Norma Baharu Hobi Baru Fotografi dan Pelancongan 2020

Kali terakhir saya keluar negara untuk bercuti pada Januari yang lepas ketika saya ke Bali, Indonesia. Sempadan negara masih lagi tidak dibuka untuk keluar dan masuk. Akibat dari itu banyak aktiviti perniagaan yang melibatkan luar negara dan pelancongan masih lagi terjejas teruk. Buat saya, perintah ini membantutkan niat untuk melancong ke luar negara tahun ini terpaksa ditunda. Kesihatan adalah perkara penting yang perlu ditikberatkan. Malaysia sendiri mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati.

Memandangkan saya tidak boleh berjalan bagi meneruskan minat saya yang suka melancong, kini hobi saya telah beralih arah ke bidang fotografi. Dalam masa beberapa bulan tempoh PKP, rindunya untuk pergi melancong membuahkan minat saya yang baru iaitu bidang fotografi.

Please share and like our webpage