Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah

Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, saya dan suami berpeluang mengerjakan umrah pada bulan November. Alhamdulilah Ya Allah kerana telah memilih kami untuk mengunjungi rumahmu dan bertemu dengan Rasulullah saw. Saya telah lama memasang niat untuk menunaikan umrah dalam beberapa tahun yang lepas tetapi tugasan kerja, mengandung, masaalah kesihatan dan anak-anak yang masih kecil memaksa saya menangguhkan perancangan tersebut. Akhirnya saya bersyukur apabila saya dan suami bersetuju untuk menunaikan umrah bersama. Perancangan awal adalah pada bulan Februari, tetapi komitmen saya dan suami di tempat kerja, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi pada bulan November. Sebelum keputusan mengerjakan umrah ini diambil, persiapan awal mental dan rohani haruslah dititikberatkan supaya pemergian ke tanah suci benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah. Disini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan sebelum menunaikan umrah.

1.Pergi Ke Kursus Umrah 

Setahun yang lepas, saya telah pergi ke kursus umrah di surau berdekatan dengan rumah saya untuk mendapatkan ilmu. Pada waktu itu, perancangannya masih belum jelas dan lebih kepada ingin mendapatkan ilmu sahaja tetapi dalam masa yang sama keinginan untuk menunaikan umrah begitu kuat tetapi anak kedua saya masih kecil ketika itu berumur setahun untuk saya tinggalkan. Mungkin ada ramai orang juga yang sama seperti saya, walaupun kita tidak tahu bila kita akan menunaikan umrah tetapi pergi mendengar kursus umrah juga mungkin menjadi asbab dan doa kita dimakbulkan Allah untuk memilih kita menjadi tetamunya. Apabila kita menghadiri kursus umrah, perasaan dan keinginan untuk menunaikan umrah menjadi sangat kuat dari perkongsian yang diberikan oleh penceramah serta mendengar pengalaman-pengalaman rakan kuliah yang hadir. Menghadiri kursus umrah sebelum anda membuat keputusan juga seperti terbukanya satu pintu di mana Allah sedang mengetuk hati kita untuk berkunjung ke Baitullah.  Diwaktu yang sama saya terus berdoa semoga Allah swt membuka dan mengizinkan saya dan suami untuk mengerjakan umrah. 

2. Memilih Agensi Umrah

Saya memilih pergi bersama travel agensi bagi memastikan tumpuan kami hanya untuk beribadah dan ada mutawif yang boleh dirujuk dan membantu.

Cara-cara memilih agensi yang saya lakukan sebelum mengambil keputusan ialah:

a) Pergi ke MATTA Fair bagi mendapat maklumat-maklumat tentang pakej umrah.

Terdapat banyak travel agensi yang menguruskan bahagian umrah sewaktu MATTA fair berlangsung. Saya mengumpul risalah-risalah dan membuat perbandingan dari segi harga, tempat tinggal dan perkhidmatan lain yang ditawarkan. Tetapi kerana terlalu banyak agensi, ia juga boleh menyukarkan kita untuk membuat pilihan.

b) Mengunjungi pejabat agensi travel

Saya juga ke pejabat-pejabat agensi umrah yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan antara agensi pelacongan yang kami pergi sangat terkenal iaitu Andalusia, Juara Travel, Tiram Travel dan Rayhar Travel. Berikut adalah pakej-pakej yang disediakan untuk rujukan anda.

Andalusia Travel

Lokasi-25, 27, 29, Jalan 1, 76, Jalan Kampung Pandan, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur

Website https://www.umrahandalusia.com

Juara Travel

Lokasi – No 1-2-1, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor

Website https://www.juaratravel.com.my

Tiram Travel

Lokasi-Ground Floor No.C3 A-G, Block C, Jalan Selaman 1, Dataran Palma, 68000 Ampang, Selangor

Website http://m.tiram.com.my

Rayhar Travel

Lokasi-No. 10, PNB Darby Park, Lot 2.3, Level, 2, Jln Binjai, 50450 WP, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Website http://www.rayhar.com

Mahabbaten Travel

No.28A, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Website https://mahabbaten.my

Sebenarnya ada banyak lagi agensi pelancongan yang ada. Anda boleh juga rujuk pada website Kementerian Pelancongan untuk melihat agensi berdaftar supaya tidak tertipu dengan sindiket penipuan.

c) Bertanya pendapat dan pengalaman orang sekeliling

Saya juga suka bertanya pendapat dan pengalaman kawan-kawan dan ahli keluarga yang telah menunaikan umrah. Ini membantu kami kerana dari pengalaman-pengalaman tersebut memudahkan kami untuk membuat pilihan. Akhirnya kami memilih Andalusia Travel sebagai agensi yang menguruskan umrah kami. 

