Musim Luruh di Jepun

Trip Musim Luruh Di Jepun November 2018

Jepun mempunyai 4 musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim luruh dan musim panas. Kesemua musim ini memberi pengalaman yang berbeza kerana persekitaran dan suasana yang berlainan. Musim bunga dan musim luruh adalah dua musim yang paling saya suka ketika di Jepun. Kali ini saya kongsikan trip saya ke Jepun sewaktu musim luruh bersama keluarga selepas 7 bulan dari trip musim bunga kami pada bulan April yang lepas.

Trip saya kali ini bersama suami dan anak lelaki kami yang berumur 9 tahun. Sebelum ini kami ada membawa anak perempuan kami yang berusia setahun, tetapi kali ini kami terpaksa meninggalkan Ayra di Malaysia kerana perjalanan kami kali ini lebih jauh kerana kami akan menerokai beberapa bahagian di Kepulauan Honshu iaitu kepulauan terbesar di Jepun. Honshu mempunyai beberapa bahagian iaitu Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai dan Chugoku. Perjalanan kami kali ini dalam jarak jauh menggunakan Shinkansen iaitu keretapi laju di Jepun.

Trip ini selama 10 hari bermula daripada 2 sehingga 11 November 2018. Ini adalah itinerari perjalanan kami. Jika dibandingkan sewaktu musim bunga sebelum ini, waktu itu dalam sehari kami hanya mampu pergi antara 3 hingga 4 tempat sahaja kerana membawa anak kecil dan datuk mereka. Berlainan pula pada kali ini perjalanan kami bermula seawal 6 pagi hingga lewat 11 malam, makan dan solat di luar sahaja. Ini adalah itinerari perjalanan kami yang ringkas.  Semoga ia boleh memberi manfaat dan memberi anda serba sedikit idea jika ingin  ke Jepun bersama keluarga. Susunan itinerari ini amat sesuai untuk keluarga mahupun bujang jika ke Jepun.

Penerbangan kami ke Jepun kali ini menaiki penerbangan ANA Airline, kelas ekonomi yang dibeli pada bulan September 2018 iaitu 2 bulan sebelum kami melancong. Sama juga seperti pada musim bunga sebelum ini, kami hanya membeli tiket 2 bulan sebelum ke Jepun. Jika anda ingin mendapat tiket murah, membeli tiket lebih awal lebih menjimatkan. Terdapat pelbagai halaman web yang boleh anda rujuk bagi mendapatkan tiket mengikut budget anda. Saya juga ada kongsikan antara halaman-halaman web yang boleh anda cuba untuk membeli tiket kapal terbang disini. Kali ini kami akan mendarat di Narita dan bukannya di Haneda. Apa beza antara kedua lapangan terbang ini sila klik Narita dan Haneda.

Disini saya kongsikan beberapa persiapan yang lakukan untuk melancong bersama keluarga.Ok jom saya kongsikan pengalaman saya sewaktu musim luruh di Jepun pada November 2018 dan beberapa perkara utama yang harus difikirkan bila melancong ke Jepun:

  1. Persiapan Sebelum Melancong
  2. Itenerari Perjalanan
Please share and like our webpage

Leave a Reply

Your email address will not be published.