Persiapan Sebelum Melancong Ke Luar Negara Bersama Anak Kecil Dan Orang Tua Ke Jepun

Walaupun sudah 10 bulan trip saya dan keluarga ke Jepun pada musim bunga (Sakura) yang lepas iaitu April 2018. Kenangan itu masih lagi segar di ingatan. Kemudian kami ke sana semula pada bulan November 2018 iaitu pada musim luruh. Pengalaman saya di Jepun memudahkan saya ke sana tetapi ia adalah yang pertama kali untuk suami dan anak-anak. Pergi sendiri dan pergi bersama keluarga pasti mempunyai perbezaan yang ketara. Bila sendiri kita bebas kemana-mana sahaja tetapi bila membawa anak kecil banyak perkara yang harus difikirkan dan persiapan harus lebih teliti. Ok jom saya kongsikan beberapa perkara utama yang harus difikirkan bila melancong bersama keluarga.

 

Berikut ialah tempat-tempat yang kami pergi sewaktu trip ini.

Pada trip kali ini, kami ada 5 orang semuanya saya, suami, bapa mertua dan 2 orang anak saya yang berumur 9 dan satu tahun 4 bulan. Mungkin kadang-kadang ada yang risau ke Jepun jika pergi sendiri tanpa agensi pelancongan terutama membawa orang tua dan anak kecil. Perjalanan kami juga ditemani oleh bapa kami yang sudah berumur 67 tahun. Apa yang penting trip ini perlu santai dan perancangan dari semua perkara sudah dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan selain dari itu kita serahkan pada yang maha kuasa. Disini saya kongsikan beberapa persiapan yang lakukan untuk melancong bersama keluarga.

Persiapan Sebelum Melancong Ke Luar Negara Bersama Keluarga Yang Mempunyai Orang Tua Dan Anak Kecil

1.Visa

Jika anda ingin melancong ke luar negara, pastikan keperluan visa sebelum memasuki sesebuah negara itu. Bukannya apa, untuk mendapatkan visa terdapat beberapa proses yang harus dilakukan dan proses-proses itu kadang-kadang berbeza dari sebuah negara ke negara yang lain. Oleh kerana kami ke Jepun jadi keperluan membuat visa sebelum kesana tidak perlu. Tetapi visa akan diperolehi ketika anda masuk ke Jepun yang dipanggil Visa on Arrival. Visa ini hanya akan diperolehi jika anda mempunyai passport biometrik dengan chip. Tetapi jika anda mempunyai pasport lama tanpa chip, anda haruslah memohon visa terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Kedutaan Jepun di Malaysia di link berikut.

Embassy of Japan

 

Passport Malaysia Yang Mempunyai Microchip

2. Tiket Kapal Terbang

Melancong ke luar negara memerlukan belanja yang besar. Salah satu kos yang memakan belanja yang besar ialah tiket kapal terbang. Untuk mendapat tiket murah, anda harus membeli awal (in advance) dalam tempoh 6 bulan ke setahun. Tetapi memandangkan kami suami isteri bekerja dan agak sukar untuk kami membeli tiket terlalu awal. Kami hanya boleh membeli tiket 2 hingga 3 bulan sebelum kami pergi melancong. Terdapat pelbagai applikasi yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan harga bagi kapal terbang. Saya biasanya akan menggunakan Skyscanner, Google Flight, Traveloka, Kayak dan Cheapflights. Tetapi saya tidak beli terus dengan laman web tersebut. Saya akan merujuk tiket airline mana yang lebih murah kemudian akan membeli tiket terus dari syarikat penerbangan tersebut. Ini adalah kerana kita boleh mendapat airfare miles points dari syarikat penerbangan tersebut. Jika anda mempunyai budget yang terhad tetapi dalam waktu yang sama ingin juga bercuti ke luar negara, saranan saya lebih baik membeli tiket awal kerana ia lebih menjimatkan. Jadi duit lebihan boleh digunakan untuk berbelanja dan makan-makan. Terdapat pelbagai halaman web yang boleh anda rujuk bagi  membeli tiket mengikut budget anda. 

