Wawasan 2020

Tahun 2019 akan melabuhkan tirainya dan tahun 2020 membuka lembaran baru. Saya masih ingat lagi sewaktu sekolah tahun 90an, wawasan 2020 adalah satu visi jauh yang digarap oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1990. Wawasan 2020 ketika itu terlalu jauh untuk dicapai.Wawasan kita pada masa itu sangat jelas untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, sebuah bangsa Malaysia yang bersatu berlandaskan tekmologi maju. Ketika itu saya sendiri membayangkan teknologi sudah berada di era kemodenan. Cerita kereta terbang sudah dibayangkan ketika itul

Masa berlalu amat pantas dan kini 2020 sudah tiba dan ternyata wawasan 2020 yang dibayangkan masih jauh lagi tersasar. Walaupun begitu harapan 2020 bukanlah semuanya gagal. Jika dibuat perbandingan di ibu negara Kuala Lumpur dengan tahun 90an pelbagai mercutanda dan bangunan-bangunan tinggi yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Wawasan yang dicanang bukanlah hanya dari segi teknologi tetapi 9 strategi iaitu:

Sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranyateguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budayamenyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Pengangkutan

Jika dilihat kemajuan di Malaysia dari segi kemajuan teknologi, pengangkutan antara salah satu pencapaian yang telah kita capai dan berbangga. Antaranya ialah:

1.Keretapi Transit Aliran Ringan (LRT)

2.Keretapi Transit Aliran Deras (MRT)

3,Keretapi Elektrik (ETS)

4.Monorel

5.KLIA Express

6.Komuter

Bangunan Pencakar Langit

Jika di luar negara terdapat pelbagai mercutanda dan menara yang dibanggakan oleh sesebuah negara, Begitu juga dengan Malaysia iaitu:

1. Menara Berkembar Petronas KLCC

2. Menara Kuala Lumpur

3. Menara Tun Razak Exchange

Malaysia mungkin tidak banyak perkara untuk dibanggakan tetapi usaha kearah mencapainwawasan 2020 masih jauh dan wawasan 2035 diharapkan dapat menyambung visi tersebutl

Please share and like our webpage