Musim Luruh – Hari Ke Empat (Osaka Castle, Museum House Of Living, Hared Rock Cafe & Nippori,Tokyo)

Travelog Ke Jepun

Hari Ke Empat – 5 November 

Osaka

Hari ni ialah hari terakhir saya di Osaka sebelum pulang semula ke Tokyo. Kami check out hotel awal dan meneruskan perjalanan ke Osaka Castle. Hotel FP Grand South yang kami tinggal di Shin Imamiya ini begitu selesa kerana kedudukannya yang berdekatan dengan stesen keretapi dalam jarak 80m.

Bahagian penyambut tetamu Hotel Grand South FP Namba

 

Bahagian hadapan Hotel Grand South FP Namba dan terdapat Family Mart berhadapan hotel

Pintu masuk ke stesen keretapi Shin Imamiya Ekimae dari arah hotel. Tapi jangan masuk di sini jika anda membawa banyak luggage. Jalan sedikit kehadapan dan anda akan berjumpa dengan escalator.

Pintu masuk ke escalator 

 

Osaka Castle

Bagaimana cara ke sini

Dari stesen Shin Imamiya yang dekat dengan hotel kami menginap, saya menaiki keretapi JR Osaka Loop line ke arah Tennoji/Tsuruhashi di Platform 1 untuk ke destinasi seterusnya iaitu Osaka Castle. Terdapat juga beberapa stesen yang boleh anda turun selain dari stesen Osakajokoen seperti dibawah:

Pilihan 1 – Turun di Stesen Osakajokoen (Exit 3)

Jenis Line – JR Osaka Loop line arah Tennoji (Satu keretapi tanpa bertukar line)

Setibanya di stesen Osakajokoen (Exit 3) berjalan kaki ke Istana dan jaraknya ialah 1.3km

Route:

Stesen Shin Imamiya – Stesen Osakajokoen  (25 min, 7 stop, 180yen)

Detail Route:

Shin Imamiya – Tennoji(1) – Terradacho (2) – Momodani (3) – Tsuruhashi (4) -Tamatsukuri (5) – Morinomiya (6) – Osakajokoen (7)

Pilihan 2 – Turun di Stesen Morinomiya (Exit 3B/1) 

JR Osaka Loop line (Counter clockwise-Satu keretapi tanpa bertukar line)

Berjln kaki ke Stesen Shin Imamiya (280m) – Stesen Tennoji Stesen (remain on board) – Stesen Morinomiya (10 min, 6 stop, 160yen)

Setibanya di stesen Morinomiya (Exit 3B/1) berjalan kaki ke Istana dan jaraknya ialah 1.3km

Terdapat servis shuttle tram ride di dalam kawasan taman yang  yang boleh menghantar anda ke depan pintu gerbang Istana yang dipanggil Sakura Gate. Sesuai jika anda membawa orang tua dan anak kecil.

Pilihan 3 – Turun di Stesen Osaka Business Park (Exit 2) dan jaraknya ialah 1.2km

Jika guna Subway Nagahoritsurumiryokuchi line

Pilihan 4 – Turun di Stesen Temmbashi (Exit 3) dan jaraknya ialah 1.4km

Jika guna Keihan Main line, Keihan Nakanoshima line & Tanimachi line

Pilihan ini adalah yang terbaik jika anda ingin singgah ke Nishinomaru Garden. Stesen ini lebih dekat untuk ke Nishinomaru garden berbanding dengan 3 pilihan yang diatas melalui Otemon gate

Waktu Melawat

9.00-5.00 Setiap hari

Boleh datang pada hujung bulan November dan awal Dec untuk melihat musim luruh yang penuh dengan warna warna daun yang pelbagai warna di kawasan Osaka Castle.

Entrance Fees

600yen

Free jika ada Osaka Amazing Pass

Halal Restaurant

Sukar untuk anda berjumpa dengan restoran halal di sekitar. Digalakkan untuk anda membawa makanan sendiri dan makan di tempat yang dibenarkan

Bagaimana cara ke sini

Setelah tiba di stesen Osakajokoen, saya berjalan kaki ke Osaka Castle dan jaraknya ialah 1.3 km. Kami hanya berjalan kaki untuk ke istana dan sepanjang kaki ke istana kami melalui bahagian-bahagian cantik di dalam kawasan taman istana dan meyaksikan musim luruh. Pada ketika itu, pokok-pokok sudah berubah warna yang sangat cantik tetapi masih belum sepenuhnya. Jika anda ingin merasai suasana musim luruh yang cantik datanglah pada penghujung bulan November atau awal December. Tetapi jika anda membawa orang tua atau kanak-kanak anda boleh turun di stesen Morinomiya kerana di sana terdapat servis shuttle tram ride di dalam kawasan taman yang  yang boleh menghantar anda ke depan pintu gerbang Istana yang dipanggil Sakura Gate dengan harga 200 yen dewasa 100 yen kanak-kanak dan orang tua.

