Musim Bunga di Jepun

Trip Musim Bunga Di Jepun April 2018

Di sini saya kongsikan travelogue saya bersama keluarga saya ke Tokyo Jepun sewaktu musim sakura pada April 2018. Pengalaman tinggal di Jepun memudahkan saya membawa keluarga saya tetapi ia adalah yang pertama kali untuk suami saya dan anak-anak saya. Pergi secara solo, dengan kawan-kawan dan keluarga mempunyai perbezaan yang ketara. Bila solo, kita bebas untuk kemana-mana tetapi bila ada anak yang masih kecil, ada banyak perkara yang harus difikirkan dan persiapan perjalanan harus lebih teliti. Tetapi peluang melancong bersama keluarga menjadi detik indah yang tidak dapat dilupakan.

Musim Di Jepun

Jepun mempunyai 4 musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim luruh dan musim panas. Kesemua musim ini memberi pengalaman yang berbeza kerana persekitaran dan suasana yang berlainan. 

Musim Bunga – Mac hingga Mei

Musim Panas – Jun hingga Ogos

Musim Luruh – Oktober hingga November

Musim Sejuk – Disember hingga Feb

Musim bunga dan musim luruh adalah dua musim yang paling saya suka di Jepun. Ini adalah kerana suasananya yang tidak terlalu sejuk dan bebas untuk kemana-mana dengan suhu yang nyaman. Trip ini seramai lima (5) orang, diri saya dan suami, ayah kami yang berumur 65 tahun dan 2 orang anak saya yang berumur 9 tahun dan 1 tahun 4 bulan. Ada orang yang risau pergi ke negara Jepun tanpa agensi pelancongan terutama bila membawa orang tua dan anak kecil. Apa yang penting, trip ini perlu santai dan perancangan yang teliti dari semua perkara sudah dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Selain dari itu kita serahkan pada yang maha kuasa. Kami ke beberapa tempat di sekitar Tokyo, Gunung Fuji, Tasik Kawaguchi dan Hakone. Memandangkan kami membawa anak kecil dan orang tua, rancangan perjalanan yang kami buat mengikut situasi dan tidak hanya mengikut perasaan 😉

Di atas adalah kawasan-kawasan yang kami pergi iaitu di sekitar Tokyo dan Gunung Fuji. Satu hari kami hanya pergi antara 3 hingga 4 tempat sahaja. Berlainan ketika kami pergi pada musim luruh iaitu 6 bulan selepas trip ini, saya dan suami serta anak lelaki kami yang sulung, perjalanan kami bermula seawal pukul 6 pagi hingga lewat malam. Travelog kali ini, saya ingin berkongsi percutian kami sewaktu musim bunga sahaja dan sila klik disini untuk membaca tentang percutian saya sewaktu musim luruh. Ini adalah jadual perjalanan kami yang ringkas.  Semoga ia boleh memberi manfaat dan memberi anda serba sedikit idea jika anda ingin  ke Jepun bersama keluarga anda. Susunan jadual perjalanan ini amat sesuai untuk yang berkeluarga, bersama rakan atau solo jika ke Tokyo, Jepun.

Penerbangan kami ke Jepun dengan Air Asia, kelas ekonomi yang dibeli pada bulan Februari 2018 iaitu 2 bulan sebelum kami melancong. Jika anda ingin mendapat tiket yang lebih murah, belilah tiket lebih awal kerana ianya lebih menjimatkan. Terdapat pelbagai halaman web yang boleh anda rujuk bagi mendapatkan tiket mengikut budget anda. 

Disini saya kongsikan beberapa persiapan untuk melancong bersama keluarga sewaktu musim bunga di Jepun dan beberapa perkara utama yang harus difikirkan bila melancong ke Jepun:

  1. Persiapan Melancong Ke Luar Negara Dengan Anak Kecil Dan Orang Tua
  2. Jadual Perjalanan (Itinerary)

Sila Klik Di Bawah Untuk Jadual Perjalanan Seterusnya

Please share and like our webpage

Leave a Reply

Your email address will not be published.