-0301, Japan

Waktu Buka

11.00am – 3.00pm kemudian dibuka semula pada pukul 5.00pm – 8.30pm

Buka setiap hari  

Telefon

 +81 555-72-6755

Halal Restoran tapi tidak disediakan tempat untuk sembahyang.

Bersiar-siar di sekitar Kawaguchiko

Selepas makan di restoran Aladdin, kami pergi semula ke stesen Kawaguchiko dengan hanya berjalan kaki dari restoran Aladdin sejauh 700meter. Sepanjang perjalanan kami meyusuri pemandangan yang mengasyikkan dan suhu yang agak dingin sungguh mendamaikan.

Setibanya di stesen Kawaguchiko kami terus ke bahagian tiket untuk membeli tiket bas. Terdapat 3 jaluran bas yang berwarna hijau, biru dan merah. Anda boleh mebeli pas yang boleh digunakan selama 2 hari. Kami hanya membeli pas untuk bas yang berwarna merah dan hijau sahaja. Memandangkan route untuk bas bewarna biru agak jauh kami tidak sempat untuk menaiki bas tersebut. Sedikit cara2 untuk pass.

1. Bas berwarna iaitu hijau, merah dan biru 1500yen

2. Bas berwarna iaitu hijau dan merah 1200yen

    

Tiket untuk bas warna merah dan hijau.

Sila klik di sini untuk Route Kawaguchiko

Memandangkan, kawasan Kawaguchiko ini cepat gelap, kami ke hotel dalam pukul 5 lebih. Antara kawasan spot yang menarik kami turun disepanjang menaiki bas untuk bersiar-siar ialah 

Line Merah

1. Stop no 7 

2. Stop No 11 untuk solat di kawasan ruang terbuka yang berbumbung

3. Stop No 13 untuk ke Restoran Aladdin

4. Stop No. 14

5. Stop no 16

6. Stop no 17

7. Stop No 22 Oishi Park – lokasi yang balik menarik untuk melihat gunung fuji dan boleh membeli ais krim di sini

Line Hijau

1.Stop No 68 Saiko iyashi no sato nenba dapat tengok Gunung fuji dr atas bukit.Boleh juga sewa kimono di sini

2.Stop No 69

Ks House Fuji View

Setelah hampir gelap, kami menaiki teksi untuk ke tempat penginapan kami di Ks House Fuji view. Sekiranya anda menaiki bas, sila naik bas line biru dan berhenti di stop no.4 dan berjalan kaki ke Ks House seperti gambar dibawah

 

Please share and like our webpage