Antara sebab-sebab mengapa saya memilih Andalusia kerana tertarik dengan pengalaman-pengalaman yang saya dapatkan dari perkongsian orang-orang sekeliling iaitu:

  • Sebelum
    • Kursus yang diadakan di Malaysia sangat teratur dan jika anda di Kuala Lumpur, pejabat di Desa Pandan menyediakan kursus pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
    • Pilihan untuk memilih tarikh pakej juga amat mudah kerana kita bebas memilih pakej dan tarikh kerana setiap minggu Andalusia ada menyediakan penerbangan ke sana.
    • Penerbangan khas menggunakan Malaysia Airlines bagi jemaah umrah yang di chartered oleh Andalusia dan anak-anak syarikatnya. 
    • Tiada masaalah visa diuruskan oleh Andalusia memandangkan kelebihan agensi ini yang telah mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan umrah serta hubungan dengan kerajaan Arab Saudi itu sendiri
  • Di Mekah dan Madinah
    • Pengurusan jemaah sangat teratur
      Kemudahan yang disediakan untuk jemaah sangat teratur
    • Terdapat hotel yang hanya 50 meter yang memudahkan kita untuk melakukan ibadah dan boleh pergi balik sekiranya perlu 
    • Tempat penginapan yang disediakan juga amat selesa untuk jemaah
    • Makanan yang disediakan juga amat selesa untuk jemaah
    • Urusan pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat lebih teratur
    • Aturcara jadual yang disusun sangat teratur
    • Panduan umrah sebanyak 3 kali oleh mutawif Andalusia
    • Program ziarah juga tersusun
    • Kebajikan jemaah sangat terjaga oleh mutawif berkhidmat
    • Mutawif Andalusia sangat berpengetahuan luas
    • Tahlil dan Yaasin Perdana yang dia adakan di Madinah
    • Penerangan jelas bila nak ke Raudhah
    • Kelebihan jemaah wanita di Raudhah kerana keistimewaan yang diberi oleh penjaga Raudhah kepada jemaah Andalusia
  • Harga Pakej Andalusia yang kami ambil termasuk :

    • Tiket penerbangan kelas ekonomi.

    • Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.

    • Menguruskan permohonan Visa Umrah 

    • Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara terakhir.

    • Segala lawatan di dalam surat pengesahan aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)

    • Umrah 3 kali bersama mutawwif.

    • Diberi beg pakaian besar & kecil, beg sandang, beg hamper & buku panduan umrah dan begserta buku ini tidak boleh dikembalikan kerana sudah termasuk di dalam pakej

    • Pelan takaful bagi kematian dan kemalangan berkelompok (Rujuk Perlindungan Takaful/Insurans)

    • Setiap jemaah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walaubagaimanapun Andalusia tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau  kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia.

3. Mahram

Bagi perempuan yang berumur bawah 45 tahun seperti saya harus pergi bersama mahram kerana mengikut undang-undang negara Arab Saudi, bagi tujuan umrah dan haji, perempuan bawah 45 tahun harus pergi bersama mahram. Dalam satu hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Tiada boleh wanita bermusafir kecuali bersamanya mahram”. Berdasarkan hadis itu, ia menjelaskan seseorang wanita itu tidak boleh bermusafir melainkan ditemani atau turut bersama mahramnya. Kerajaan Arab Saudi mengetatkan syarat bagi seorang wanita menunaikan haji dan umrah wajib pergi bersama mahramnya sebagai mengambil maklum riwayat hadis itu sebagai salah satu sumber hukum. Hukum itu terpakai kepada keperluan seorang wanita untuk mengerjakan haji dan umrah. Tetapi bermula pada 27 September 2019, kerajaan Arab Saudi memperkenalkan visa pelancongan yang membolehkan wanita-wanita bujang menunaikan umrah tanpa mahram. 

