Wabak Koronavirus 19

Wabak koronavirus menjadi isu terbesar dunia buat masa ini. Wabak ini mulanya dikesan di Wuhan, Hubei, Cina pada peretengahan Disember 2019. Diklasifilasikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Mengapa ia dipanggil pandemik kerana wabak ini telah menyerang dalam skop yang lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu daerah/negara. Terdapat 3 kategori bagi menunjukkan betapa seriusnya sesuatu penyakit. Kementerian Kesihatan Malaysia menghasilkan infografik di bawah untuk lebih mudah difahami.

Malaysia menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) bermula pad 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 dan kemudian dilanjutkan sehingga 14 April 2020 memandangkan peningkatan kes di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu ringkasan kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Mac 2020, 12:00 tengahari seperti di bawah.

Ringkasan kes Covid di Malaysia

Positif 2766
Negatif 29498
Pending 8219
Jumlah 40483

 

Pulih 537
Unit Rawatan Rapi 94
Jumlah 40483

Statistik dunia dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) yang diambil dari Worldometer berkenaan Korona virus boleh klik link disini. Beberapa negara yang mempunyai kes tertinggi di dalam dunia.

Apa itu Korona virus.