Masakan Orang Negeri Sembilan di Restoran Sabak Salai, Pedas Negeri Sembilan

Hari ni saya ingin mengajak pembaca Jejak Travel ke kampung saya sendiri iatu makanan orang Negeri Sembilan. Setelah menjejaki bermacam-macam negeri dan negara tetapi Jejak Travel ke kampung sendiri adalah bermakna sekali dalam hidup saya kerana kehidupan di kampung meninggalkan pelbagai kenangan indah yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Dulu-kehidupan di kampung memang, seronok, gembira dan mencabar walaupun kehidupannya tidak seberapa. Bermulanya kehidupan saya sebagai seorang pengembara pun bermula dari kampung saya dibesarkan. Saya dan adik beradik sudah diajar dari kecil adik hidup berdikari. Kehidupan saya sewaktu kecil dalam lingkungan Melaka dan Negeri Sembilan memandangkan arwah ayah orang Negeri Sembilan manakala emak pula orang Melaka. Kampung saya yang di Melaka pun terletak di daerah Alor Gajah dan orang Alor Gajah cara mereka bercakap bukan seperti orang Melaka tetapi lebih kepada bahasa Negeri Sembilan. Ia seakan sama seperti orang Besut di Terengganu yang bercakap Kelantan. Ini terjadi kerana kedudukan kawasan ini terletaknya di sempadan negeri.

Kampung saya iaitu pekan Linggi terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka.  Jika lihat peta dibawah akan kelihatan sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan seperti yang saya nyatakan tadi. Terdapat pelbagai cara untuk ke kampung saya ini. Jika melalui lebuhraya Utara Selatan, bolehlah keluar di Tol Pedas Linggi. Anda juga boleh keluar di Seremban dan Port Dickson. Cuma agak jauh untuk ke sini dibandingkan jika keluar di Tol Pedas Linggi jaraknya cuma dalam 10 minit. Jika anda tinggal di sekitar Kuala Lumpur, jarak Tol Sungai Besi ke Tol Pedas Linggi cuma  dalam 80km. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sini dalam 1 jam.

Sebenarnya saya ingin bercerita tentang Restoran Sabak Salai yang terletak di kampung saya ini. Tetapi seperti selalu, agak panjang pula mukadimahnya. Jika anda ingin mencuba makanan Negeri Sembilan, anda bolehlah datang ke restoran ini. Negeri Sembilan terkenal dengan menu masak lemak cili api. Sekarang ini, jika kita terasa ingin makan, lebih mudah jika terus pergi ke restoran. Tetapi sewaktu saya kecil walaupun perempuan, saya dan adik beradik akan mengikut arwah ayah pergi memancing sungai di kampung. Kalau sebut sahaja udang galah, Linggi memang terkenal dengan udang galah disebabkan banyak buaya di sana. Jika ada buaya maknanya banyaklah udang yang ada di situ. Dulu-dulu sewaktu zaman bersekolah rendah sebelum saya masuk sekolah berasrama, berjalan kaki dari sekolah ke rumah adalah perkara biasa disebabkan orang tua saya tidak mempunyai kereta. Saya pernah terserempak dengan buaya yang melintas jalanraya dari kawasan paya yang dalam untuk ke seberang sungai, Tetapi mujur saya hanya nampak dari jauh, dan agak cuak juga ketika itu. Sungai Linggi terkenal dengan buaya tembaga mengikut cerita penduduk kampung. Arwah ayah pernah bercerita, kalau manusia tak kacau buaya, buaya itu pun tak akan kacau kita.

Setiapkali saya ke sini, kelihatan ramai penunggang motor baik besar sehingga kecil mengunjungi kedai ini. Dari segi harga, harganya boleh tahan juga dan tidaklah begitu murah. Tetapi saya juga faham kerana untuk mendapatkan makanan kampung yang disajikan itu bukannya mudah. Cara penjagaan, rumitnya untuk meghasilkan, memasak dan menangkap hasil laut dan sungai itu sendiri banyak proses yang harus dilakukan. Jadi disebabkan restoran ini dimiliki orang kampung saya sendiri, jadi kenalah sokong. Jangan lah lupa singgah ke sini sekiranya anda ke Selatan. Saya juga tumpang bangga juga adanya restoran ini di sekita kampung saya kerana ia memberi peluang pekerjaan untuk orang muda di kampung sekiranya mereka tidak ke bandar macam saya. Jangan lupa singgah ya.

Silalah lihat makanan yang dihidangkan dibawah ini atau anda boleh pergi ke facebook Resepi Grobok Salai.

 

    

   

 

 

Please share and like our webpage