Ini adalah satu daripada perancangan program reformasi Wawasan 2030 kerajaan Arab Saudi sebagai persediaan untuk mereka menjana ekonomi dan berdepan dengan era zaman kekurangan minyak dan juga untuk menarik ramai pelabur asing untuk melabur dalam sektor pelancongan dan menyumbang kepada ekonomi mereka. 

4. Dokumen-Dokumen Dan Syarat-syarat

Ini adalah perkara utama yang harus kita ada sebelum pergi menunaikan umrah atau haji. Selain dari mahram yang diperlukan, dokumen-dokumen yang dinyatakan juga wajib ada. Syarat-syarat terkini sehingga September 2019 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi adalah seperti berikut:

No Jemaah Mahram Dokumen Diperlukan Nota
1. Isteri Suami Salinan Sijil Nikah Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama (Bahagian Undang-undang Keluarga/Nikah, Cerai dan Rujuk/Bahagian undang-undang Syariah) dan kemudian Wisma Putra(Kementerian Luar Malaysia)
Pastikan salinan Sijil Nikah tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
2. Adik Beradik

– Perempuan berumur 45 tahun

– Lelaki berumur 18 tahun ke atas

Jika adik perempuan 15 tahun ke bawah dan adik lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta

Abang

Lelaki berumur 18 tahun ke atas. *Yang telah mencapai tarikh lahir pada tarikh permohonan visa

 Pastikan salinan Sijil Nikah tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan adik beradik tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3. Ibu 
(46 tahun ke bawah)
Anak  lelaki
(19 tahun ke atas)
Salinan Sijil Lahir anak lelaki tersebut
Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dahulu kemudian Wisma Putra
 4.  Anak perempuan 46 tahun ke bawah dan anak lelaki di bawah 18 tahun

Jika anak perempuan 15 tahun ke bawah dan lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta.

 Bapa Salinan Sijil Lahir

Bagi perempuan yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra serta surat izin (Letter of Consent) dari suami yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra.

Suami isteri yang bawa anak lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, sila sertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan kemudian  Wisma Putra.

5.

Anak perempuan 46 tahun ke bawah dan anak lelaki di bawah 18 tahun

Jika anak perempuan 15 tahun ke bawah dan lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta.

 

Adik-beradik lelaki berumur 19 tahun ke atas.

*Yang telah mencapai tarikh lahir pada tarikh proses permohonan visa

Salinan Sijil Lahir kedua-dua beradik
Surat izin (Letter of Consent) dari bapa
Sekiranya bapa telah meninggal, perlu disertakan sijil kematian bapa yang telah disahkan JPN dan Wisma Putra.
Bagi perempuan yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan kemudian Wisma Putra serta surat izin (Letter of Consent) dari suami yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra.

6. Anak tiri

*Ibu perlu ikut serta

 

Bapa Tiri Salinan Sijil Lahir anak tiri
Salinan sijil cerai ibu dan bapa kandung yang telah disahkan oleh Pejabat Agama dan kemudian Wisma Putra. Sekiranya bapa kandung telah meninggal dunia, sertakan sijil kematian bapa yang disahkan JPN dan kemudian Wisma Putra.
Salinan sijil nikah ibu kandung dan bapa tiri yang disahkan oleh Pejabat Agama dan kemudian Wisma Putra.
Surat izin (Letter of Consent) dari bapa kandung perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah dan kemudian Wisma Putra serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
7. Anak saudara

Jika anak saudara perempuan 15 tahun ke bawah dan anak saudara lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta.

 

Bapa Saudara

Kedua-dua belah keluarga (ibu/bapa)

Salinan sijil lahir anak saudara,
Salinan sijil lahir bapa saudara,
Salinan sijil lahir ibu/bapa yang menunjukkan hubungan.
Surat izin Letter of Consent dari bapa kandung sahaja perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah dan kemudian Wisma Putra serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
8.  Cucu

Jika anak perempuan 15 tahun ke bawah dan anak lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta.

