Hari kedua di Mekah dan ziarah sekitar Mekah

Pada hari kedua di Mekah, saya hanya sempat tidur-tidur ayam dalam satu jam memandangkan tiba dan selesai umrah lewat pagi pada hari pertama kami sampai dan selesai umrah sudah masuk hari berikutnya iaitu hari ini. Bilik saya berempat dan kesemuanya sudah berumur iaitu dua orang jemaah anak dan ibu yang berumur 50an dan 70 an dan seorang lagi yang datang berdama anak lelaki nya yang berumur dalam 60an. Makcik-makcik ini kebiasaannya akan mandi dan bersiap awal pagi untuk ke masjid iaitu pada pukul 3.00 pagi memandangkan kudrat mereka yang berjalan perlahan untuk ke masjid dan mencari tempat yang sesuai untuk beriktikaf di masjid sehingga waktu subuh dan akan pulang semula ke hotel selepas waktu subuh. Saya kebiasaannya memberi peluang pada mereka terlebih dahulu untuk mandi dan giliran saya sejurus mereka siap.

Kebiasaannya saya ke masjid pada pukul 4 pagi dan subuh masuk jam 5.30 pagi. Bilik saya dan suami terletak bersebelahan dan memudahkan antara saya dan dia menunggu di luar bilik hotel untuk ke masjid. Ketika di masjid, kedudukan saya dan suami di tempat yang berasingan kerana perempuan dilarang untuk bersolat di depan kaabah. Ada sesebahagian yang dibenarkan tetapi selalunya akan cepat penuh. Sebelum subuh masuk, kami melakukan solat-solat sunat bagi mengisi masa yang ada. Manisnya beribadat di rumah Allah terlalu sukar untuk digambarkan. Selepas solat subuh, kami melakukan sunat tawaf dan diikuti dengan solat sunat dhuha dan hajat. Antara tempat kegemaran kami ialah di Multazam dan di depan Hijir Ismail.

Selepas selesai di masjid kami bersarapan di cafe hotel Safwa Royale Orchid. Terdapat ramai jemaah Andalusia yang menginap di hotel ini, jadi kelebihannaya pihak pengurusan agensi kami menguruskan dengan pihak hotel makanan berkonsepkan resepi Malaysia ala arab selama di Mekah. Jadi, kita tidak terlalu rindu dengan makanan malaysia kerana pelbagai makanan selera Malaysia yang telah disediakan.

Sebaik selesai sarapan, kami pulang ke bilik sebelum berkumpul semula di lobi hotel untuk melakukan ziarah ke Mina, Jabal Rahmah dan padang Arafah.

Ziarah di Mekah

1.Arafah, Muzdalifah dan Mina

Destinasi kami yang pertama iaitu melalui padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Kami tidaklah berhenti di sini tetapi bas agensi pelancongan membawa kami melalui kawasan ini sahaja dan melihat pemandangan dari atas bas. Ketika pertama kali melihat Arafah, Muzdalifah dan Mina, tergambar di fikiran bagaimana padatnya waktu musim Haji kawasan ini. Ketika kami melalui kawasan ini, kelihatan ribuan khemah putih yang ada disini berkilo-kilo meter jauhnya sehingga ke atas bukit. Ketika musim haji, jemaah akan tinggal sekitar Mina kemudian berwukuf di Arafah, kemudian bergerak ke Muzdalifah dan berjalan kaki untuk melontar jamrah.

2.Jabal Rahmah

3.Masjid