Suasana Hari Raya Dulu Dan Sekarang

Hari ini sudah masuk 8 syawal kita menyambut hari raya aidilfitri pada tahun 2019 ini. Cepat sungguh masa berlalu dan bulan Ramadan telah meninggalkan kita iaitu bulan rahmat bulan berkat bulan kebajikan dimana kita mendapat pahala yang berganda. Semoga kita ditemukan lagi pada bulan Ramadan yang akan datang. Aamiinn..Admin masih ingat lagi sewaktu kecil, bulan Syawal adalah bulan yang paling ditunggu untuk menyambut hari raya. Lagu-lagu raya yang berkumandang membuatkan suasana hari raya lebih seronok dan dinantikan. Antara lagu kegemaran admin ialah nyanyian Anuar Zain dan Ellina dan liriknya adalah seperti berikut.

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
A E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Jika kita meneliti bait-bait ayat lagu ini, ianya menggambarkan suasana hari raya yang amat indah untuk dirasai ketika zaman admin kanak-kanak. Tetapi sebaik meningkat dewasa dan kini sudah berkeluarga, suasana menyambut hari raya menjadi lebih sederhana. Mungkin kerana faktor umur tambahan pula makanan yang pelbagai bukan hanya dapat di makan sewaktu hari raya, baju-baju baru dijual sepanjang tahun, makanan tradisi seperti lemang, dodol dan bahulu juga boleh didapati jika anda tinggal di Kuala Lumpur. 
Perbezaan menyambut hari raya dulu dan sekarang
1. Memasang Pelita Di Rumah
Dulu
Pelita di pasang menggunakan minyak tanah dan kebanyakan kedai runcit waktu itu banyak menjual pelita jenis begini. Selain pelita ada juga yang membuat pelita dari buluh. Lebih-lebih lagi apabila menyambut malam 27 likur iaitu malam 27 Ramadan. Ingat lagi arwah ayah akan bersusah payah menyediakan pelita untuk anak-anak bermain bunga api di waktu malam sebelum menunaikan solat terawih.
Sekarang
Cuma sekarang ni masih ada juga pelita tetapi ciri-ciri keselamatanya lebih tinggi dan ada yang menjual pelita elektrik. Malah kebanyakan rumah juga tidak banyak pasang pelita seperti dulu.
 
2. Kad Raya 
Dulu
Kalau kad raya pula banyak kedai yang akan menjual kad raya. Dan kadang-kadang ada juga kawan-kawan yang menjual kad raya. Aktiviti memberi kad raya adalah satu kemestian tanda ingatan untuk kawan, saudaramara, guru dan juga mak ayah. Jika dapat banyak kad raya, ianya akan digantung ketika hari raya menjadi seperti perhiasan. 
Sekarang
Kad raya bukan menjadi satu kemestian kerana mesej, whatsapp, email menjadi pengganti. Pelbagai design kad raya online yang boleh di dapati di dalam internet. Tapi perasaannya sedikit berbeza tidak seperti dulu.
3. Baju Kurung, Kebaya Tradisional Untuk Perempuan dan Baju Melayu Biasa Untuk Lelaki.
Dulu
Jika dilihat dengan baju raya pula, hanya ada beberapa fesyen sahaja. Corak-corak baju dan gaya baju masih menerapkan ciri-ciri keaslian tradisionalnya.
Sekarang
Terdapat pelbagai jenis gaya, corak, fesyen baju raya sekarang. Internet juga membantu kita untuk melihat fesyen terkini dan akhirnya menjadi ikutan ramai orang. Tidak kurang juga fesyen yang pelik-pelik juga muncul.
4. Bunyi Meriam Buluh
Dulu
Kedengaran bunyi meriam buluh jika anda tinggal di kampung. Tetapi ianya mempunyai ciri-ciri yang bahaya jadi memang ianya lebih baik diharamkan untuk bermain kerana faktor keselamatan. Jika di kampung, sekali meriam ini berbunyi mahu satu kampung akan kedengaran bunyinya.
5.Kuih Raya Tradisional
Memandangkan waktu dulu-dulu tidak ada oven elektrik yang murah dan pelbagai seperti sekarang. Ibu-ibu hanya menggunakan oven biasa untuk memasak kuih dan kek raya. Masa yang diambil juga agak lama dibandingkan dengan kaedah sekarang.Variasi kuih muih juga masih menerapkan ciri-ciri kuih tradisional.
6. Lagu-lagu raya 
Tanpa lagu raya kurang berseri suasana hari raya. Perasaan dan genre muziknya lebih menarik dan tidak ditelan zaman berbanding dengan lagu-lagu raya sekarang. 
7. Menunggu Pengumuman Puasa Di Hadapan TV
Dulu tiada handphoe mahupn internet. TV memainkan peranan penting untuk menyampaikan maklumat rasmi dari kerajaan seperti pengumuman HariRaya dari mohor-mohor besar Diraja.
8. Memasang Lampu Kelip-Kelip
Banyak Rumah yang memasang pelita dan ada sebahagiannya pula memasang lampu kelip yang berwarna warni menjadikan suasana lebih meriah.
9. Beraya Dari Rumah Ke Rumah Untuk Mendapat Duit Raya
Tradisi kanak-kanak beraya dari rumah ke rumah sama ada kenal atau tidak terlalu sinonim dengan masyarakat di kampung. Mungkin tidak kenal anaknya tetapi tuan rumah mungkin mengenali emak atau ayah dan banyaklah soalan yang akan ditanya oleh tuan rumah seperti kau ni anak siapa. Waktu tu berapa duit raya yang kita dapat pun kita tidak kisah walaupun hanya duit syiling. Yang penting perasaan seronok mendapat duit raya yang lebih penting.
Please share and like our webpage