Melancong ke New Zealand

New Zealand telah dikategorikan oleh Indeks Keamanan Global (Global Peace Index) pada tahun 2017 sebagai antara 10 negara teratas yang terselamat di dunia. Negara ini mempunyai kadar jenayah yang sangat rendah dan ia menjadi pilihan destinasi ramai pengembara. Bagaimanapun, pada 15 Mac 2019, terdapat pembunuhan besar-besaran berlaku di New Zealand dan berita ini mengejutkan semua orang di dunia terutama rakyat New Zealand itu sendiri. Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan 50 orang cedera, dalam serangan keganasan yang penuh dengan kebencian menyasarkan dua masjid di bandar Christchurch, New Zealand. Penembak, yang dikenal pasti sebagai warganegara Australia berusia 28 tahun Brenton Harrison Tarrant, telah didakwa kerana melakukan pembunuhan tersebut. Sebagai seorang Muslim, tentu saja ia adalah perkhabaran sedih kepada semua umat islam di seluruh dunia kerana ianya berlaku ke atas orang Islam atas faktor-faktor kebencian dimana terdapat golongan yang tidak dapat menerima perbezaan di antara agama dan kebencian mereka terhadap Islam.

Saya merancang untuk melawat New Zealand pada tahun 2020 dan Christchurch adalah salah satu destinasi paling terkenal untuk saya singgah kerana kecantikan dan keindahan alam semula jadinya yang menakjubkan serta rakyat negara yang baik dan ramah. Negara ini secara geografi merangkumi dua tanah utama Pulau Utara dan Pulau Selatan. Di New Zealand  melancong bersama caravan, campervan & motorhome adalah satu pilihan yang menarik.

Bagi rakyat Malaysia,  tidak perlu memohon visa untuk memasuki negara ini. Penerbangan terus ke New Zealand dari Malaysia dan waktu penerbangan purata adalah lebih kurang 12 jam. Kebanyakan penerbangan antarabangsa tiba di Auckland, bandar terbesar di New Zealand, dan ia juga merupakan menghubungkan lapangan terbang yang menghubungkan bahagian dalam negeri di seluruh New Zealand. Pilihan lain yang ada adalah anda boleh transit di Australia dan menyambung penerbangan ke New Zealand. Lapangan terbang Australia dan New Zealand adalah antara yang paling ketat dan menempatkan anjing pengesan.

Jika anda ingin pergi ke luar negara terutama orang Islam, pastikan negara yang anda lawati selamat untuk pergi. New Zealand adalah antara negara paling selamat untuk dikunjungi oleh Muslim. 

Please share and like our webpage

Leave a Reply

Your email address will not be published.