Apa yang menarik

1. Bersiar siar di kawasan taman istana sambil menikmati pemandangan yang menarik terutama di musim bunga dan musim luruh.

2. Berpakaian samurai dan kimono dengan harga 500yen.

3. Menaiki bot persiaran Gozabune (berdekatan dengan Osakajo Hall)

Waktu operasi 10.00-4.30pm. Masa perjalanan 20minit. Bayaran ialah 1500 yen (dewasa) 750 yen (kanak-kanak). Free jika ada Osaka Amazing Pass. Untuk menaiki bot ini adalah lebih baik turun di stesen Osakajokoen.

4. Menaiki Aqua Liner

Waktu operasi 10.00-4.00pm. Masa perjalanan 60minit. Bayaran 1700yen (dewasa) 600yen (kanak-kanak). Free jika ada Osaka Amazing Pass. Untuk menaiki bot ini adalah lebih baik turun di stesen Osakajokoen.

Sejarah 

Istana Osaka berada di sebelah utara daerah Uemachi, di tempatkan di lokasi tanah yang paling tinggi dibandingkan dengan wilayah sekelilingnya. Ianya merupakan bangunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Jepun. Menara utama Istana Osaka yang menjulang tinggi merupakan simbol kota Osaka. Istana Osaka dijadikan sebagai istana sekaligus menjadi benteng sewaktu zaman Azuchi Momoyama hingga zaman Edo. Nama Istana Osaka sekarang ditulis sebagai Ōsaka-jō. Saya menghabiskan banyak masa di sini kerana pemandangannya yang menarik. Selepas itu saya pulang melalui jalan lain ke stesen keretapi Morinomiya dan kebetulan terdapat shuttle train yang sedang menunggu untuk mengambil penumpang ke stesen keretapi Morinomiya. 

Museum House of Living

Waktu Melawat

10.00-5.00 (last admission 4.00)

Tutup – Selasa dan Public Holiday

Entrance Fees

600yen

Free jika ada Osaka Amazing Pass

Halal Restaurant

Sukar untuk anda berjumpa dengan restoran di sekitar

Digalakkan untuk anda membawa makanan sendiri dan makan di tempat yang dibenarkan

Apa yang menarik

1. Merasai kehidupan zaman Edo di Jepun

2. Berkimono di sekeliling muzium dengan harga 500yen.

– Di sini anda juga boleh memakai kimono yang boleh disewa dan mengambil gambar di sekitar muzium.

– Tiba sebelum pukul 9.45 pagi kerana ramai yang ingin beratur memakai kimono

3. Beli hand made souvenir dengan harga 100yen

Bagaimana cara ke sini

Pilihan 1 – Turun di Stesen Temma Tanpa Menukar Tren JR dari Osaka Castle (650m)

Line JR

Stesen Morinomiya – Stesen Osakajokoen – Stesen Kyobashi – Stesen Sakuranomiya – Stesen Temma (9 min, berhenti di 4 stesen)

Setibanya di stesen Temma berjalan kaki dan jaraknya dalam 650m.

Dengan route ini kita tidak perlu menukar tren. Tetapi jika anda ingin lebih dekat lagi dengan berjalan kaki, pilihannya ialah anda boleh menukar tren di stesen Sakaisuji Hommachi dan route nya seperti berikut:

Pilihan ke 2 – Turun di Stesen Tenjimbashisujirokuchome dari Osaka Castle

Line Chuo dan Midosuji 

Morinomiya – Sakaisuji Hommachi (Line Chuo) transit kemudian

Berjalan kaki selama 1 minit ke stesen Sakaisuji Hommachi (Line Midosuji) – Kitahama – Minami Morimachi – Ogimachi – Tenjimbashisujirokuchome (7min) 

Setibanya di stesen Tenjimbashisujirokuchome berjalan kaki dan jaraknya dalam 200m.

  

Melalui lorong-lorong kedai-kedai di sekitar Temma sebelum tiba di Museum House of Living

Kami memilih route yang pertama kerana supaya tidak menukar tren dan setibanya di stesen Temma berjalan kaki mengikut bantuan google map ke destinasi. Untuk mencari Museum House of Living ianya sedikit mengelirukan kerana tempatnya berada di tingkat 8 di dalam bangunan. Gambar di bawah adalah pintu masuk untuk ke muzium tersebut dan juga untuk Stesen keretapi Hankyu.                      

   

Selepas ke Muzium House of Living, perancangannya ialah ke Hard Rock Cafe Universal City Walk Osaka yang berdekatan dengan Universal Studio. Tetapi saya telah pergi ke Hard Rock Cafe Osaka yang terletak di Honmachi. Sebelum ke situ kami singgah dulu makan tengahari di restoran Indonesia yang bernama Kafe Bintang.

