Musim Luruh – Hari Ke Enam (Ueno, Ikebukuro & Tokyo Disney Sea)

Travelog Ke Jepun

Hari Ke Enam – 7 November 2018 (Rabu)

Ueno

Destinasi kami pada hari ialah ke Ueno dan Tokyo Disneyland. Kami bergerak dari hotel seawal jam 8pagi waktu Jepun bersamaan pukul 7 waktu Malaysia. Dari hotel kami terus ke Ueno menaiki keretapi JR ke  stesen Ueno. Tujuan utama kali ini kami ke Ueno ialah untuk ke Ameyoko street, Hard Rock Ueno serta berjalan-jalan di pelbagai pusat membeli belah yang ada disana. Memandangkan pada musim bunga yang lepas kami sudah berjalan di sekitar Ueno, jadi kali ini kami tidak lagi pergi ke tempat yang sama kecuali Ameyoko Street. Kami memebli beberapa helai baju di Hard Rock kemudian beg Anello di Ameyoko dan terakhir shopping baju winter coat di Uniqlo Okachimachi store. 

Hard Rock Ueno

Bagaimana untuk ke sini

Sebaik tiba di stesen Ueno, destinasi pertama kami ialah ke Hard Rock Cafe Ueno. Jarak dari stesen keretapi Ueno ialah 83meter sahaja.

Alamat

Japan, 〒110-0005 Tokyo, Taito City, Ueno, 7 Chome−1−1 アトレ上野 1F

Waktu Buka

7.00am – 11.00pm setiap hari

 

Ameyoko Street

Bagaimana untuk ke sini

Sebaik tiba di stesen Ueno, untuk ke sini hanya dengan berjalan kaki sejauh 350meter.

Alamat

4 Chome-9-14 Ueno, Taito City, Tokyo 110-0005, Japan 

Di sini kami membeli beg anello dan harganya lebih murah daripada yang ada di gedung membelah belah (mall)

 

Ueno Ameyoko Street

Sewaktu kami pergi musim bunga yang lepas kami ke kedai ini dan owner kedai sangat ramah dan boleh berbahasa Malaysia. Kedai ini menjual pelbagai jenama beg-beg dan kami membeli beberapa beg Anello untuk dibawa pulang ke Malaysia. Selepas membeli belah di sekitar Ameyoko, anda boleh juga singgah di beberapa restoran halal di sini seperti di bawah.

Restoran Halal Ueno Chicken Man dan Doner Kebab

Alamat

アメ横センタービル 8, 4 Chome-5-7 Ueno, Taito City, Tokyo 110-0005, Japan

Waktu Buka

9.00am – 10.00pm Buka setiap hari  

Bersiar-siar di sekitar Ueno

Selepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar Ueno kemudian ke stesen Tokyo untuk ke Tokyo Disney Sea.

 Selesai di Ueno, kami mengambil keretapi untuk ke stesen Ikebukuro. Memandangkan kami akan membeli Tiket Disney Sea pukul 3 petang, jadi masih ada masa lagi untuk berjalan-jalan di sekitar Ikebukuro. 

Ikebukuro terkenal dengan kawasan anime iaitu kartun Jepun. Sudah pasti anak lelaki saya menggemarikan tempat ini kerana kelihatan pelbagai game dan mesin permainan yang disediakan dan di kebanyakan kedai. Tetapi tujuan kami hanya untuk merasai dan bukanlah untuk bermain pun.

Kami meneruskan perjalanan dari stesen Ikebukuro terus ke Stesen Tokyo untuk mengambil keretapi ke stesen Maihama. Di stesen Tokyo akan kelihatan signboard yag menunjukkan ke arah platform untuk ke Tokyo Disneyland/Disney sea. Ketika kami sampai, hari sudah pun gelap. Kami akan membeli tiket yang dikenali dengan After 6 passport dan pukul 6 di Jepun sudah gelap gelita.

Memandangkan saya pernah menulis tentang Tokyo Disneyland sebelum ini pada trip musim bunga, untuk ke Tokyo Disney sea juga masih sama cuma taman tema ini bersebelahan dengan Disneyland. Sila klik di sini. Memandangkan kami tidak membeli tiket lebih awal jadi saya harus beratur untuk membeli tiket dan laluan tiket juga banyak serta cepat. Kami hanya membeli tiket yang boleh masuk pada pukul 6 petang yang berharga 4200 yen.

  

Setelah menonton beberapa perarakan di dalam air di sini kami pun bergerak pulang dan jam masih belum menunjukkan pukul 10 malam. Memandangkan kami risau ramai orang yang akan menaiki keretapi kami bertolak lebih awal. Kelihatan bunga api sewaktu kami menaiki monorel untuk stesen Maihama menandakan penutupan  di Disneysea.  

Please share and like our webpage