Manfaat Melalui Blogging

Sejak setahun yang lalu saya mula menceburkan diri dalam perkara baru yang saya suka iaitu menulis blog tentang pengalaman pengemberaan di dalam percutian saya sendiri. Saya menulis tentang percutian kerana minat saya yang suka berjalan dan menceritakan pengalaman-pengalaman yang saya lalui bersama keluarga saya.

Di tempat kerja, saya banyak menulis dan merancang banyak perkara untuk syarikat. Tetapi ia tidak membantu saya untuk menulis sesuatu yang saya suka lakukan dengan bebas. Beban kerja kadang-kadang menyebabkan kita tertekan sehingga saya berjumpa dengan hobi baru saya ini. Sejak saya memulakan penulisan di dalam, saya rasa lebih baik dan bebas menulis apa yang saya mahu. Saya mahukan lebih ramai orang memahami tempat-tempat lain dan negara-negara lain dan membantu para pembaca merancang perjalanan mereka sendiri dan mengelakkan kesilapan berlaku ketika berjalan. Perbandingan antara menulis di blog dan menulis di platform media sosial mempunyai perspektif yang berbeza. Menulis di Facebook dan Instagram lebih kepada kalangan teman dan diri kita sendiri. Tetapi menulis di dalam blog dan ramai orang boleh mendapat manfaat dan dengan ini dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang lebih luas.

Manfaat melalui blog dan menulis di Jejak Travel Santai saya

1. Memberi saya banyak idea dalam penulisan

2. Ia seolah-olah menyatakan perasaan yang kita alami

3. Menjadikan pemikiran kita lebih kreatif

4. Membebaskan perkara-perkara yang ada di dalam fikiran kita

5. Berhubung dengan dunia luar

6. Berjumpa dengan pembaca yang mempunyai minat yang sama

7. Berpengalaman dalam bidang yang berbeza selain pekerjaan yang saya lakukan

8. Memberi inspirasi dan idea kepada orang lain

7. Potensi untuk memperoleh pendapatan tambahan

Saya tidak berasa tertekan ketika menulis sesuatu yang saya suka berkongsi. Kebiasaannya apabila apabila saya di rumah dan bila-bila jika saya mempunyai masa lapang. Penulisan saya paling pendek kira-kira 10 minit hingga sejam untuk menghasilkan kandungan tulisan saya. Dan seperti artikel ini, saya menulis ketika di dalam perjalanan untuk makan malami.

Selamat membaca

‘Keperibadian saya tidak akan sama dalam kehidupan sebenar. Saya seorang yang mudah dan saya mempunyai phylosoply hidup yang mudah ‘

Please share and like our webpage