Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia bagi membendung penularan Virus Covid 19

Hari ini sudah masuk hari yang ke 60 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laksanakan di Malaysia. Terdapat beberapa fasa PKP yang dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Malaysia dan sekarang ialah tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah bermula sejak 13 Mei bulan ini. Perintah kawalan Pergerakan ini dilaksanakan bagi membendung penularan wabak penyakit Covid 19 di negara Malaysia. Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin telah membuat pengumuman pada 16 Mac 2020 dan perlaksanaannya dilakukan 2 hari selepas pengumuman. Memang nampak agak tergesa-gesa tetapi dengan cara itu Malaysia telah berupaya mengawal wabak penyakit itu dari menular.

Fasa Perintah kawalan Pergerakan (PKP)

Fasa 1 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 – terhad mengikut keperluan

Fasa 2 1 April sehingga 14 April 2020 – terhad mengikut masa dan sektor

Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Dipertatkan (PKPD)

Fasa 3 15 April sehingga 28 April 2020 – pergerakan tidak dibenarkan

Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Fasa 4 29 April sehingga 12 Mei 2020

Dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020

Setiap fasa yang dilaksanakan menggariskan beberapa panduan untuk dipatuhi oeh rakyat. Pelbagai larangan ketat mengawal pergerakan kerana penyakit ini amat mudah untuk dijangkiti kepada manusia tanpa perlindungan. Antara cara melindungi diri ialah denagn memakai topeng muka (mask) dan memakai cecair pembersih tangan. Boleh rujuk kepada post saya sebelum ini bagaimana untuk mencegah penyakit koronavirus 19 ini di sini.

Apa itu PKP?

Kawalan Pergerakan bagi mengawala penularan penyakit Covid 19

Ketika fasa 1 dilaksanakan, perkhidmatan essential services iaitu perkhidmatan perlu dibenarkan berjalan seperti biasa dan perkhidmatan-perkhidmatan itu ialah:

  1. air
  2. elektrik
  3. tenaga
  4. telekomunikasi
  5. pos
  6. pengangkutan
  7. pengairan
  8. minyak
  9. gas
  10. bahan api
  11. pelincir
  12. penyiaran
  13. kewangan
  14. perbankan
  15. kesihatan
  16. farmasi
  17. bomba
  18. penjara
  19. pelabuhan
  20. lapangan terbang
  21. keselamatan
  22. pertahanan
  23. pembersihan
  24. peruncitan dan bekalan makanan

Ketika fasa 2 dilakukan, hanya 10 perkhidmatan yang dibenarkan untuk beroperasi

  1. Makanan
  2. Air
  3. Tenaga
  4. Komunikasi dan Internet
  5. Keselamatan dan Pertahanan
  6. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Pembetungan
  7. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan termasuk Penokok Diet
  8. Perbankan dan Kewangan
  9. E-dagang
  10. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

SOP semasa fasa ini bolek klik di sini

Seterusnya ketika fasa ke 3 pula, semua premis perniagaan ditutup dengan beberapa pengecualian.

Manakala pada fasa ke empat yang dikenali juga sebagai fasa pembukaan ekonomi, bagi meneruskan kesinambungan ekonomi dan pendapatan dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan beroperasi secara menyeluruh. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhankepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Sila rujuk link ini