 Datuk

kedua-dua belah keluarga(bapa/ibu)

 Salinan sijil lahir cucu,
Salinan sijil lahir bapa/ibu yang menunjukkan hubungan.
Surat izin Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
 9.  Anak angkat

*Ibu angkat perlu ikut serta

 Bapa Angkat sahaja Salinan Sijil Anak Angkat (JPN)  Pastikan dokumen tersebut telah  disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dahulu kemudian Wisma Putra.

Sumber : umrah-ziarah.com

5. Permohonan Visa Umrah dan Ziarah

Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat travel agensi 45 hari sebelum hari penerbangan

a. Pasport Antarabangsa

Paspot adalah dokumen yang penting jika anda ingin ke luar negara. Pastikan paspot anda masih lagi sah dan bukan kurang dari 6 bulan dari tarikh anda terbang. Sekarang ini cara memperbaharui paspot terlalu mudah dan tiada alasan untuk anda tidak memperbaharuinya. Berikut saya kongsikan laman web Jabatan Imigresen Malaysia bagi bayaran paspot yang dikenakan.

Jabatan Imigresen Malaysia -Pasport Malaysia Antarabangsa

b. Pastikan Sijil Nikah telah disahkan oleh Jabatan Agama

Salinan Sijil Nikah haruslah disahkan oleh Pejabat Agama (Bahagian Undang-undang Keluarga/Nikah, Cerai dan Rujuk/Bahagian undang-undang Syariah) di Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur (JAWI). Sekiranya anda tinggal di Wilayah Kuala Lumpur alamat JAWI adalah seperti berikut:

Alamat:

Jabatan Agama Islam WIlayah Kuala Lumpur (JAWI)

Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Masa Operasi – Isnin sehingga Jumaat

Pukul 8.00 pagi – 4.30 petang

c. Gambar untuk Visa Umrah

Gambar diperlukan untuk urusan proses visa ialah 4 keping bersaiz 4 x 6cm berlatarbelakang putih dan saiz muka 80%

d. Buku Suntikan Vaksin 

Terdapat beberapa vaksin yang diwajibkan oleh pemerintah Arab Saudi bagi orang yang ingin melakukan umrah. Meningococcal  adalah yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi. Manakala pneumococcal dan influcenza adalah sampingan dan lebih baik sekiranya diambil. Saya dan suami mengambil ketiga-tiga vaksin ini daripada klinik Andalusia yang jauh lebih murah dibandingkan di klinik lain dan harganya seperti tertera di brosur di atas iaitu RM290.00 Anda akan diberikan kad vaksin dan perlu dihantar ke pihak agensi Andalusia

6. Pergi Kursus Umrah Yang Dianjurkan Agensi Umrah

Urusan yang seterusnya ialah menghadiri ke kursus umrah. Sebelum ini saya telah hadir ke kursus umrah untuk mendapatkan ilmu bukan dari agensi yang saya pergi. Tetapi kali ini, perasaan saya sangat berlainan kerana perjalanan umrah saya sudah pasti dan agensi yang kami pilih juga sudah pasti. Setiap minggu saya akan ke ibu pejabat Andalusia di Kampung Pandan. Kebiasaannya di sana, Ustaz Dato Daud Che Ngah yang akan memberikan ceramah dan hampir 3 bulan dan setiap minggu kami akan ke sana.

Alamat :

Lokasi-25, 27, 29, Jalan 1, 76, Jalan Kampung Pandan, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur

7. Tingkatkan Amalan

Antara amalan yang boleh kita lakukan ialah mengaji al-quran, berzikir, bersedekah, solat tahajud, solat taubat dan solat hajat. Maka perlulah dipertingkatkan semua amalan tersebut dengan harapan dapat melakukannya dengan mudah di tanah suci kelak. Jika ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka akan menjadi suatu bebanan dan keterpaksaan yang akhirnya memaksa diri melakukannya. Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila balik ke tanah air, sukar untuk diteruskan. Maka tiadalah penambahbaikan yang berlaku. Oleh yang demikian latihlah diri sebelum berangkat ke tanah suci kerana latihan ini memerlukan kecekalan dan masa yang panjang.

