Persiapan Melancong Ke Luar Negara Bersama Anak Kecil Dan Orang Tua Ke Jepun

Persiapan Sebelum Melancong Ke Luar Negara Bersama Keluarga Yang Mempunyai Orang Tua Dan Anak Kecil

Jika anda ingin keluar negara bersama keluarga terutamanya jika ada anak kecil ataupun orang tua. Mungkin kadang-kadang ada yang risau jika pergi sendiri tanpa agensi pelancongan. Perjalanan trip anda perlu santai dan perancangan dari semua perkara haruslah dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan selain dari itu kita serahkan pada yang maha kuasa. Disini saya kongsikan beberapa persiapan yang harus dilakukan untuk melancong bersama keluarga.

1.Visa

Jika anda ingin melancong ke luar negara, pastikan keperluan visa sebelum memasuki sesebuah negara itu. Bukannya apa, untuk mendapatkan visa terdapat beberapa proses yang harus dilakukan dan proses-proses itu kadang-kadang berbeza dari sebuah negara ke negara yang lain. Contohnya jika kami ke negara Jepun, keperluan membuat visa sebelum kesana tidak perlu. Tetapi visa akan diperolehi ketika masuk ke Jepun yang dipanggil Visa on Arrival.Visa ini hanya akan diperolehi pada rakyat Malaysia yang mempunyai passport biometrik dengan chip.Tetapi jika anda mempunyai pasport lama tanpa chip, anda haruslah memohon visa terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Kedutaan Jepun di Malaysia di link berikut.

Embassy of Japan

Passport Malaysia Yang Mempunyai Microchip

 

Anda juga boleh melihat senarai negara-negara yang boleh dikunjungi rakyat Malaysia tanpa visa di link disini. Kelebihan pergi ke negara tanpa visa ialah kita boleh terus menempah tiket kapalterbang. Tetapi jika ke negara-negara yang memerlukan visa untuk memasuki negara tersebut, Visa harus dipohon terlebih dahulu sebelum tiket dibeli untuk mengelakkan kemungkinan permohonan visa ditolak dan duit akan hangus begiti sahaja sekiranya tiket kapal terbang telah ditempah. Tetapi ada juga yang menempah tiket terlebih dahulu kemudian memohon visa tetapi mengikut nasib dan berdoa supaya permohonan diluluskan.

2. Tiket Kapal Terbang

Melancong ke luar negara memerlukan belanja yang besar. Salah satu kos yang memakan belanja yang besar ialah tiket kapal terbang. Untuk mendapat tiket murah, anda harus membeli awal (in advance) dalam tempoh 6 bulan ke setahun. Tetapi memandangkan kami suami isteri bekerja dan agak sukar untuk kami membeli tiket terlalu awal. Kami hanya boleh membeli tiket 2 bulan setengah sebelum kami pergi melancong. Terdapat pelbagai applikasi yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan harga bagi kapal terbang. Saya biasanya akan menggunakan Skyscanner, Google Flight, Traveloka, Kayak dan Cheapflights. Tetapi saya tidak beli terus dengan laman web tersebut. Saya akan merujuk tiket mana yang murah kemudian akan beli tiket terus dari syarikat penerbangan tersebut. Ini adalah kerana kita boleh mendapat airfare miles points dari syarikat penerbangan tersebut. Jika anda mempunyai budget yang terhad tetapi dalam waktu yang sama ingin juga bercuti ke luar negara, saranan saya lebih baik membeli tiket awal kerana ia lebih menjimatkan. Jadi duit lebihan boleh digunakan untuk shopping atau makan. Terdapat pelbagai halaman web yang boleh anda rujuk bagi  membeli tiket mengikut budget anda. 

