Kansai Airport

Setibanya anda di Kansai airport terdapat 4 pilihan airport transfer yang boleh anda gunakan.

A. Keretapi

B. Bas

C. Teksi

D. Kereta Persendirian

Lapangan terbang Kansai adalah di Jarak Kansai airport ke Osaka ialah sejauh 15-17km dan masa yang diambil jika menaiki keretapi dalam 15 minit. Berbanding dengan Narita ke Tokyo perjalanannya sejauh 70km dan masa yang diambil untuk perjalanan keretapi ialah 40 minit ke 1 jam.

Jika anda mencari pilihan airport transfer di Haneda, pilihan yang ada ialah seperti berikut:

A. Keretapi

Summary:

Terdapat 2 pilihan keretapi yang ada disini iaitu:

1.Tokyo Monorail

Transfer di Stesen Hamamatsucho dan bersambung dengan JR

2. Keikyu Line

Transfer di Stesen Shinagawa dan bersambung dengan JR atau Shinkansen; atau

Transfer di Sengakuji Station bersambung dengan Toei Asakusa line dan tetap di dalam keretapi (remain on board) jika anda ingin  ke Stesen Daimon untuk menggunakan Line Oedo

 

Maklumat Lengkap:

1.Tokyo Monorail 

Sekiranya anda memilih untuk menaiki Tokyo Monorail pilihan lebih bagus jika anda tinggal di sekitar Yamanote line kerana dari Haneda keretapi akan berhenti di Hamamatsucho yang menghubungkan JR Yamanote Line.

Sila rujuk video ini bagaimana untuk anda ke platform Monorel di Haneda. Lokasi – Platform Tingkat 3 untuk berlepas ke Tokyo Monorail

Bayaran tiket untuk servis ini seperti berikut dan ada sedikit diskaun jika membeli menggunakan kad ic:

2. Keikyu airport line

Sila rujuk video ini bagaimana untuk anda ke platform Keikyu Line di Haneda. Lokasi – Platform Tingkat 3 untuk berlepas ke Keikyu Line

Sekiranya anda memilih Keikyu line, dari Haneda keretapi ini akan transfer di Stesen Shinagawa dan bersambung dengan JR atau Shinkansen; atau dari Haneda dan transfer ke Stesen Sengakuji bersambung dengan Toei Asakusa line dan tetap di dalam keretapi (remain on board) jika anda ingin  ke Stesen Daimon untuk menggunakan Line Oedo. Lihat gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih mudah.

Bayaran tiket untuk servis Keikyu seperti berikut :

B. Bus

Perkhidmatan bas di Haneda menghubungkan ke pelbagai lokasi di Tokyo, Kanagawa, Chiba, Saitama dan di sekitar daerah Kanto. Tiket bas boleh dibeli sama ada di kaunter tempahan tiket atau hotel atau melalui mesin penjual tiket bas. Lihat peta laluan bas di bawah untuk maklumat mengenai laluan bas utama.

C.Teksi

Menaiki teksi ke pusat bandar Tokyo biasanya berharga antara ¥10000 ke ¥15000 /perkereta bergantung pada destinasi dan masa (terdapat penambahan bayaran 20% jika tiba antara 10 malam dan 5 pagi). Ini adalah tulisan kanji sekiranya anda terpaksa menggunakan teksi ketika di Jepun. Teksi Jepun agak berlainan seperti kita di Malaysia kerana pintu kereta akan terbuka secara automatik. Anda disarankan untuk memberi pemandu teksi alamat lengkap destinasi pada sekeping kertas dan lengkap.

Teksi disana menerima pembayaran melalui kad kredit, dan juga IC card seperti Suica. Pelekat di pintu sering menunjukkan kaedah pembayaran yang diterima. Apabila membayar secara tunai, cuba elakkan daripada membayar sejumlah kecil dengan wang yang besar. Tipping tidak ada di Jepun.

D. Kereta Persendirian (Private Car)

Selain dari pilihan diatas, cara lain yang lebih mudah sekiranya penerbangan anda tiba lewat di Haneda ataupun kedatangan anda ke Jepun dalam jumlah yang ramai dalam 6 orang serta ada anak kecil. Adalah lebih baik sekiranya anda mengambil private transport supaya tidak terkejar-kejar. Tetapi kos bagi servis ini jauh 3 hingga 4 kali ganda berbanding menaiki train tetapi lebih selesa dan tidak perlu terkejar-kejar kerana kadang-kadang urusan di immigration dan kastam prosesnya boleh menjadi agak lama.

Saya juga pernah menggunakan perkhidmatan ini kerana waktu itu kami tiba lewat malam dan membawa anak kecil yang berumur 1 tahun. Tempat penginapan pula waktu itu agak jauh dari stesen keretapi. Perjalanan yang jauh selepas menaiki kapal terbang, membawa luggage yang besar dan kami malas nak terkejar-kejar. Selepas berfikir panjang ini adalah pilihan yang terbaik.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan dari Klook untuk servis ini dan juga rakyat Malaysia menawarkan servis ini juga. Antara yang terkenal ialah saudara Jack S Adli dan Dzulhaidy. Bezanya kalau klook drivernya orang jepun tapi jika rakyat Malaysia drivernya juga rakyat Malaysia yang tinggal ataupun sedang belajar di sana. Sila hubungi saya jika anda memerlukan servis mereka.

Jack S Adli 

Dzulhaidy Abdul Rahim