Kenapa Jepun dan bagaimana ianya bermula!

Kenapa Jepun? Soalan dari beberapa orang termasuk ibu saya sendiri yang ingin tahu kenapa saya memilih Jepun sebagai negara untuk saya lawati beberapa kali dan Jepun juga adalah negara yang saya merancang untuk bermastautin pada satu masa dahulu. Tetapi cita-cita itu terkubur kerana kekangan dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan ketika itu. Ditambah lagi bila sudah berkahwin dan berkeluarga, cita-cita saya untuk tinggal di sana hanya terkubur. Saya seorang yang independent dan untuk tinggal di luar negara. Suami seorang anak sulung dan tanggungjawab terhadap keluarga membuatkan saya tidak merancang untuk memberitahu pada suami cita-cita saya yang sebenar. Berlainan dengan
saya kehidupan tinggal di luar negara sudah tidak asing untuk saya kerana cara saya dididik sejak kecil untuk menjadi seorang yang berdikari dan pengalaman tinggal di Jepun itu sendiri. Selain itu banyak peluang sebenarnya jika ingin tetapi perancangan Allah itu amatlah hebat kerana saya yakin Malaysia negara yang masih saya cintai ini masih lagi sebuah negara yang aman dan makmur untuk saya tidak meninggalkannya. Kalau dulu untuk tinggal di Jepun adalah satu peluang yang hebat tapi sekarang ini banyak peluang dan cara untuk kesana tidak semestinya belajar atau beker ja. Sekarang ni nak pergi kesana pun senang, bermacam-macam flight yang menawarkan tambang murah. Dunia sudah berubah bukan satu perkara pelik untuk orang Malaysia ke sana. Ramai yang muda-muda pun boleh pergi sekarang ini.

Bagaimana ia bermula

Part 1 – OSHIN
Saya minat dengan Jepun sejak saya kecil lagi. Anda ingat tak lagi dengan cerita Oshin (おしん) pada tahun 80an sehingga 90an, jika tidak ingat ataupun tidak tahu, maksudnya anda masih muda sangat lagi. Biar saya ceritakan sikit pasal kisah Oshin ni. Cerita ni memang kesannya amat mendalam sangat untuk saya sebab Oshin dibesarkan di kampung sama seperti saya. Oshin, menceritakan kisah hidup seorang perempuan miskin yang penuh perjuangan dan kerja keras hingga akhirnya Ia berhasil menjadi seorang pengusaha wanita yang berjaya di Jepun. Kisah hidup seorang perempuan miskin yang penuh perjuangan dan kerja keras dan memberi motivasi pada seseorang supaya tidak patut berputus asa sesekalipun – meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Cerita ini dimainkan sewaktu saya sekolah rendah sehinggalah saya masuk ke sekolah menengah berasrama.Moero Attack/Kesatria Baja Hitam/Chiaki/Rin Hane Koma. Bila di asrama pula banyak drama2 Jepun yang dimainkan juga. Memandangkan kehidupan kami di asrama, kami hanya boleh menonton selepas prep petang sahaja. Sebelum aktiviti sukan bermula, ramai2 akan berkumpul di ruang menonton tv untuk rancangan-rancangan kegemaran. Ada macam2 lagi sebenarnya.

Jadi apa yang saya boleh ringkaskan kehidupan saya penuh dengan cerita dan drama2 Jepun yang hebat waktu saya kecil. Itu belum lagi cerita2 kartun yang terkenal seperti doraemon, ultraman dan macam2 lagilah. Bukan setakat itu tetapi lagu-lagu Jepun yang terkenal juga ketika itu.

Part 2 – Dasar Pandang Ke Timur
Dasar Pandang Ke Timur oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad ini menguatkan lagi semangat untuk rakyat Malaysia ke Jepun. Dasar ini maksudnya, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Perkara-perkara yang ditumpukan ialah ‘kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita’. Kerjasama dua negara dan pelbagai peluang yang didedahkan pada waktu itu juga membuatkan saya amat tertarik lagi untuk kesana.Pada waktu tu ramai pelajar Malaysia dapat belajar ke sana dan pekerja2 terutama dari kilang2 di Jepun dihantar kesana bagi mempelajari budaya orang Jepun.

Please share and like our webpage

Leave a Reply

Your email address will not be published.