Musim Luruh – Hari Terakhir di Tokyo ke Kuala Lumpur (Skyliner)

Travelog ke Jepun

Hari Ke Sembilan 10 November 2018 (Sabtu)

Gotanda

Hari ini ialah hari terakhir kami di Jepun dan kapal terbang kami berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 5.15 petang waktu Jepun.

Kami bertolak ke Narita Airport dari hotel Mystays Gotanda Station dalam pukul 10 pagi. Untuk penerbangan antarabangsa, adalah lebih baik berada 3 jam sebelum pesawat berlepas. 

Skyliner (Nippori ke Narita)

Dari hotel kami ke stesen JR dan terus ke stesen Nippori. Masa mula sampai saya menaiki Narita Express, manakala waktu balik kami menaiki Skyliner. Anda boleh rujuk di sini untuk perbandingan Narita Express dan Skyliner. Perjalanan dari Nippori ke lapangan terbang Narita menggunakan Skyliner ialah 36 minit lebih laju daripada Narita Express. Kami menggunakan JR Pass ketika menaiki Narita Express manakala Skyliner tidak boleh menggunakan JR Pass. Kami tinggal lebih 7 hari jadi JR Pass tidak lagi boleh digunakan.  Harga tiket sedikit murah dari Narita Express iaitu 2,470 yen.

Apabila tiba di stesen JR Nippori, kami terus menuju ke bahagian Skyliner. 

Tamatlah perjalanan kami menjelajah bumi Jepun selama 9 hari pada musim luruh ini bersama keluarga. 

Sila Klik Di Bawah Untuk Jadual Perjalanan Musim Luruh
Please share and like our webpage

Leave a Reply

Your email address will not be published.