Skyscanner

Google Flights

Traveloka

Kayak

Cheap Flights

  •  

  •  

Ketika musim bunga 2018, kami memilih penerbangan dengan Air Asia kerana promosi harga yang ditawarkan. Pada mulanya kami hanya menempah tiket kapal terbang sahaja iaitu tempat duduk dan kemudian selepas membuat tempahan, saya membuat beberapa penambahan (add on) beberapa barang seperti gambar di bawah. Bila kita buat add on selepas booking, harga menjadi agak tinggi. Jadi pastikan sebelum anda menempah tiket, anda sudah tahu apa yang ingin dibeli untuk mengelakkan kos-kos bertambah. Harga tiket kami pada waktu ini hampir sama dengan penerbangan premium airline seperti MAS, ANA dan lain-lain. Tetapi penerbangan Air Asia yang boleh balik Malaysia lewat malam pada waktu pulang menarik minat kami untuk membelinya. Jadi waktu pulang ke Malaysia sempatlah lagi kami berjalan-jalan di sekitar bandar Tokyo. Waktu kami bertolak dari Malaysia ke Haneda iaitu pukul 2.25 petang (waktu Malaysia) dan tiba di Haneda pada pukul 10.30 (waktu Jepun). Waktu pulang pula kami bertolak dari Haneda pada 11.45 malam dan tiba di Malaysia pada pukul 5.55 pagi.

 

Add On In Flights

 

Bagaimana untuk anda add on dalam booking untuk Air Asia

3. Paspot

Paspot adalah dokumen yang penting jika anda ingin ke luar negara. Pastikan paspot anda masih lagi sah dan bukan kurang dari 6 bulan dari tarikh anda terbang. Sekarang ini cara untuk memperbaharui paspot terlalu mudah dan tiada alasan untuk anda tidak memperbaharuinya. Berikut saya kongsikan laman web Jabatan Imigresen Malaysia bagi bayaran paspot yang dikenakan.

Jabatan Imigresen Malaysia -Pasport Malaysia Antarabangsa

4. Tempahan Hotel atau Tempat Penginapan

Sama seperti tiket kapal terbang, untuk mendapat hotel atau penginapan murah. Pastikan anda menempah awal bagi mengelakkan harga melambung tinggi jika membeli saat akhir. Terdapat pelbagai applikasi di laman web yang menawarkan tempahan hotel di luar negara dan juga perbandingan-perbandingan harga yang boleh kita rujuk. Tetapi pastikan jadual perjalanan anda sudah muktamad kerana sekiranya anda ingin menukar sewaktu saat akhir, akan ada bayaran yang dikenakan oleh pihak hotel. Jadi pastikan sewaktu membuat tempahan, hotel atau penginapan yang anda pilih boleh membuat pembatalan sekurang-kurangnya sebelum tarikh anda check in. Ini terjadi kepada saya sewaktu menempah hotel di Kawaguchiko dua bulan lebih awal tanpa melihat makluman tentang hotel tersebut tidak boleh di batalkan. Antara laman web yang saya selalu gunakan adalah Booking.com, Trivago, Agoda dan Traveloka. Link untuk ke laman web yang dinyatakan adalah seperti berikut:

Booking.com

Agoda

Traveloka

Trivago

Hotels.com

5. Mengambil Suntikan Vaksin Dari Tempoh Empat Minggu Hingga Enam Minggu  Sebelum Melancong

Adalah penting untuk mendapatkan vaksin sekurang-kurangnya 4 hingga 6 minggu sebelum anda melancong. Ini akan memberikan masa vaksin untuk mula bekerja jika tempoh masa lebih awal diberikan, jadi anda dilindungi semasa perjalanan anda nanti. Ia juga akan memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan vaksin yang memerlukan lebih daripada 1 dos. Mendapat vaksin akan membantu memastikan anda selamat dan sihat semasa anda dalam perjalanan. Ia juga akan membantu memastikan anda tidak membawa apa-apa penyakit yang serius kepada keluarga, rakan, dan komuniti anda sebaik anda tiba di negara anda semula. Suntikan vaksin seperti Influenza, Hepatitis A, Hepatitis B, Thphoid adalah antara suntikan vaksin yang selalu diambil bila melancong ke luar negara. Sesetengah penyakit mudah berjangkit keatas badan seseorang jika vaksin tidak diambil. Vaksin haruslah diambil diantara empat minggu ke enam minggu sebelum melancong. Kalau ke negara Jepun, virus influenza adalah penyakit yang ditakuti boleh berjangkit pada pelancong kerana faktor cuacanya yang sejuk. Untuk mencegah lebih baik anda mengambil vaksin ini sebelum anda melancong. Untuk kami sekeluarga, kami mengambil vaksin di Hospital Pantai Bangsar dan boleh terus berurusan dengan bahagian vaksin di hospital tersebut. Manakala untuk kanak-kanak sila berurusan dengan doktor pakar kanak-kanak (paeditrician) yang selalu anda jumpa kerana doktor akan menilai dulu tahap kesihatan anak-anak sebelum vaksin diberikan. Setelah vaksin diberikan, pihak hospital atau klinik akan memberi kad untuk rekod peribadi seperti gambar di bawah. Vaksin akan bertahan selama setahun di dalam badan kita kemudian jika ada perancangan ke luar negara selepas setahun anda harus mengambilnya semula. Anda juga boleh mengambil suntikan ini di klinik-klinik luar dan tidak semestinya di hospital dan ia lebih menjimatkan. Bagi saya pula, kerana saya mempunyai rekod perubatan di hospital jadi ini akan memudahkan doktor untuk memeriksa dan akan membuat penilaian sebelum suntikan diberikan.