Dari muzium kami berjalan kaki sejauh 250m ke stesen Tenjimbashisujirokuchome – stesen Sakaisuji Hommachi (6 min, 4 stop, 180yen)

Jenis Line – Midosuji Line Sakaisuji arah Tengachaya (Satu keretapi tanpa bertukar line)

Setibanya di stesen Sakaisuji Hommachi berjalan kaki restoran cafe bintang dan jaraknya ialah 1.1km. Disebabkan kami keletihan untuk berjalan kaki, kami menahan teksi untuk ke restoran ini.

Sebenarnya kenapa kami berhenti di stesen Tenjimbashisujirokuchome kerana ianya lebih dekat ke Hard Cafe Osaka yang terletak di Honmachi iaitu sejauh 600m . Tetapi memandangkan kami sudah kelaparan kami berjalan kaki ke restoran bintang dan jaraknya dari stesen ialah 1.1km. Jika anda ingin makan dulu ke restoran ini sebelum ke Hard Rock Cafe, route pilihan yang ada dan lebih dekat adalah seperti dibawah:

Dari muzium House of Living  jalan kaki 250m ke stesen Tenjimbashisujirokuchome – stesen Nagahoribashi (8 min, 5 stop, 230yen)

Setibanya di stesen Nagahoribashi berjalan kaki restoran cafe bintang dan jaraknya ialah 400meter.

Cafe Bintang

Alamat

Japan, 〒542-0083 Osaka, Chuo Ward, Higashishinsaibashi, 1 Chome−19−19 ケイティーズ心斎橋

Waktu Buka

12.00pm – 11.00pm

Buka setiap hari  

Telefon

+81 6-6484-7483

Halal Restaurant 

Disediakan juga tempat untuk sembahyang

   

Selepas makan dan solat di restoran ini, kami ke Hard Rock Cafe Osaka dan dari restoran kami berjalan kaki ke Hard Cafe Osaka. Anda boleh juga berjalan kaki 400m ke stesen Nagahoribashi dan berhenti di stesen Sakaisuji Hommachi (1 min next stop).

Hard Rock Cafe Osaka

Alamat

3-6-14 Minamihonmachi, Ito Building 1f, Chuo-Ku, Osaka-Shi 541-0054 Jpjapan, 〒542-0083 Osaka, Chuo Ward,

Waktu Buka

Rock Shop  11.30am – 11.00pm

Restoran  11.30am – 11.00pm

Telefon

+81 6-6120-5711

Non-Halal Restaurant 

Kami sempat membeli beberapa helai baju di sini. Selepas bershopping kami berjalan kaki ke stesen Hommachi sejauh 230m untuk stesen Shin Osaka dan sterusnya pulang ke Tokyo semula.

Dari Hard Rock Cafe kami berjalan kaki dengan jarak 230m ke stesen Hommachi menaiki line Midosuji ke stesen Shin Osaka (11min, 5 stops). Sekali lagi kami menaiki shinkansen untuk ke Tokyo dan pada waktu itu hari sudah petang dan kami tiba di Tokyo hampir pukul 8 malam.

  

Esok kami akan ke Kawaguchiko. Sebenarnya jika anda dari Osaka terdapat pelbagai cara untuk anda ke Kawaguchiko terus dari Osaka tanpa perlu ke Tokyo.

Pilihan 1 – Menaiki Bas selama 9-10 jam

Route : Osaka – Kyoto – Kawaguchiko 

Pilihan 2 – Menaiki Shinkansen turun di Mishima

Route : Shin Osaka – Mishima (Shinkansen, 2 hr 12 min) – sambung dengan bas untuk Kawaguchiko selama 1 jam 30 minit

Pilihan 3 – Menaiki Shinkansen turun di Tokyo – Kawaguchiko 

Route : Osaka – Tokyo – Shinjuku – Kawaguchiko

Pilihan ke tiga yang paling mudah dan senang. Oleh itu kami pulang semula ke Tokyo dan keesokannya baru kami ke Kawaguchiko dari Shinjuku

Setibanya di stesen Tokyo kami menaiki line JR untuk ke stesen Nippori. Seperti yang saya beritahu di dalam itenerari saya pada hari pertama, Jika anda membawa luggage yang besar, adalah lebih baik anda menggunakan East exit.

Setibanya kami di hotel semula, apabila kami masuk ke bilik, beg luggage kami yang besar kami tinggalkan sudah ada di dalam bilik. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini kelebihan tinggal di hotel seperti Mystays ialah saya boleh meninggalkan luggage di hotel untuk ke Osaka dan kebanyakan hotel di Jepun ada servis ini kecuali jika anda tinggal di airbnb atau hotel-hotel kecil. Malam itu kerana kami sudah keletihan kami tidak kemana-mana dan hanya makan dibilik. 

Selesailah aktiviti hari ke empat perjalanan dari Osaka ke Tokyo semula.

Sila Klik Di Bawah Untuk Jadual Perjalanan Seterusnya