Musim Bunga – Hari Ke Lima (Shinjuku, Harajuku dan Shibuya)

Travelog ke Jepun

Hari Ke Lima 15 April

Masjid Tokyo atau dikenali sebagai Masjid Camii

Tibalah hari ke lima dan destinasi seterusnya ialah Shinjuku, Harajuku dan Shibuya. Untuk hari ini destinasi yang pertama ialah ke Masjid Camii yang terletak di Shibuya, walaupun ia terletak di Shibuya untuk kesini kami menaiki keretapi dari Shinjuku kemudian bertukar keretapi ke stesen Yoyogi Uehara. Perjalanan dengan berjalan kaki mengambil masa selama 15 minit iaitu 400 meter. Jika di dalam google map masjid ini juga berdekatan dengan Yoyogi Park dalam 2.9km. Masjid Camii diambil dalam Bahasa Turki yang juga dikenali sebagai Masjid Tokyo. Masjid megah ini dibangun pertama kali oleh komuniti Muslim Turki dari wilayah Kazan (Rusia) pada tahun 1938. Kedudukan geografi di mana Rusia dan Jepun berdekatan membuktikan banyak sejarah yang mengatakan Islam di Jepun datangnya dari Rusia. Setelah selesai solat di sini, saya patah semula ke stesen Yoyogi Uehara untuk ke stesen Shinjuku.

Bangunan Kerajaan Tokyo Metropolitan (Tokyo Metropolitan Government Building) 

Tiba di Shinjuku destinasi seterusnya ialah Tokyo Metropolitan Government Building. Perjalanan ke sini dalam 1km dan dengan membawa anak kecil dan ayah kami, kami berjalan perlahan-lahan menyusuri jalanraya ke arah bangunan tersebut. Setelah tiba di sana, kepenatan berjalan kaki sambil membawa anak kecil berbaloi kerana kami dapat melihat panorama sekitar Tokyo di observation deck di Tingkat 45. Terdapat 2 bahagian untuk melihat panorama tersebut tetapi kami pergi yang free memandangkan kami pergi pada hari Ahad dan yang bahagian berbayar tutup pada hari itu. Mula-mula agak risau juga sekiranya kami pergi tetapi memandangkan hari ahad tetapi nasib menyebelahi kami terdapat bahagian observation yang di buka khusus untuk pelancong-pelancong asing pada hari Ahad. Sekitar ketinggian 202 meter dari tingkat 45 tersebut, kelihatan bangunan-bangunan di setiap penjuru yang ada di Tokyo. Kepadatan penduduk di Tokyo jelas terlihat jika anda melihat dari bangunan ini. 

Dari bangunan Tokyo Metropolitan Building, selain ke stesen Shinjuku, bangunan ini juga dekat dengan stesen Tocho Mae yang menggunakan line subway iaitu Oedo line. Sekiranya anda ingin pergi ke destinasi seterusnya dari sini, boleh menggunakan subway ini kerana jaraknya cuma 210 meter dari bangunan Tokyo Metropolitan Building. Tetapi memandangkan kami ingin berjalan di sekitar stesen Shinjuku kami patah semula ke sana. Shinjuku merupakan salah satu bandar besar di Tokyo yang menempatkan banyak bangunan-bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Jepun. Selain dari pelbagai bangunan pencakar langit yang ada di sana, anda juga boleh melihat kesibukan rakyat Jepun di dalam stesen Shinjuku itu sendiri dan terdapat pelbagai platform yang menghubungkan pelbagai line keretapi antara Shinjuku dan yang lain sekitar Jepun.

 

Map di atas boleh di dapati di sini.

Selesai di sini kami ke Harajuku untuk shopping. Street yang terkenal di Harajuku dikenal sebagai Takeshita street. Sempatlah kami shopping omiyage (cenderahati) di sini termasuk beberapa pasang kasut sketchers.

Selesai di Harajuku, destinasi seterusnya ialah Shibuya. Sudah tentu destinasi yang terkenal ialah Shibuya Crossing dan patung Hachiko yang terkenal dengan sejarahnya. 

 


Ini adalah senarai tempat-tempat menarik yang ada di Shinjuku, Shibuya dan Harajuku. Kami tidak pergi semua tempat kecuali shopping complexnya yang kebanyakan semuanya hampir sama. Masa yang diperuntukkan lama untuk kami jelajah semua tempat jadi fokus kami adalah pada tempat-tempat yang menarik sahaja yang ada seperti di bawah:

Shinjuku

1. Masjid Tokyo / Masjid Camii

2.Tokyo Metropolitan Government Building

3. Virtual Reality Zone (VR Zone

4. Godzila

5. Shinjuku Gyoen

  • Japanese Tea House
  • Greenhouse

6. Shopping Complex

  • TokyuHands
  • 100 Yen Shop
  • Donquijote
  • Uniqlo
  • Isetan
  • Marui OIOI
  • Yodobashi Camera
  • Labi
  • Takshimaya

Shibuya

1.Patung Hachiko

2. Shibuya Crossing

3. Yoyogi Park

4. Center Gai

5. Shopping Complex

  • Seibu
  • Shibuya Mega Doquijote
  • TokyuHands
  • Loft
  • Daiso 100 Yen
  • Labi
  • BIC Camera
  • Forever 21
  • H&M
  • Uniqlo
  • Hikarie 

Harajuku

1.Takeshita Street / Takeshita Dori

2. Shopping Complex

  • ABC Mart
  • Daiso 100 Yen
  • Sketchers
  • 2nd Street

Sila Klik Di Bawah Untuk Itenerari-Jadual Perjalanan Seterusnya

2 Comments

  • Hi, It has come to our attention that you are using our client’s photographs on your site without a valid licence. We have already posted out all supporting documents to the address of your office. Please confirm once you have received them. In the meantime, we would like to invite you to settle this dispute by making the below payment of £500. Visual Rights Group Ltd, KBC Bank London, IBAN: GB39 KRED 1654 8703, 1135 11, Account Number: 03113511, Sort Code: 16-54-87 Once you have made the payment, please email us with your payment reference number. Please note that a failure to settle at this stage will only accrue greater costs once the matter is referred to court. I thank you for your cooperation and look forward to your reply. Yours sincerely, Visual Rights Group Ltd, Company No. 11747843, Polhill Business Centre, London Road, Polhill, TN14 7AA, Registered Address: 42-44 Clarendon Road, Watford WD17 1JJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *