Hari Pertama Ketibaan di Mekah dan Umrah Pertama di Masjidil Haram

Hari Pertama

Berangkat Ke Mekah

Di Rumah

Perasaan saya sudah pastinya teruja dan tidak sabar untuk pergi menunaikan umrah. Tetapi pada waktu yang sama saya rasa sedih meninggalkan anak-anak selama 12 hari. Beberapa bulan sebelum meneruskan tempahan, saya cuba memujuk suami untuk membawa anak-anak saya sekali. Tetapi kerana niat kami untuk memfokuskan pada ibadah dan senang untuk beribadah dan ulang alik ke masjid membuatkan saya akur dengan keputusan suami.  Saya mengamalkan beberapa doa setiap kali habis solat waktu buat diberikan kekuatan untuk meninggalkan mereka terutama si kecil yang berumur 3 tahun. Ketika berangkat ke lapangan kapal terbang, anak-anak kami tidak ikut serta memandangkan ianya masih awal pagi. 

Hari sebelumnya saya tidur hampir pukul 12 malam, dan hari berangkat saya bangun pukul 1.30pagi dan hanya beberapa jam sahaja tidur. Sebaik bangun dari tidur, terdapat beberapa perkara yang dilakukan.

  • Mandi sunat ihram
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Ihram
  • Butiran lengkap untuk solat ihram
  • Solat Sunat Musafir

Credit Shafiqolbu

Bertolak ke KLIA

Kami bertolak ke KLIA pada pukul 4 pagi dan tiba di KLIA pada pukul 5 pagi. Jadual kami berangkat pada mulanya ialah pada pukul 8.30 pagi tetapi pihak Andalusia memaklumkan jadual berubah kepada 10.30 pagi.

Kami di beri beberapa beg oleh pihak Andalusia iaitu beg bagasi bersaiz besar, sederhana, beg sandang juga beg untuk simpan kasut. Di beg akan dibekalkan pelekat nama seperti dibawah menandakan kami adalah jemaah dari agensi Andalusia. Pelekat ini akan diberi ketika check in dan daftar masuk bagasi.

 Dalam tempoh menunggu, saya bersarapan dulu kemudian kami diberi taklimat sebelum berangkat oleh pihak Andalusia. Kami dibenarkan masuk ke bahagian pelepasan antarabangsa pada pukul 7.30 pagi dan kemudian menaiki keretapi aero train untuk ke ruangan berlepas.

Berlepas ke Jeddah

10.30pagi, Kuala Lumpur

Menaiki pesawat Malaysia Airlines airbus A380 dua tingkat adalah yang pertama kali bagi saya. Pesawat ini dinamakan dengan AMAL dikendalikan oleh MAS untuk jemaah-jemaah haji dan umrah terus ke tanah suci.  Di dalam pesawat MAS menyediakan travel kit untuk jemaah yang mengandungi sejadah travel, zikir digital dan botol spray wuduk.

Manakala pihak Andalusia juga menyediakan pek ubat-ubatan dan diberikan sewaktu check in di kaunter.

 

Miqat Di Qarnul Manaazil Diatas Udara

Alhamdulilah pesawat berangkat seperti waktu yang ditetapkan dan selama 8 jam di atas pesawat. Satu jam sebelum tiba di Jeddah iaitu di Qarnul Manaazil di atas udara, juruterbang memaklumkan untuk bermiqat dan dengan bantuan mutawif yang ada di dalam pesawat dan semua jemaah niat bermiqat. Sebaik-baniknya biarlah di dalam wuduk ketika niat dan di sinilah penggunaan spray wuduk amat berguna memandangkan tandas pesawat ketika ini ramai orang beratur untuk berwuduk. 

Terdapat beberapa kali makanan yang diberi ketika di dalam pesawat.

Snek yang mengandungi, kacang, biskut, kurma dan air mineral

Kemudian satu jam selepas di udara kami dijamukan dengan makanan tengahari.

Selepas itu minum petang dalam 2 jam sebelum tiba dan adalah lebih baik anda bersedia untuk bermiqat selepas minum petang disediakan. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam. Bertolak pada pukul 10.30 pagi dari Kuala Lumpur dan tiba di Jeddah pada pukul 1.30 tengahari bersamaan puku; 6.30 petang waktu Malaysia.

Mengapa Kami Memilih Untuk Umrah Sebelum Ziarah

Kami memilih untuk pergi menunaikan umrah terlebih dahulu dan ziarah ke Madinah selepasnya. Ini kerana kami ingin melaksanakan umrah kami yang pertama dan berihram dari rumah tidak menjadi penghalang untuk kami. Melakukan umrah terlebih dahulu juga memudahkan kita kerana selepas itu ketika di madinah ibadat umrah telah dilaksanakan dan ziarah sekitar madinah menjadi lebih selesa.

Ketibaan di Jeddah 

2.52 petang, Jeddah,Arab Saudi

Walaupun perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang dalam 8 jam, tolak campur masuk ke dalam pesawat kemudian pesawat bergerak dan mendarat kemudian keluar dari pesawat. Kami menjejak kaki di Jeddah pada pukul 2.52 petang.

