Musim Luruh – Hari Ke Lapan (Harajuku & Shibuya)

Travelog Ke Jepun

Hari Ke Lapan – 9 November 2018 (Jumaat)

Harajuku

 

Hari ni kami ke Harajuku dan pertama kali destinasi yang saya singgah ialah ke kedai kasut Sketchers. Untuk ke sini sangat mudah kerana kedai ini betul-betul berada di depan stesen Harajuku sekiranya anda keluar dari stesen. Setiap kali ke Tokyo saya pasti akan membeli kasut di sini dan harganya lebih murah sedikit dari yang ada di Malaysia manakala fesyen yang ada di sini lebih terkini dibandingkan dengan di Malaysia dan saya sempat membeli 2 pasang kasut.

Kedai Sketchers ini kelihatan sebaik anda keluar dari stesen JR Harajuku. Kami kemudian ke 

Kemudian kami terus ke Takeshita Street atau dikenali juga dengan Takeshita Dori. Kami berjalan disekitar Harajuku sebelum mencari Luke Lobster untuk makan tengahari. Rangkaian Luke Lobster ini terdapat banyak di sekitar Tokyo. 

arajuku yang padat dengan lautan manusia.

  Untuk membeli luke lobster ini, anda harus beratur panjang dan jangan risau kerana di Jepun adat beratur adalah perkara biasa.

Setelah berjalan di sekitar Harajuku, perjalanan seterusnya ialah ke Shibuya.  Setiba di stesen Shibuya, kami mencari exit ke  Hachiko Statue. Kisah Hachiko seekor anjing yang menunggu tuannya adalah sejarah yang terdapat di Shibuya ini berdekatan dengan Sibuya Crossing.

Di sekitar Shibuya terdapat banyak shopping complex yang terkenal dan terlalu banyak untuk ditengok dan dilihat disekitar.

 Selesai di Shibuya, kami terus balik ke hotel di Mystays Gotanda Station.

Sila Klik Di Bawah Untuk Jadual Perjalanan Seterusnya

Please share and like our webpage