Skyscanner

Google Flights

Traveloka

Kayak

Cheap Flights

Kami memilih penerbangan dengan Air Asia kerana promosi harga yang ditawarkan pada awalnya. Pada mulanya kami hanya menempah tiket kapal terbang sahaja iaitu tempat duduk dan kemudian selepas membuat tempahan, saya membuat beberapa penambahan (add on) beberapa perkara seperti gambar di bawah. Bila kita buat add on selepas booking, harga menjadi agak tinggi. Jadi pastikan sebelum anda menempah tiket, anda sudah tahu apa yang nak dibeli untuk mengelakkan kos-kos bertambah. Harga tiket kami pada waktu ini hampir sama dengan penerbangan premium airline seperti MAS, ANA dan lain-lain. Tetapi penerbangan Air Asia yang boleh balik Malaysia lewat malam pada waktu pulang menarik minat kami untuk membelinya. Jadi waktu pulang ke Malaysia sempatlah lagi kami berjalan-jalan di sekitar bandar Tokyo. Waktu kami bertolak dari Malaysia ke Haneda iaitu pukul 2.25 petang (waktu Malaysia) dan tiba di Haneda pada pukul 10.30 (waktu Jepun). Waktu pulang pula kami bertolak dari Haneda pada 11.45 malam dan tiba di Malaysia pada pukul 5.55 pagi.

 

Add On In Flights

Bagaimana untuk anda add on dalam booking untuk Air Asia

3. Paspot

Paspot adalah dokumen yang penting jika anda ingin ke luar negara. Pastikan paspot anda masih lagi sah dan bukan kurang dari 6 bulan dari tarikh anda terbang. Sekarang ni cara memperbaharui paspot terlalu mudah dan tiada alasan untuk anda tidak memperbaharuinya.Berikut saya kongsikan laman web Jabatan Imigresen Malaysia bagi bayaran paspot yang dikenakan.

Jabatan Imigresen Malaysia -Pasport Malaysia Antarabangsa

4. Tempahan Hotel atau Tempat Penginapan

Sama seperti tiket kapal terbang, untuk mendapat hotel atau penginapan murah. Pastikan anda menempah awal bagi mengelakkan harga yang melambung tinggi jika membeli saat akhir.Terdapat pelbagai applikasi di laman web yang menawarkan tempahan hotel di luar negara dan juga perbandingan-perbandingan harga yang boleh kita rujuk. Tetapi pastikan itinerari perjalanan anda sudah muktamad kerana sekiranya anda ingin menukar sewaktu saat akhir, akan ada bayaran yang dikenakan oleh pihak hotel. Jadi pastikan sewaktu membuat tempahan, hotel atau penginapan yang anda pilih boleh membuat pembatalan sekurang-kurangnya sebelum tarikh anda menempah. Ini terjadi kepada saya sewaktu menempah hotel di Kawaguchiko dua bulan lebih awal tanpa melihat makluman tentang hotel tersebut tidak boleh di batalkan. Antara laman web yang saya selalu gunakan adalah Booking.com, Trivago, Agoda dan Traveloka. Link untuk ke laman web yang dinyatakan adalah seperti berikut:

Booking.com

Agoda

Traveloka

Trivago

Hotels.com

5. Mengambil Suntikan Vaksin Dari Tempoh Dua Minggu Hingga Sebulan Sebelum Melancong

Suntikan vaksin seperti Influenza, Hepatitis A, Hepatitis B, Thphoid adalah antara suntikan vaksin yang selalu diambil bila melancong ke luar negara. Sesetengah penyakit mudah berjangkit keatas badan seseorang jika vaksin tidak diambil. Vaksin haruslah diambil diantara dua minggu ke sebulan sebelum melancong. Kalau ke negara Jepun, virus influenza adalah penyakit yang ditakuti boleh berjangkit pada pelancong kerana faktor cuacanya yang sejuk. Untuk mencegah lebih baik anda mengambil vaksin ini sebelum anda melancong. Untuk kami sekeluarga, kami mengambil vaksin di Hospital Pantai Bangsar. Saya, suami, bapa mertua dan anak lelaki berurusan dengan bahagian vaksin di hospital tersebut. Manakala untuk anak lelaki dan baby saya berurusan dengan doktor kanak-kanak (paeditrician) yang selalu kami berjumpa kerana doktor akan menilai dulu tahap kesihatan anak-anak saya sebelum vaksin diberikan. Setelah vaksin diberikan, pihak hospital atau klinik akan memberi kad untuk rekod peribadi seperti gambar di bawah.Vaksin akan bertahan selama setahun di dalam badan kita kemudian jika ada perancangan ke luar negara selepas setahun anda harus mengambilnya semula. Anda juga boleh mengambil suntikan ini di klinik-klinik luar dan tidak semestinya di hospital dan ia lebih menjimatkan. Untuk saya kerana mempunyai masaalah kesihatan, Hospital Pantai Bangsar mempunyai rekod kesihatan dan doktor akan membuat penilaian sebelum suntikan diberikan.