 

Kad Vaksin dari Hospital Pantai Bangsar 

6. Matawang

Di Jepun mata wang yang digunakan ialah Yen. Sewaktu kami pergi tukaran wang ketika itu ialah 1000 yen bersamaan RM36-RM37. Sebelum membuat tukaran duit ada beberapa tempat yang telah kami buat perbandingan tetapi tempat yang menjadi kegemaran untuk penukaran duit ke luar negara ialah di Mid Valley dan Jalan Masjid India. Terdapat banyak money changer yang ada cuma kadang-kadang ratenya nya berbeza. Pastikan anda membawa wang yang mencukupi terutamanya bila membawa keluarga. Ada beberapa tempat tukaran duit yang murah terletak di Selangor dan Kuala Lumpur sila klik di sini.

7. Kad Kredit atau Kad Debit

Sebelum ke luar negara pastikan anda sudah mengaktifkan kad kredit dan kad debit anda bagi pengeluaran di luar negara. Dua kad ini penting untuk anda membuat persediaan walaupun wang cash sudah mencukupi sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara kecemasan.Penggunaan kad di Jepun sangat mudah cuma kadang-kadang tukaran wang boleh menjadi lebih mahal. Tetapi ada juga beberapa tempat shopping yang memberi lebih diskaun sekiranya anda membeli menggunakan kad.

8. Insuran Perjalanan dan Insuran Diatas Pesawat

Kami membeli dua insuran sewaktu trip ini iaitu insuran semasa membeli tiket penerbangan daripada Air Asia dan juga insuran perjalanan daripada AXA Smart Traveller. Mungkin ada yang beranggapan melancong dalam tempoh yang pendek tidak memerlukan insuran tetapi pandangan sebegini eloklah di perbetulkan kerana kepentingan insuran perjalanan amat penting jika ke luar negara. Untuk saya dan keluarga, dua kategori insuran yang saya beli iaitu di atas pesawat dan perjalanan. Jika dibuat perbandingan, insuran melalui syarikat penerbangan sesetengahnya coverage untuk insuran perjalanan tidak banyak dan jika kita baca klausa-klausa di dalam kontrak terdapat beberapa kekurangan yang membuatkan saya menambah dengan pembelian insuran perjalanan iaitu AXA Smart Traveller. Terdapat pakej keluarga yang lebih jimat boleh juga didapati dimana tanggungan untuk suami, isteri dan 2 orang anak. Ianya memang cukup untuk keluarga kami dan untuk bapa pula kami menambah dengan insuran tambahan untuk seorang.

Janganlah sesekali anda ke negara orang tanpa membeli insuran travel. Terdapat pelbagai insuran yang menawarkan travel insuran seperti Etiqa Takaful, AXA dan lain2. Sekiranya anda ingin membeli insuran Sompo yang bersifat cashless jika terjadi sesuatu dia Jepun, anda haruslah membelinya setibanya anda di Jepun. Sompo menawarkan cashless service sekiranya berlaku apa2 dan memerlukan anda masuk hospital disana. Kos perubatan di Jepun adalah berkali kali ganda jauh lebih mahal dari Malaysia.

https://www.axa.com.my/travel-insurance-malaysia

https://www.etiqa.com.my/v2/travel-insurance-takaful/tripcare-360-takaful

 