Setibanya di Jeddah, kami tiba di bahagian terminal haji dan umrah. Kami menaiki bas khas sebaik turun dari pesawat yang membawa kami ke bahagian imigresen di Jedah.

Selepas selesai urusan di imigresen, mengambil bagasi dan melalui kawalan keselamatan sebelum keluar dari ruangan ketibaan. Kami terus menuju ke stesen bas untuk ke Mekah. Stesen bas terletak tidak jauh dari tempat keluar ruangan ketibaan dengan hanya berjalan kaki dalam 100 ke 200meter.

Bas yang kami naiki agak lewat bergerak dari Jeddah kerana terdapat jemaah di dalam kumpulan kami yang tiba-tiba pengsan akibat terlalu lama di dalam pesawat. Alhamdulilah setelah hampir 2 jam, akhirnya kami bergerak meninggalkan Jeddah untuk ke Mekah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dan kami berhenti di satu perhentian R&R untuk solat jamak magrib dan isha serta makan makanan bungkus yang disediakan oleh pihak Andalusia iaitu ayam penyet. Sewaktu perjalanan bas kami berhenti di satu tempat untuk mengambil makanan tersebut dari sebuah van yang saya lihat ialah orang Indonesia.

Sepanjang perjalanan, mata terpaku dengan keadaan padang pasir di sana melalui bukit-bukit batu yang tandus dan gersang. Walaupun ia tidak membentangkan pemandangan indah di sepanjang perjalanan Jeddah ke Mekah tetapi ia mengingatkan saya terhadap bagaimana jerit perih Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menyebarkan Islam di bumi Anbiya ini yang pada satu ketika dahulu terlalu gersang dibandingkan dengan sekarang. Walaupun tiada keindahan yang dapat dilihat, tetapi bukit-bukit batu yang ada disepanjang perjalanan membuatkan diri ini terpaku bagaimana kuatnya dan kentalnya manusia di zaman nabi hidup di padang pasir ini. Syukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ini, kerana semuanya amat mudah dan dahulu ia terlalu jauh berbeza untuk digambarkan. Allah swt menurunkan nabi-nabinya di bumi yang gersang ini sebagai bukti kekuasaan dimana manusia boleh hidup di tanah pasir yang tandus ini dan menyebarkan Islam.

Ketibaan di Hotel Safwa Royale Orchid, 11.00 malam Mekah

Kami tiba di Mekah agak lewat iaitu dalam pukul 11.00 malam waktu Mekah. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa selama 3 jam termasuk berhenti di R&R tetapi kerana kami bertolak lewat 2 jam dari Jeddah kerana kesulitan yang dihadapi pada jemaah kumpulan kami yang tiba-tiba pengsan sewaktu tiba di Jeddah. Jadi mutawif kami terpaksa menguruskan jemaah terbabit dengan urusan imigresen dan hospital. Alhamdulilah selepas urusan selesai jemaah terbabit dibawa ke hospital, bas kami bergerak dari Jeddah lebih kurang pukul 5.30 petang dan tiba di Mekah dalam pukul 10.00 malam. 

Kawasan tempat jemaah turun dari bas untuk ke Hotel Safwa Royal Orchid
Depan Hotel ke Masjidil Haram dengan jarak 50m sahaja ke pintu masuk masjid
Depan Hotel ke Masjidil Haram dengan jarak 50m sahaja ke pintu masuk masjid
Depan Hotel ke Masjidil Haram dengan jarak 50m sahaja ke pintu masuk masjid

Hotel kami menginap di Mekah ialah Hotel Safwa Royal Orchid yang jaraknya hanya 50m dari Masjidil Haram. Bagusnya servis yang ada di hotel sekitar mekah ini ialah, kita tidak perklu mengangkat beg bagasi setibanya di hotel kerana pihak pengurusan telah menguruskan dengan pihak hotel untuk membawa beg jemaah terus ke dalam bilik masing-masing. Jadi perkhidmatan ini akan memudahkan kita kerana setelah kepenatan dalam perjalanan yang jauh, kita tidak perlu risau untuk mengambil beg dari dalam bas dan berebut untuk menaiki lif dengan membawa beg yang besar. Bayangkan jemaah terlalu ramai jadi urusan membawa beg ke bilik jika tiada kecekapan dalam pengurusan ini boleh membuatkan jemaah beratur lama untuk ke bilik kerana lif tidak boleh menampung kapasiti yang banyak.

Saya dan suami memilih untuk tinggal di bilik berempat dengan jemaah lain supaya kami boleh juga belajar dari orang lain memandangkan ini adalah umrah kami yang pertama kali. Setibanya di bilik rakan-rakan bilik saya sedang nyenyak tidur kerana mereka telah tiba awal dan sudah selesai melakukan umrah. Mutawif kami memberi masa rehat dalam satu jam sebelum kami turun berkumpul di lobi hotel untuk melakukan umrah kerana masih dalam ihram.

