Musim Bunga Di Jepun

Jepun adalah sebuah negara kegemaran saya selain dari tanahair saya sendiri iaitu Malaysia. Musim Bunga dan Musim Luruh adalah musim yang paling digemari oleh ramai orang termasuk rakyat Jepun itu sendiri. Tempoh Musim Bunga di Jepun berlangsung dari bulan (Mac hingga Mei). Antara kelebihan pergi pada Musim Bunga ialah melihat bunga Sakura berkembang mekar. Walaubagaimanapun, tempoh Sakura berkembang terlalu pendek jadi anda kena memastikan lokasi yang anda pergi sewaktu ianya tengah berkembang. Musim Bunga berlaku selepas musim sejuk. Suhu pada waktu siang antara 15-20° celsius dan pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga 10° celsius. Suasananya yang tidak terlalu sejuk, agak dingin dan amat nyaman untuk berjalan. Musim bunga terkenal dengan bunga sakura dan terdapat pelbagai acara menikmati keindahan bunga sakura di sekitar Jepun dan sekiranya di Tokyo anda boleh melihat acara tersebut di beberapa kawasan seperti di 

i. Ueno Park (Taman Eeno Onshi)

ii. Shinjuku Gyoen National Park

iii. Chidorigafuchi di Tokyo Imperial Palace

iv. Taman Taito City Sumida

v. Taman Inokashira

vi. Sungai Meguro (Megurogawa)

vii. Taman Yoyogi

viv. Taman Koishikawa Korakuen

x. Taman Rikugi 

sumber dari Live Japan

Please share and like our webpage