 

Kad Vaksin dari Hospital Pantai Bangsar 

6. Matawang

Di Jepun mata wang yang digunakan ialah Yen. Sewaktu kami pergi tukaran wang ketika itu ialah 1000 yen bersamaan RM36-RM37. Sebelum membuat tukaran duit ada beberapa tempat yang telah kami buat perbandingan tetapi tempat yang menjadi kegemaran untuk penukaran duit ke luar negara ialah di Mid Valley dan Jalan Masjid India. Terdapat banyak money changer yang ada cuma kadang-kadang kadarnya nya berbeza. Pastikan anda membawa wang yang mencukupi terutamanya bila membawa keluarga. Ada beberapa tempat tukaran duit yang murah terletak di Selangor dan Kuala Lumpur sila klik di sini.

7. Kad Kredit atau Kad Debit

Sebelum ke luar negara pastikan anda sudah mengaktifkan kad kredit dan kad debit anda bagi pengeluaran di luar negara. Dua kad ini penting untuk anda membuat persediaan walaupun wang cash sudah mencukupi sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara kecemasan.Penggunaan kad di Jepun sangat mudah cuma kadang-kadang tukaran wang boleh menjadi lebih mahal. Tetapi ada juga beberapa tempat shopping yang memberi lebih diskaun sekiranya anda membeli menggunakan kad.

8. Insuran Perjalanan dan Insuran Diatas Pesawat

Kami membeli dua insuran sewaktu trip ini iaitu insuran semasa membeli tiket penerbangan daripada Air Asia dan juga insuran perjalanan daripada AXA Smart Traveller. Mungkin ada yang beranggapan melancong dalam tempoh yang pendek tidak memerlukan insuran tetapi pandangan sebegini eloklah di perbetulkan kerana kepentingan insuran perjalanan amat penting jika ke luar negara. Untuk saya dan keluarga, dua kategori insuran yang saya beli iaitu di atas pesawat dan perjalanan. Jika dibuat perbandingan, insuran melalui syarikat penerbangan sesetengahnya coverage untuk insuran perjalanan tidak banyak dan jika kita baca klausa-klausa di dalam kontrak terdapat beberapa kekurangan yang membuatkan saya menambah dengan pembelian insuran perjalanan iaitu AXA Smart Traveller. Terdapat pakej keluarga yang lebih jimat boleh juga didapati dimana tanggungan untuk suami, isteri dan 2 orang anak. Ianya memang cukup untuk keluarga kami dan untuk bapa pula kami menambah dengan insuran tambahan untuk seorang.

Janganlah sesekali anda ke negara orang tanpa membeli insuran travel. Terdapat pelbagai insuran yang menawarkan travel insuran seperti Etiqa Takaful, AXA dan lain2. Sekiranya anda ingin membeli insuran Sompo yang bersifat cashless jika terjadi sesuatu dia Jepun, anda haruslah membelinya setibanya anda di Jepun. Sompo menawarkan cashless service sekiranya berlaku apa2 dan memerlukan anda masuk hospital disana. Kos perubatan di Jepun adalah berkali kali ganda jauh lebih mahal dari Malaysia.

https://www.axa.com.my/travel-insurance-malaysia

https://www.etiqa.com.my/v2/travel-insurance-takaful/tripcare-360-takaful

 

