Panduan Solat Ketika Melancong Ke Luar Negara

Sebagai seorang Muslim, menyediakan peralatan untuk solat adalah perkara utama yang perlu difikirkan ketika ingin bermusafir.

Muat Turun Applikasi Telefon Bagi Arah Kiblat Dan Waktu Solat

Jika anda ingin mengetahui waktu solat dan kiblat ketika di luar negara, terdapat beberapa applikasi yang boleh dimuat turun (download) dari internet. Tetapi saya hanya memilih beberapa applikasi sahaja yang biasa saya gunakan iaitu :

  1. Muslim Pro
  2. Islamic Finder
  3. Qiblat Finder

Bawa Kompas Manual  

Saya menggunakan telefon Samsung Note 9, walaupun antara teknologi baru tetapi tiada kompas di dalam handphone tersebut jadi menentukan arah kiblat secara manual adalah pilihan yang saya lebih yakin. Sesetengah handphone seperti yang saya pakai terlalu sensitif apabila berdekatan dengan logam (metal). Perkara ini saya sudah sahkan dengan Muslim Pro sendiri ketika ke booth mereka apabila saya sukar untuk mendapat arah kiblat menggunakan handphone saya.  Apabila kita membuat perbandingan, kadang-kadang lokasi di dalam handphone dan manual tidak sama. Maksudnya ada gangguan yang berlaku membuatkan arah kiblat di dalam handphone berubah. Jadi pilihan yang saya ada ialah membawa panduan kiblat secara manual kerana ianya lebih berkesan. Bagi menentukan menentukan kiblat anda harus tahu dimana Barat dan kiblat berada di sebelah barat laut. Sekarang ini kita juga boleh mendapatkan kompas secara mudah dan siap ada lagi gambar kaabah di dalam kompas. Bagaimana untuk menggunakan kompas bagi mendapatkan arah kiblat yang betul, anda boleh rujuk video ini.

Bawa Sejadah Travel Yang Mudah Pakai

Sejadah untuk melancong biasanya bersifat ringan dan nipis. Ini bagi mengelakkan banyak ruang digunakan di dalam beg luggage. 

Botol Air Mineral Kosong

Jika kita ke negara bukan Islam dimana penduduknya tidak ramai yang beragama Islam, keperluan untuk mengambil wuduk kadangkala amat menyukarkan. Jadi apa yang boleh anda lakukan ialah, pastikan anda membawa botol air mineral kosong sewaktu perjalanan anda. Tujuannya ialah untuk mengambil air di sinki luar tandas dan berwuduklah di dalam tandas yang disediakan. Pastikan anda tidak basahkan lantai tandas mereka kerana sesetengah negara, tandas mereka memang tidak disediakan air supaya tidak kotor.

Spray Wuduk

Sekarang ini juga ada cara yang lebih mudah untuk berwuduk iaitu dengan menggunakan spray wuduk. Dengan menggunakan spray wuduk ini, anda tidak menggunakan banyak air dan tidak perlu risau jika kawasan anda berwuduk basah.

Lokasi Solat

Antara lokasi-lokasi solat yang boleh anda lakukan ialah :

  • di taman-taman dan pastikan ia tidak menjadi laluan orang ramai.
  • bilik persalinan baju. Tetapi pastikan jurujual tahu apa yang anda ingin lakukan supaya mereka tidak memandang serong ketika anda keluar dari situ
  • bilik susuan ibu untuk wanita yang membawa anak kecil. Bilik ini sesuai jika anda perempuan dan membawa anak kecil bersama tetapi mungkin sukar sekiranya anda lelaki untuk masuk ke bilik ini.
  • kawasan parkir kereta yang tidak menjadi laluan 

Tips di atas untuk memudahkan anda jika ingin solat di luar negara jika anda tidak berjumpa masjid ataupun tempat solat.

Please share and like our webpage