Perasaan Sebelum dan Selepas Menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah

Sudah genap seminggu saya dan suami pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Masih terngiang-ngiang lagi bacaan-bacaan ayat suci yang berkumandang dan suasana di Mekah dan Madinah. Kami berangkat pada 4 November (Isnin) dan tiba di Malaysia pada 15 November 2019 (Jumaat) iatu selama 12 hari 10 malam. Keinginan untuk menunaikan umrah telah lama saya impikan sejak dari kecil lagi. Ke tanah suci Mekah adalah satu tempat yang saya paling saya impikan untuk pergi.  Niat saya untuk menunaikan umrah sudah sekian lama tetapi pelbagai halangan memaksa saya menangguhkan perancangan tersebut. Akhirnya saya dan suami bersetuju untuk menunaikan umrah bersama pada tahun 2019. Syukran ya allah kerana mengizinkan kami dan memakbulkan doa kami untuk sampai ke rumahmu Baitullah al haram. Kalau dulu kebiasaannya ramai orang pergi umrah pada orang yang sudah agak berumur dan pencen. Tetapi dewasa ini, pengaruh media masa yang meluas dan perkongsian-perkongsian oleh ramai orang termasuk saya sendiri sekarang membuatkan keterujaan ramai orang untuk melakukan haji kecil ini.

Pengalaman Orang dan Pengalaman Sendiri

Sebelum ini, saya banyak mendengar banyak cerita tentang melakukan ibadah di sana. Ada yang seronok, ada yang sedih dan ada juga yang kurang menyenangkan. Tetapi pada waktu itu, saya benar-benar tidak faham apa yang dimaksudkan. Ianya hanya dapat dirasai sebaik kaki sendiri menjejakkan ke tanah suci dan memahami dengan apa yang dimaksudkan. 

Seronok maksudnya tumpuan kita hanya untuk beribadah dan tiada gangguan lain selain pergi ke masjid dan hotel. Kaabah yang menjadi kiblat selama ini berada di depan mata. Bersyukurlah kerana Allah yang telah memilih kita untuk kesana dengan izinnya. Di Tanah Suci semua orang berduyun-duyun mengejar ibadah dan tiada niat lain hanya untuk Allah yang satu. Perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata kerana terlalu damainya di bumi Tanah Haram ini dan segala perbuatan kita haruslah dijaga supaya tidak bercakap benda yang tidak sepatutnya dan menerima apa yang datang dengan hati yang ikhlas dan reda. Pergilah ke pelusuk dunia mana sekali pun, tiada tempat di dunia ini yang saya rasakan suasana setenang-tenangya di tanah suci ini.  

Sedih kerana kita selalu akan menangis ketika berdoa dan bermunajat di sana. Terasa Allah itu dekat dengan kita dan dengan izinnya kita sudah berada di rumahnya. Dosa-dosa lalu membuatkan kita terkenang dan bersedih dan meminta keampunan darinya. Semoga amalan kita diterima. Air mata jatuh dengan sendiri dan tiada siapa yang memaksa. Menangis itu juga satu terapi, menangis itu juga membuatkan manusia sedar dengan kesalahan sendiri dan ia membuktikan kelembutan hati yang ada dalam diri. Menangis juga merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran. Sedih ketika berpisah dan meninggalkan bumi Mekah dan madinah bagi meneruskan kehidupan yang ditinggalkan.

“Menangis adalah perbuatan yang dianjurkan dalam islam. Sebab dengan menangis maka hati bisa mudah tersentuh oleh kekuasaan Allah Ta’ala. Menangis juga menjadikan diri sebagai sosok yang rendah hati, mudah mengingat dosa, dan menjauhi hal-hal yang tercela. Dalam Al-Quran, Allah Azza wa Jalla berfirman: “Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (QS. An-Najm : 43) Ada banyak sekali hadist yang menjelaskan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat mudah sekali menangis. Mereka menangis karena mengingat Allah, ingat kematian dan hal-hal lain yang berhubungan dengan agama (bukan yang bersifat duniawi).” Sumber ini di ambil daripada artikel Dalam Islam 

Di Tanah suci, kita melihat berbagai ragam manusia dari pelbagai pelusuk dunia dan sekiranya mengalami peristiwa yang kurang menyenangkan, lebih baik diam, bersabarlah dalam menerima dugaan dan ujian moga-moga Allah mengangkat darjat hamba-hambanya. 