9. Jadual Perjalanan (Itinerary)

Bagi memastikan anda mempunyai kepuasan dan perjalanan pelancongan anda berjalan dengan lancar. Keperluan membuat jadual perjalanan amat penting melainkan anda pergi dengan agensi pelancongan semuanya sudah ada jadual yang tersedia. Tetapi jika anda pergi sendiri seperti kami sekeluarga, perkara menyiapkan perjalanan amat penting. Jadual perjalanan untuk ke Jepun juga kadang-kadang diperlukan apabila masuk ke Jepun terutama jika anda melancong secara solo. Jika nasib anda tidak baik, pihak imigresen Jepun akan soal tempat anda tinggal dan jika tiada butiran lanjut tentang tempat tinggal dan perjalanan, mereka mungkin fikir anda akan tinggal lama di Jepun dan berkemungkinan anda tidak akan lepas masuk ke Jepun dan diarah pulang semula ke negara asal. Mungkin sesetengah negara memandang remeh tetapi tidak jika anda ke Jepun. Terdapat ramai pelancung dari Malaysia dihantar pulang terutamanya jika anda lelaki atau perempuan dan travel antara 1-4 orang. Macam kami kerana pergi berkeluarga proses melepasi imigresen begitu mudah. Mungkin mereka nampak ada orang tua dan anak kecil. Saya akan kongsikan jadual perjalanan yang saya buat ketika saya ke Jepun untuk musim bunga dan luruh nanti. Sila tunggu ya.

 

10. Sila email Kedutaan Malaysia di Tokyo sebelum anda pergi bagi memaklumkan perjalanan anda disana beserta alamat dan nombor untuk mereka hubungi.

Sekiranya ada bencana yang berlaku, pihak kedutaan Malaysia dapat membantu apa yang perlu. Anda juga dinasihati untuk menyimpan nombor kedutaan Malaysia di sana serta harus mengetahui dimanakah lokasinya sekiranya berlaku perkara-perkara kecemasan seperti bencana alam.

11. Bawa International Adapter. 

Plug di luar negara kadang-kadang tidak sama voltannya seperti di Malaysia. Pastikan anda membawa international travel adaptor untuk mengelakkan anda tidak boleh mengecas telefon, kamera atau power bank yang anda bawa. 

12. Bawa Ubat-Ubatan.

Bawa ubat-ubatan yang perlu terutama untuk anak-anak seperti ubat demam, ubat batuk, ubat sakit perut dan begitu juga untuk yang dewasa. Kos perubatan di Jepun sangat mahal dan kos ke klinik juga berganda dari di Malaysia. Sekiranya anda mempunyai ubat yang mempunyai perskripsi tertentu dari doktor sila dapatkan dari doktor dan bawa sekali.

13. Bawa Bekalan Makanan

Jika anda membawa makanan, pastikan makanan tersebut di dalam bekas yang dibenarkan seperti plastik bungkusan yang rapi. Antara makanan yang kami bawa sewaktu trip kali ini ialah roti Gardenia, My Chef, Mee Sedap, Nutella, Oreo, Susu tepung dan makanan bayi. Kadang-kadang kanak meragam jika beralih tempat. Pastikan mood mereka baik sepanjang masa perjalanan dan bawa makanan kegemaran mereka. Kami juga membawa beberapa peralatan untuk makan memandangkan kami tinggal di hotel dan keperluan seperti gunting, cawan dan pinggan juga kami bawa. 

14. SediakanSenarai Semak (Checklist)

Checklist ini amat penting kerana ia membantu kita untuk membawa segala keperluan yang sepatutnya sepanjang perjalanan di luar negara. Kita mungkin boleh membeli sekiranya di sana tetapi jika semuanya harus dibeli belanja akan menjadi besar. Checklist sangat penting jika berjalan bersama keluarga. Disini saya sertakan checklist yang saya sediakan.

 

15. Bawa Pakaian Yang Sesuai Mengikut Musim

Pastikan pemakaian anda mengikut musim yang ada di negara tersebut. Ketika kami pergi ke Jepun, musimnya ialah musim bunga. Walaupun musim bunga tetapi suhu boleh mencapai 10 darjah celcius. Oleh itu segala persiapan lengkap harus ada seperti winter jacket, longjohn, mufler dan saya ada bawa sarung tangan cuma yang ini kami tidak gunakan kecuali untuk anak kecil saya bila kami keluar di waktu malam di Odaiba dan Kawaguchiko terlalu sejuk.