9. Jadual Perjalanan (Itinerary)

Bagi memastikan anda mempunyai kepuasan dan perjalanan pelancongan anda berjalan dengan lancar. Keperluan membuat jadual perjalanan amat penting melainkan anda pergi dengan agensi pelancongan semuanya sudah ada jadual yang tersedia. Tetapi jika anda pergi sendiri seperti kami sekeluarga, perkara menyiapkan perjalanan amat penting. Jadual perjalanan untuk ke Jepun juga kadang-kadang diperlukan apabila masuk ke Jepun terutama jika anda melancong secara solo. Jika nasib anda tidak baik, pihak imigresen Jepun akan soal tempat anda tinggal dan jika tiada butiran lanjut tentang tempat tinggal dan perjalanan, mereka mungkin fikir anda akan tinggal lama di Jepun dan berkemungkinan anda tidak akan lepas masuk ke Jepun dan diarah pulang semula ke negara asal. Mungkin sesetengah negara memandang remeh tetapi tidak jika anda ke Jepun. Terdapat ramai pelancung dari Malaysia dihantar pulang terutamanya jika anda lelaki atau perempuan dan travel antara 1-4 orang. Macam kami kerana pergi berkeluarga proses melepasi imigresen begitu mudah. Mungkin mereka nampak ada orang tua dan anak kecil. Saya akan kongsikan jadual perjalanan yang saya buat ketika saya ke Jepun untuk musim bunga dan luruh nanti. Sila tunggu ya.

 

10. Sila email Kedutaan Malaysia di Tokyo sebelum anda pergi bagi memaklumkan perjalanan anda disana beserta alamat dan nombor untuk mereka hubungi.

Sekiranya ada bencana yang berlaku, pihak kedutaan Malaysia dapat membantu apa yang perlu. Anda juga dinasihati untuk menyimpan nombor kedutaan Malaysia di sana serta harus mengetahui dimanakah lokasinya sekiranya berlaku perkara-perkara kecemasan seperti bencana alam.

11. Bawa International Adapter. 

Plug di luar negara seperti Jepun tidak sama seperti kita di Malaysia.

12. Bawa Ubat-Ubatan.

Bawa ubat-ubatan yang perlu terutama untuk anak-anak seperti ubat demam, ubat batuk, ubat sakit perut dan begitu juga untuk yang dewasa. Kos perubatan di Jepun sangat mahal dan kos ke klinik juga berganda dari di Malaysia. Sekiranya anda mempunyai ubat yang mempunyai perskripsi tertentu dari doktor sila dapatkan dari doktor dan bawa sekali.

13. Bawa Bekalan Makanan

Jika anda membawa makanan, pastikan makanan tersebut di dalam bekas yang dibenarkan seperti plastik bungkusan yang rapi. Antara makanan yang kami bawa sewaktu trip kali ini ialah roti Gardenia, My Chef, Mee Sedap, Nutella, Oreo, Susu tepung dan makanan bayi. Kadang-kadang kanak meragam jika beralih tempat. Pastikan mood mereka baik sepanjang masa perjalanan dan bawa makanan kegemaran mereka. Kami juga membawa beberapa peralatan untuk makan memandangkan kami tinggal di hotel dan keperluan seperti gunting, cawan dan pinggan juga kami bawa. 

14. SediakanSenarai Semak (Checklist)

Checklist ini amat penting kerana ia membantu kita untuk membawa segala keperluan yang sepatutnya sepanjang perjalanan di luar negara. Kita mungkin boleh membeli sekiranya di sana tetapi jika semuanya harus dibeli belanja akan menjadi besar. Checklist sangat penting jika berjalan bersama keluarga. Disini saya sertakan checklist yang saya sediakan.

 

15. Bawa Pakaian Yang Sesuai Mengikut Musim

Pastikan pemakaian anda mengikut musim yang ada di negara tersebut. Ketika kami pergi ke Jepun, musimnya ialah musim bunga. Walaupun musim bunga tetapi suhu boleh mencapai 10 darjah celcius. Oleh itu segala persiapan lengkap harus ada seperti winter jacket, longjohn, mufler dan saya ada bawa sarung tangan cuma yang ini kami tidak gunakan kecuali untuk anak kecil saya bila kami keluar di waktu malam di Odaiba dan Kawaguchiko terlalu sejuk.