Cuaca

Dari segi cuaca pula, ketika masih berada di tanah air Malaysia, saya mempunyai sedikit kerisauan dengan cuaca di  Mekah dan Madinah kerana negara padang pasir itu kadang-kadang panasnya agak melampau dan kerisauan saya untuk beribadah. Walaupun begitu, perasaan dan keterujaan dapat menunaikan ibadah umrah mengatasi kerisauan yang bermain di kepala. Saya masih ingat lagi ketika melakukan tawaf sunat di Kaabah, panas matahari terlalu terik tetapi ia tidak menggangu saya untuk melakukan ibadah. Semuanya dengan niat kerana Allah taala. Walaupun panas terik tetapi keterujaan untuk beribadah selama di sana tidak tergugat. 

Meninggalkan Anak Kecil

Ramai orang menangguhkan niat untuk menunaikan umrah jika mempunyai anak yang kecil. Jika masih menyusu mungkin agak sukar kerana anak masih memerlukan ibu di sisi. Tetapi jika anak sudah berumur lebih 2 tahun, bolehlah merancang untuk ke tanah suci. Saya sendiri akui, saya seorang ibu yang sukar untuk berenggang dengan anak saya yang masih kecil berumur tiga tahun. Sewaktu saya ke Jepun tahun lepas dan ketika itu anak saya berumur dua tahun, sukar sekali untuk saya meninggalkannya. Cuma pada waktu itu saya masih mempunyai pembantu rumah yang menjaganya dari kecil dan dia tidak terlalu merindui kami kerana rapat dengan bibiknya. Tetapi ketika kami menunaikan umrah, pembantu rumah kami sudah pulang dua bulan sebelumnya. Kerana mereka amat rapat, anak saya pada mulanya sedih ketika bibiknya pulang dan sekali lagi saya pula akan meninggalkan dia untuk ke tanah suci selama 12 hari. Beberapa bulan sebelumnya saya sudah berdoa kepada Allah semoga kuat hatinya dan saya. Beberapa kali saya memujuk suami untuk membawanya bersama. Tetapi saya kuatkan hati dengan niat ke tanah suci untuk beribadah. Inilah yang menjadikan hati saya kuat disamping doa yang saya bacakan setiap kali solat. Alhamdulilah ketika di sana kerana asyiknya beribadah kerinduan kepada anak-anak saya tidak terasa. Terlalu sibuk mengejar waktu untuk beribadah, hanya doa yang saya titipkan supaya mereka di tanah air juga kuat dan tidak merindui saya di tanah suci.

Jiwa Yang Damai 

Perasaan dan pengalaman berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta ziarah ke kawasan sejarah Islam membuatkan diri ini terpaku dan asyiknya melihat ciptaan Allah. Beribadah di kota suci ini membuatkan hati berasa amat tenteram, tenang, nyaman dan asyik untuk beribadah. Sukar ingin saya gambarkan dengan lebih lanjut tetapi rata-rata yang sudah pergi ke sana pasti akan rindu untuk ke sana lagi. Saya sendiri suami isteri meletakkan impian dan semoga Allah memakbulkan permintaan kami untuk kami kembali kesini lagi. Apabila kita sudah menunaikan umrah pada waktu muda, automatik keinginan untuk menunaikan haji selepas ini akan menjadi langkah saya seterusnya. Pengalaman sewaktu melakukan umrah membuatkan saya berfikir, melakukan rukun islam yang ke lima iaitu ibadat haji adalah lebih baik waktu muda. Ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dan saie diantara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali memerlukan kekuatan fizikal dan mental

Link ke laman seterusnya

Home

Persiapan Menunaikan Umrah

Pengalaman Sebelum Dan Selepas Menunaikan Umrah

 

Please share and like our webpage