Sumber : fitrahalhajj.my

8. Membaca Buku Tentang Umrah

Pembacaan buku-buku berkaitan ibadah Haji dan Umrah, sejarah Madinah dan Mekah akan dapat membantu apabila kita menjalani ibadah tersebut. Membaca buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah dan Haji akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci. Selain untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah, tujuan ke Tanah suci sudah pasti untuk ziarah ke tempat-tempat yang bersejarah di sekitar Mekah dan Madinah. Dengan mengetahui riwayat dari tempat-tempat bersejarah tersebut terlebih dahulu, maka ketika berziarah ke tempat tersebut nanti, akan dapat lebih memahami dan menyelami makna tempat-tempat yang kita kunjungi. Firman Allah swt: “Di Baitullah terdapat bukti-bukti sejarah yang meyakinkan, antaranya tempat peribadahan Ibrahim; Sesiapa yang masuk ke sana, maka ia selamat.” (Surah Al-Imran; Ayat 97)

9. Berjumpa Doktor Untuk Penyakit Sedia Ada

Bagi yang mempunyai masalah kesihatan mintalah nasihat doktor tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Mekah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal. Jika anda berpenyakit sudah pasti anda risau dengan kesihatan di sana, inshaallah dengan keizinan tuhan semuanya akan dimudahkan. Sewaktu saya di sana, saya berjumpa dengan orang yang mempunyai pelbagai sejarah kesihatan mereka. tetapi alhamdulilah, semangat dan keyakinan membuatkan mereka begitu kuat melaksanakan amal ibadah. Saya juga berjumpa dengan beberapa orang tua yang sudah uzur tetapi kategori sebegini tidak boleh pergi bersendirian tetapi haruslah ditemani ahli keluarga.

10. Melakukan Aktiviti Senaman

Latihan Kecergasan

Bagi mencapai keadaan yang sihat dan segar, lakukan senaman secara teratur. Latihan bersenam, berlari atau beraerobik yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan usia bakal jemaah, amat perlu untuk menjaga kesihatan jantung kerana kesediaan fizikal yang baik dan jantung yang sihat diperlukan bagi menjalankan ibadah di tanah suci Mekah. Begitu juga kegiatan biasa seperti ulang alik ke Masjid, ke pasar dan lainnya dilakukan dengan berjalan kaki.

Maka ketahanan jasmani dan kesihatan harus dipersiapkan agar sentiasa cergas, bersedia, berstamina dan lebih tahan terhadap penyakit mahupun cengkaman hawa berbeza. Contohilah bagaimana Uwais al-Qarni mempersiapkan dirinya untuk ke Makkah di sini.

Latihan Berjalan Kaki

Lakukanlah latihan fizikal untuk membiasakan diri kita yang bakal menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid di tanah suci nanti, seperti berjalan kaki sejauh purata 3 hingga 4 kilometer, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ini adalah persediaan yang terbaik kerana rata-rata kedudukan hotel penginapan terletak agak jauh jaraknya iaitu :

  1. Jarak ke Masjidil Haram antara 50 – 1,500 meter
  2. Jarak untuk Tawaf mengelilingi Kaabah sejauh 500 meter – 1 kilometer
  3. Jarak Bukit Safa ke Marwah lebih kurang 420 meter dan apabila mengerjakan ibadah Saie, akan berulang alik 7 kali sejauh 2, 940 meter (hampir 3 kilometer)

Latihan fizikal ini adalah sebagai suatu ikhtiar kita sahaja kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah Allah swt. Latihan ini elok dimulakan 3 atau sebulan lagi keberangkatan kita ke sana.

sumber: shafiqolbu

11. Kelengkapan Dan Peralatan Menunaikan Umrah

Saya membeli barang-barang umrah dalam tempoh masa sebulan secara sedikit-sedikit. Apabila pergi dengan Andalusia, kami diberikan checklist kelengkapan dan perlatan yang perlu dibawa seperti di bawah.Anda juga perlu membawa pen marker permanent dan masking tape untuk kegunaan membalut beg ketika ingin pulang ke Malaysia nanti.

Sumber : umrah-ziarah.com

Link ke halaman seterusnya

Home

Persiapan Menunaikan Umrah

Pengalaman Sebelum Dan Selepas Menunaikan Umrah