16. Bawa Kompas dan Sejadah Kecil Untuk Keperluan Solat dan Muat Turun Applikasi Di Dalam Handphone

Sebagai orang Islam, menyediakan peralatan untuk solat merupakan perkara utama yang perlu difikirkan ketika bermusafir. Jika anda ingin mengetahu waktu solat dan kiblat di Jepun, terdapat beberapa applikasi yang boleh dimuat turun dari internet. Tetapi saya hanya memilih beberapa applikasi sahaja yang biasa saya gunakan iaitu Muslim ProIslamic Finder dan Qiblat Finder. Handphone mungkin boleh membantu anda untuk menentukan arah kiblat. Terdapat pelbagai applikasi yang ada di dalam handphone tetapi tidak ramai juga yang tahu dimana handphone begitu sensitif apabila berdekatan dengan logam (metal atau besi). Bagaimana untuk anda mengetahu kiblat sebenar supaya tidak salah ialah anda boleh membuat perbandingan menggunakan kompas secara manual dan kiblat dari handphone. Kadang-kadang arah yang ditunjukkan tidak sama dan bermaksud ada gangguan yang berlaku membuatkan arah kiblat di dalam handphone berubah. Terdapat juga hadphone yang tiada kompas di dalamnya untuk membantu anda mencari arah. Saya menggunakan telefon Samsung Note 9, walaupun antara teknologi baru tetapi tiada kompas di dalam handphone tersebut. Saya sudah mengesahkan sendiri dengan Muslim Pro ketika ke booth mereka sewaktu MATTA fair apabila saya sukar untuk mendapat arah kiblat menggunakan handphone saya. Jadi pilihan saya ialah membawa kiblat secara manual adalah pilihan yang terbaik. Bagi menentukan menentukan kiblat anda harus tahu dimana Barat dan kiblat berada di sebelah barat laut.

17. Salinan-salinan dokumen-dokumen juga diperlukan.

Ia penting sekiranya handphone yang menyimpan maklumat kehabisan bateri atau hilang sewaktu perjalanan. Macam-macam perkara boleh berlaku. Jadi pastikan salinan-salinan ini juga dibawa. Antara salinan-salinan yang perlu di bawa ialah berikut:

a) Salinan Hotel Booking

b) Salinan Tiket Kapal Terbang

c) Salinan pengesahan tempat penginapan baik airbnb ataupun hotel. Pastikan anda mempunyai alamat tersebut dengan lengkap.

d) Salinan passport. Ini kerana jika anda kehilangan passport sekurang2nya salinan itu boleh membantu Kedutaan Malaysia di Tokyo untuk anda membuat passport baru.

Sila Klik Di Bawah Untuk Jadual Perjalanan Seterusnya

Hari Pertama

Hari Ke Dua

Hari Ke Tiga

Hari Ke Empat

Hari Ke Lima

Hari Ke Enam

 

 

Please share and like our webpage

6 Comments

  • Have you ever before had troubles with your webhost?

    I’m open for suggestions as my webhost is terrible at the moment.

  • Hello. I have checked your jejaktravelsantai.com and i see you’ve got some duplicate content so probably it
    is the reason that you don’t rank hi in google. But you can fix this
    issue fast. There is a tool that generates content like human, just search
    in google: miftolo’s tools

  • Hi there! I’m at work browsing your blog from my new iphone 3gs! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your posts! Keep up the superb work!

  • Having an impressive fan page is capable oof doing attracting great number
    of auddiences towards page. First coming from all, keep in mind that internet search engine
    robots read text, not images. Retail stores online formula for success depended heavily on advertising, iit advertised on famous sicial network sites
    and look engines.

  • What’s Going down i’m new to this, I stumbled upon this I’ve found It positively useful
    and it has helped me out loads. I am hoping to give a contribution &
    aid different users like its aided me. Great job.

  • I have noticed you don’t monetize jejaktravelsantai.com, don’t waste
    your traffic, you can earn additional cash every month with
    new monetization method. This is the best adsense alternative for any
    type of website (they approve all websites), for more info simply search in gooogle: murgrabia’s tools

Leave a Reply

Your email address will not be published.