Percutian dan Pengembaraan

Sepatutnya jika tiada aral melintang saya mempunyai beberapa trip yang telah di rancang untuk ke luar negara bagi tahun 2020 ini. Tahun yang sepatutnya dicanangkan bakal kuwujudan teknologi tinggi seperti kereta terbang dan robot. Tapi ternyata kuasa tuhan itu mengatasi segalanya. Bukannya kereta terbang yang diciptakan tapi kewujudan virus korona yang membuatkan satu dunia terkesan dan memberi impak yang besar. Manusia hanya boleh merancang..

Perancangannya
April lepas ke Hokkaido
Julai ke Sumatera Indonesia
November ke Swiss
Cuti sekolah ke Johor Bahru

Kalau boleh dan mampu saya ingin melakukan beberapa kli perjalanan ke luar negara seperti yang saya rancangkan. Apa yang saya ingin ialah kalau boleh setiap tahun kami boleh pergi 1 trip ke Indonesia tempat di mana asal usul suami, 1 trip ke Jepun iaitu negara yang paling saya minati dan 2 trip di dalam Malaysia pada cuti sekolah dan 1 trip lagi ke tempat lain di luar negara.

Ringkasannya:

1 trip ke Indonesia

1 trip ke Jepun

2 trip di dalam Malaysia

1 trip lagi ke tempat lain di luar negara

Saya seorang yang minat mengembara dari kecil. Hanya terhenti apabila saya melahirkan anak sehingga saya disahkan mendapat penyakit kritikal. Sejak dari itu, suami saya banyak menyokong aktiviti pengembaraan saya ini kerana dia juga sudah jatuh hati dengan percutian di negara orang. Mungkin perancangan saya ini terlalu besar perbelanjaannaya taupun mungkin saya boleh bahagikan semuanya utk jarak masa 2 tahun 🙂

Untuk ke Indonesia, belanjanya lebih murah jika berjalan di sekitar Malaysia. Pertukaran duitnya dan belanja di sana lebih mewah dibandingkan jika kami bercuti di dalam Malaysia keranan kebiasannya kami akan mencari hotel yang bagus dan tempat makan yang famous dan belanjanya lebih mahal. Tetapi saya pasti akan bercuti ke dalam Malaysia juga untuk merancakkan ekonomi negara tanahair yang dicintai ini.

Trip untuk ke Jepun dan tempat lain di luar negara mungkin juga boleh diselangselikan memandangkan belanjanya yang besar seperi tiet penerbangan dan tempat penginapan.

Keterujaan memikirkan perancangan ini sperti merasakan diri sudah terawang-awang berjalan. Tetapi apakan daya, penularan Covid 19 ini membataskan kita untuk ke luar negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kita tidak tahu sampai bila dan bagaimana. Mungkin juga setiap negara hanya boleh berjalan di dalam negeri masing-masing sahaja. Kita doakan semoga Allah swt hapuskan Covid 19 di atas mukabumi ini.

Please share and like our webpage