Kami memasuki masjid melalui pintu Ajyad paling kanan sekali. Jika diikutkan hotel kami berada dekat dengan pintu King Abdul Aziz. Tetapi memandangkan pintu King Abdul Aziz masih dalam proses ubahsuai. Saya dimaklumkan proses ubahsuai pada pintu tersebut sudah memasuki beberapa tahun kerana pembinaan di masjidil Haram terhenti selepas ada kren yang terjatuh menimpa jemaah. Anda boleh rujuk peta di bawah ini jika ingin mengetahui jarak hotel-hotel yang ada disekitar Masjidil Haram.

sumber dari Tiram TravelTerdapat 5 rukun umrah dan 2 wajib umrah iaitu:

Rukun Umrah

  1. Niat Ihram di Miqat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bertahalul bercukur atau bergunting
  5. Tertib pada semua rukun

Wajib Umrah

  1. Niat Ihram di Miqat
  2. Meninggalkan 13 perkara larangan semasa ihram

Kami sudah berada di dalam ihram kerana sudah bermiqat sewaktu di atas udara bila tiba di Qarnul Manaazil. Pantang larang dalam ihram sangat saya jaga. Ketika itu, kelihatan ramainya manusia yang dari pelbagai pelusuk dunia sedang berduyun-duyun untuk kemasjid melakukan ibadah. Selepas berada di perkarangan masjid, mutawif membawa kami ke Kaabah untuk melakukan ibadah yang seterusnya. Ketika melihat Kaabah yang ada di depan mata, saya terpaku kerana panduan kiblat yang selama ini saya solat sudah berada di depan mata. Perasaan ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu dan keterujaan melakukan ibadah membuatkan kita lupa tentang keletihan perjalanan walaupun tidak tidur lebih dari 24 jam. Dalam perjalanan cuma dapat tidur sebentar sahaja di dalam pesawat dari Kuala Lumpur ke Jeddah dan ketika dalam bas dari Jeddah ke Mekah. 

Tawaf

Seperti yang telah dipelajari sewaktu kursus umrah. Mutawif membawa kami bermula tawaf di Hajarul Aswad dan seterusnya ialah melakukan tawaf sebanyak 7 kali. Mashaallah ramainya manusia ketika itu yang menghambakan diri pada yang satu.

Tips:

  • Walaupun begitu padat untuk kita bertawaf lebih mudah mengikut lingkaran bulatan darimana kita bermula.
  • Ikuti arus perjalanan sekiranya anda terpisah dari mutawif.
  • Jangan alihkan bahu kiri dari sisi kaabah iaitu memandang ke belakang.
  • Jangan mencari orang ketika anda sedang bertawaf.
  • Terdapat banyak doa yang boleh dibaca ketika sedang bertawaf dan ia lebih mudah jika anda ingat daripada membaca buku kerana anda mungkin akan keliru dengan pusingan yang anda lakukan kerana tidak fokus pada persekitaran kecuali jika pergi dengan mutawif dan secara kumpulan.
  • Cara mudah ialah baca doa atau ayat alquran yang berbeza di setiap pusingan yang anda lakukan. 
  • Jangan menggunakan telefon ketika beribadah tawaf umrah dan tawaf sunat melainkan anda selesai 7 pusingan.

Pengalaman saya sendiri ketika menunaikan umrah dengan suami tanpa mutawif, ketika saya membaca doa yang panjang, saya agak keliru dengan pusingan yang saya lakukan. Tetapi nasib baik suami saya ingat kiraan pusingan yang kami lakukan. Saya yang bersaiz agak kecil selalu akan dihimpit oleh ramai orang dan seperti biasa suami saya akan mengepung saya dari himpitan orang ramai. Inilah dia kebaikan sekiranya orang perempuan dapat pergi bersama dengan mahram mereka supaya dapat menjaga kita. Tetapi sekiranya anda pergi bersendirian, tips yang di atas juga dapat membantu. Jangan risau untuk bertawaf kerana walaupun dengan ribuan manusia yang ramai, kita masih lagi dapat menunaikan ibadah kita dengan mudah. 

Saie

Sebaik selesai melakukan tawaf, kumpulan yang mutawif saya bimbing terus ke Bukit Safwa untuk memulakan saie kami. 

Tips:

  • Untuk memudahkan anda keluar dari pusingan bertawaf di Hajarul Aswad, jangan terus keluar ke kanan tetapi teruskan kehadapan kerana selepas itu pusingan akan menjadi kurang sesak. Tetapi jika anda keluar terus dari hajarul Aswad, di situ terlalu padat kerana pertembungan antara jemaah yang baru masuk untuk bertawaf. 

Tahalul

Disini saya kongsikan persiapan saya menunaikan umrah dan itinerari sewaktu di Mekah dan Madinah

Link ke halaman seterusnya

 

Home

Persiapan Menunaikan Umrah

Pengalaman Sebelum Dan Selepas Menunaikan Umrah

 

 

Please share and like our webpage