Musim Luruh – Hari Ke Lima (Shinjuku dan Kawaguchiko)

Travelog Ke Jepun

Hari Ke Lima – 6 November 2018 (Selasa)

Kawaguchiko

Hari ni kami akan bergerak ke Kawaguchiko. Kami check out hotel di Mystays Nippori kemudian menaiki keretapi JR ke  stesen Gotanda untuk ke  hotel kegemaran kami di Tokyo iaitu Mystays Gotanda Station. Terdapat 2 buah hotel Mystays yang terletak di sekitar Gotanda iaitu 

1. Mystays Gotanda yang terletak di Shinagawa

2. Mystays Gotanda Station yang terletak di Gotanda

Kelebihan tinggal di hotel Mystays Gotanda Station kerana kedudukannya yang berdekatan dengan stesen keretapi dalam jarak 50m sahaja. Tujuan kami kesini untuk meninggalkan 2 beg luggage kami yang besar dulu di hotel sebelum kami ke Kawaguchiko. Memandangkan kami akan tinggal di hotel ini apabila pulang dari Kawaguchiko nanti, pihak hotel tersebut membenarkan kami meninggalkan beg di hotel dan bukti salinan tempahan diperlukan sebelum mereka bersetuju untuk menyimpan beg kami. Selepas itu kami diberikan nombor untuk disimpan dan menjadi rujukan sewaktu mengambil beg semula nanti. Semalam kami ada di Osaka dan sebenarnya dari Osaka anda boleh juga terus ke Kawaguchiko tetapi masa perjalanan yang diambil adalah panjang dan memakan masa yang lama dan bertukar keretapi serta sambungan dengan bas dari . Cara yang terbaik ialah kami ke Tokyo dan menaiki keretapi di Shinjuku untuk ke Kawaguchiko.

Bahagian penyambut tetamu hotel Mystays Gotanda Station.

Selepas kami meninggalkan beg-beg kami yang besar disini, perjalanan seterusnya ialah ke Kawaguchiko. Untuk ke Kawaguchiko kami pergi ke stesen JR Gotanda dan pastikan google map membawa anda ke lokasi yang betul kerana terdapat 2 stesen keretapi di sekitar Gotanda

1.Stesen Gotanda untuk keretapi subway

Terletak berhadapan hotel cuma ianya di bawah tanah. Jika anda pergi ke stesen yang membawa ke bawah tanah ianya akan membawa anda ke stesen subway yang menggunakan Asakusa line.

2.Stesen JR Gotanda

Dari stesen Gotanda saya menaiki keretapi JR ke stesen Shinjuku dan untuk ke Kawaguchiko saya menaiki keretapi ekspress ke stesen Otsuki. Terdapat juga beberapa cara lain untuk ke kawaguchiko seperti dibawah:

Bagaimana untuk ke Kawaguchiko

1)Dengan kereta api
Ambil Laluan JR Chuo

Keadaan di dalam keretapi ekspress JR Chuo

Route:

Stesen Shinjuku – Stesen Otsuki – Stesen Kawaguchiko 

Pilihan

i. Melalui melalui kereta api ekspres (70 minit, kira-kira 2500 yen)

ii. Melalui kereta api tempatan tetapi akan banyak di beberapa tempat di sepanjang jalan (100 minit, 1320 yen)

iii. Terdapat juga dua kereta api ekspres langsung setiap hari antara Shinjuku dan Kawaguchiko di setiap arah (kira-kira 2 jam, sekitar 4000 yen satu arah dan wajib menempah kerusi jika anda menggunakan keretapi ini).

Setelah tiba di stesen Otsuki, ambil Laluan Kereta Api Fujikyu ke Stesen Kawaguchiko (55 minit, 1140 yen satu arah 2240).

Gambar dia tas adalah suasana di sekitar Stesen Otsuki. Kami tidak membeli tiket secara tempahan dan anda boleh terus ke stesen dan membelinya disana. Tetapi tengok nasib dan kebetulan jika ramai orang anda harus beratur panjang.

Gambar diatas adalah di dalam keretapi ekspress Fujikyu

JR Tokyo Wide Pass meliputi keseluruhan perjalanan antara Tokyo dan Kawaguchiko (kecuali kerusi panorama di kereta ekspres terhad); Walau bagaimanapun, pas JR yang lain tidak sah antara Otsuki dan Kawaguchiko. Yuran tambahan sebanyak 1140 yen (1740 yen untuk kereta ekspres terhad) perlu dibayar untuk seksyen itu.

2) Dengan Bas

Dari Stesen Shinjuku (2 jam, 1750 yen)
Fujikyu dan Bus Keio mengendalikan satu hingga dua bas terus sejam antara Terminal Bas Shinjuku di Tokyo dan Stesen Kawaguchiko di wilayah Fuji Lima Lakes.

