Meraikan Ulangtahun Perkahwinan di Restaurant Thirty8 di Hotel Grand Hyat Kuala Lumpur

Alhamdulilah, semalam adalah ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Kami mengambil kesempatan dengan meraikan hari istimewa ini dengan pergi makan malam istimewa di Restoran Thirty8 di Hotel Grand Hyat Kuala Lumpur. Setiap kali kami mempunyai acara istimewa, sebolehnya kami akan cuba menyambutnya lain dari yang biasa. Kali ni saya menempah restoran ini memandangkan restoran ini menawarkan pemandangan cantik dari tingkat 38 menghadap bangunan pencakar langir iaitu Menara Berkembar PETRONAS.

Pada awal perkahwinan, kami tidak terlalu berbelanja mewah untuk meraikan dan pergi bercuti ketika ulangtahun perkahwinan. Ketika itu anak masih kecil dan banyak keperluan lain yang harus didahulukan. Saya bukanlah seorang yang suka makan di tempat-tempat mewah kecuali untuk meraikan majlis-majlis istimewa dalam kehidupan kami. Walaubagaimanapun seiring dengan hubungan kami sebagai pasangan suami isteri dan kerjaya yang semakin berkembang dan kehidupan yang makin baik. Tidak salah untuk meraikan hari-hari istimewa bersama keluarga amat penting dalam mewarnai kehidupan.

Restoran ini mesra keluarga dan sesuai juga untuk membawa anak-anak kecil. Harganya juga boleh dikatakan agak mahal tetapi pemandangannya yang cantik diwaktu malam menawarkan panorama sekitar KLCC. Suasana di dalam restoran sedkit malap untuk memberi penglihatan baik kerana diluar restoran menyajikan suasana kota metropolitan yang menarik dari tingkat 38. Kami tidak menempah terlalu banyak makanan kerana anak-anak saya yang masih kecil dan kami suami isteri tidak makan banyak pada waktu malam. Pelayan-pelayan yang melayan kami juga begitu baik dan amat ramah dalam melayani kami di situ. Kami cuma menempah satu set menu untuk 3 orang makan dan dua menu ala carte.

Pada waktu mengambil tempahan saya memaklumkan kepada pelayan kami datang ke sini untuk menyambut aniversari perkahwinan dan mereka meletakkan perkataan Happy Anniversary pada desert yang kami tempah. memandangkan musim covid, mereka tidak meletakkan menu untuk menempah makanan tetapi menggunakan QR code dan melihat menu secara online.

Ketika menunggu kami disajikan dengan beberapa keping roti yang dimakan bersama marjerin.

Antara menu makanan yang kami tempah bersama dengan nasi putih.

Harga makanan kami pada malam itu anggaran RM300 sekeluarga.

Address: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Opening Hour: 7.00 am – 11.00 pm

Phone: 03-2182 1234

Please share and like our webpage