16. Bawa Kompas dan Sejadah Kecil Untuk Keperluan Solat dan Muat Turun Applikasi Di Dalam Handphone

Sebagai orang Islam, menyediakan peralatan untuk solat merupakan perkara utama yang perlu difikirkan ketika bermusafir. Jika anda ingin mengetahu waktu solat dan kiblat di Jepun, terdapat beberapa applikasi yang boleh dimuat turun dari internet. Tetapi saya hanya memilih beberapa applikasi sahaja yang biasa saya gunakan iaitu Muslim ProIslamic Finder dan Qiblat Finder. Handphone mungkin boleh membantu anda untuk menentukan arah kiblat. Terdapat pelbagai applikasi yang ada di dalam handphone tetapi tidak ramai juga yang tahu dimana handphone begitu sensitif apabila berdekatan dengan logam (metal atau besi). Bagaimana untuk anda mengetahu kiblat sebenar supaya tidak salah ialah anda boleh membuat perbandingan menggunakan kompas secara manual dan kiblat dari handphone. Kadang-kadang arah yang ditunjukkan tidak sama dan bermaksud ada gangguan yang berlaku membuatkan arah kiblat di dalam handphone berubah. Terdapat juga hadphone yang tiada kompas di dalamnya untuk membantu anda mencari arah. Saya menggunakan telefon Samsung Note 9, walaupun antara teknologi baru tetapi tiada kompas di dalam handphone tersebut. Saya sudah mengesahkan sendiri dengan Muslim Pro ketika ke booth mereka sewaktu MATTA fair apabila saya sukar untuk mendapat arah kiblat menggunakan handphone saya. Jadi pilihan saya ialah membawa kiblat secara manual adalah pilihan yang terbaik. Bagi menentukan menentukan kiblat anda harus tahu dimana Barat dan kiblat berada di sebelah barat laut.

17. Salinan-salinan dokumen-dokumen juga diperlukan.

Ia penting sekiranya handphone yang menyimpan maklumat kehabisan bateri atau hilang sewaktu perjalanan. Macam-macam perkara boleh berlaku. Jadi pastikan salinan-salinan ini juga dibawa. Antara salinan-salinan yang perlu di bawa ialah berikut:

a) Salinan Hotel Booking

b) Salinan Tiket Kapal Terbang

c) Salinan pengesahan tempat penginapan baik airbnb ataupun hotel. Pastikan anda mempunyai alamat tersebut dengan lengkap.

d) Salinan passport. Ini kerana jika anda kehilangan passport sekurang2nya salinan itu boleh membantu Kedutaan Malaysia di Tokyo untuk anda membuat passport baru.

Please share and like our webpage

14 Comments

  • I really appreciate this post. I抳e been looking everywhere for this! Thank goodness I found it on Bing. You have made my day! Thank you again

  • Have you ever thought about including a little bit more than just your articles? I mean, what you say is important and everything. Nevertheless think about if you added some great pictures or videos to give your posts more, “pop”! Your content is excellent but with images and videos, this site could certainly be one of the greatest in its field. Awesome blog!

  • Oh boy What should I express? Really… really loved the wordsThank you so much!

  • Hello. I have checked your jejaktravelsantai.com and i see you’ve got some duplicate content so probably it is the reason that you don’t rank hi in google.

    But you can fix this issue fast. There is a tool that creates articles like human, just search in google:
    miftolo’s tools

  • Hello. I have checked your jejaktravelsantai.com
    and i see you’ve got some duplicate content so probably it is the
    reason that you don’t rank hi in google. But you can fix this issue fast.
    There is a tool that generates articles like human, just search in google:
    miftolo’s tools

  • I love your blog.. very nice colors & theme. Did you make this website yourself or did you hire someone to do it for you? Plz answer back as I’m looking to create my own blog and would like to find out where u got this from. kudos

  • Hi! Quick question that’s completely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My website looks weird when viewing from my iphone 4. I’m trying to find a template or plugin that might be able to correct this issue. If you have any recommendations, please share. Cheers!

  • I’m very happy to read this. This is the kind of manual that needs to be given and not the accidental misinformation that is at the other blogs. Appreciate your sharing this greatest doc.

  • I’m truly enjoying the design and layout of your site. It’s a very easy on the eyes which makes it much more enjoyable for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer to create your theme? Superb work!

  • Hey there, I think your website might be having browser compatibility issues.

    When I look at your blog in Firefox, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping.
    I just wanted to give you a quick heads up! Other then that,
    very good blog!

Leave a Reply

Your email address will not be published.