Perjalanan sehala mengambil masa kurang dari dua jam dan berharga 1750 yen. Kebanyakan bas berhenti di Stesen Fujisan dan Fuji Q Highland sebelum tiba di Stesen Kawaguchiko dan kebanyakan mereka terus ke Lake Yamanakako (hanya lebih dua jam, 2050 yen dari Shinjuku). Pas Kereta Api Jepun tidak sah pada bas ini.

Dengan bas dari Stesen Tokyo (2 jam, 1800 yen)
Fujikyu dan JR Kanto Bus beroperasi satu hingga dua bas terus sejam antara Stesen Tokyo (Yaesu South Exit) dan Stesen Kawaguchiko di wilayah Fuji Lima Lakes. Perjalanan sehala mengambil masa kira-kira dua jam dan berharga 1800 yen. Tempahan dalam talian boleh dibuat melalui Willer dan Jepun Bus Online. Pas Kereta Api Jepun tidak sah pada bas ini.

Dengan bas dari Stesen Shibuya (2 jam, 1800 yen)
Fujikyu mengendalikan kira-kira satu bas setiap dua jam antara Shibuya (Mark City), Fuji Q Highland, Stesen Kawaguchiko dan Stesen Fujisan. Perjalanan sehala mengambil masa 2 hingga 2.5 jam dan kos 1800 yen. Pas Kereta Api Jepun tidak sah pada bas ini.

Stesen Kawaguchiko

Sebaik tiba di stesen Kawaguchiko, terdapat servis bas persiaran yang boleh membolehkan anda bersiar-siar dan berhenti di beberapa lokasi yang menarik. . Sebelum kami berjalan-jalan kami mengambil teksi untuk makan di Restoran Aladin. Sewaktu disini kami bertembung dengan Sofrie iaitu driver yag menghantar kami ke Kawaguchiko sewaktu musim bunga yang lepas. Restoran ini adalah sebuah restoran halal yang terletak di stop no 4 menggunakan bas hijau dan merah.

Restoran Aladdin (Indian Restaurant)

Bagaimana untuk ke sini

Selain mengambil teksi, anda juga boleh menaiki bas Fujikyu berwarna merah dan hijau dan berhenti di stop no 4

Alamat

 288-1 Funatsu, Fujikawaguchiko, Minamitsuru District, Yamanashi 401-0301, Japan

Waktu Buka

11.00am – 3.00pm kemudian dibuka semula pada pukul 5.00pm – 8.30pm

Buka setiap hari  

Telefon

 +81 555-72-6755

Halal Restoran tapi tidak disediakan tempat untuk sembahyang kerana ianya adalah restoran india.

Bersiar-siar di sekitar Kawaguchiko

Selepas makan di restoran Aladdin, kami pergi semula ke stesen Kawaguchiko dengan hanya berjalan kaki dari restoran Aladdin sejauh 700meter. Sepanjang perjalanan kami meyusuri pemandangan yang mengasyikkan dan suhu yang agak dingin sungguh mendamaikan.

Setibanya di stesen Kawaguchiko kami terus ke bahagian tiket untuk membeli tiket bas. Terdapat 3 jaluran bas yang berwarna hijau, biru dan merah. Anda boleh mebeli pas yang boleh digunakan selama 2 hari. Kami hanya membeli pas untuk bas yang berwarna merah dan hijau sahaja. Memandangkan route untuk bas bewarna biru agak jauh kami tidak sempat untuk menaiki bas tersebut. Sedikit cara2 untuk pass.

1. Bas berwarna iaitu hijau, merah dan biru 1500yen

2. Bas berwarna iaitu hijau dan merah 1200yen

    

Tiket untuk bas warna merah dan hijau.

Sila klik di sini untuk Route Kawaguchiko

Memandangkan, kawasan Kawaguchiko ini cepat gelap, kami ke hotel dalam pukul 5 lebih. Antara kawasan spot yang menarik kami turun disepanjang menaiki bas untuk bersiar-siar ialah 

Line Merah

1. Stop no 7 

2. Stop No 11 untuk solat di kawasan ruang terbuka yang berbumbung

3. Stop No 13 untuk ke Restoran Aladdin

4. Stop No. 14

5. Stop no 16

6. Stop no 17

7. Stop No 22 Oishi Park – lokasi yang balik menarik untuk melihat gunung fuji dan boleh membeli ais krim di sini

Line Hijau

1.Stop No 68 Saiko iyashi no sato nenba dapat tengok Gunung fuji dr atas bukit.Boleh juga sewa kimono di sini

2.Stop No 69

Ks House Fuji View

Setelah hampir gelap, kami menaiki teksi untuk ke tempat penginapan kami di Ks House Fuji view. Sekiranya anda menaiki bas, sila naik bas line biru dan berhenti di stop no.4 dan berjalan kaki ke Ks House seperti gambar dibawah

 

 

  1. Persiapan Sebelum Melancong
  2. Itenerari Perjalanan

 

Please share and like our webpage