Musim Luruh – Hari Ke Tiga (Kobe, Osaka-Namba, Umeda)

Travelog Ke Jepun

Hari Ke Tiga – 4 November 2018 (Ahad)

Kobe

Dari hotel saya ke stesen Dobutsuen Mae ke stesen Shin Osaka untuk mengambil Shinkansen ke stesen Shin-Kobe.

Stesen Dobutsuen Mae – Stesen Shin Osaka – Stesen Shin Kobe (Keretapi Shinkansen) 

Stesen Shin Kobe – station bas Kobe City Loop (Berjalan kaki)

Perjalanan dari Shin-Osaka ke Shin-Kobe cuma 13 minit. Setibanya di Shin-Osaka kami keluar dari stesen dan anda boleh ikut laluan yang menunjukkan ke stesen bas yang berada betul-betul di luar stesen keretapi.

Kami mengambil Kobe City loop bas yang paling mesra pelancongan di sekitar Kobe dan terdapat banyak diskaun lebih daripada 30 tarikan di sepanjang atau berhampiran dengan laluan. 

Satu perjalanan: 260 yen untuk orang dewasa
Pas sehari: 660 yen untuk orang dewasa.

Antara tempat-tempat yang menarik ialah
i. Menara Pelabuhan Kobe
ii. Harborland
iii. Chinatown
iv. Muzium Bandaraya Kobe
v. Sannomiya
vi. Kitano Ijinkan
vii. Stesen Shin Kobe
viii. Terminal Bas Sannomiya
viv. Dewan Bandaraya
x. Menara Pelabuhan Kobe

       

Sepatutnya masa seharian ataupun dua hari diperlukan untuk menjelajah ke beberapa tempat menarik di Kobe seperti Pulau Rokko, taman Nunobiki Herb, Gunung Maya dan beberapa tempat menarik lain lagi. Tapi memandangkan saya telah silap menempah penginapan di Gunung Fuji pada 5 haribulan jadi dan penginapan tersebut tidak boleh dibatalkan jadi saya tidak dapat tinggal lama di Kansai dan keesokkannya saya harus pulang semula ke Tokyo.

Selepas menghabiskan masa di Kobe Harboland, kami berjalan kaki ke stesen Kobe cuma berjalan kaki sejauh 240 meter. Bukannya ke stesen Shin Kobe waktu kami sampai kerana kami tidak mengambil shinkansen. Kemudian setelah tiba di stesen, kami menaiki keretapi ke  stesen Osaka sebelum mengambil line Midosuji ke Stesen Umeda dan berhenti di stesen Namba untuk ke pasar Kuromon Uchiba.

Stesen Kobe – Stesen Osaka – Stesen Umeda – Stesen Namba – Kuromon Uchiba Market  

Kuromon Ichiba Osaka

Dari stesen Namba ke pasar Kuromon Ichiba berjalan kaki sejauh 800meter. Kenapa saya suka pergi pasar di Jepun kerana makanan laut dan buah-buahan yang ada dijual adalah bersaiz besar dan pasar mereka sangat bersih. Memandangkan saya dan suami seorang yang suka memasak dan suka ke pasar borong Selayang di rumah kami. Perbezaan terlalu ketara di antara pasar borong kereta dengan di Jepun. Mungkin kelebihannya ialah negara mereka sejuk dan Malaysia panas jadi buatkan keadaan begitu berbezka. Di dalam pasar itu juga mereka ada menjual daging-daging dan sudah pasti ianya tidak halal jadi kita sebagai orang Muslim tidak boleh memakannya kecuali buah-buahan. Terdapat sebuah kedai yang mesra Muslim yang menjual  makanan gorengan. Dapatlah kami makan sepuasnya dalam beberapa cucuk. Tapi jika anda ingin memakan  makanan laut juga boleh tetapi pastikan sos yang dijual tidakmem mempunyai bahan-bahan terlarang. Kami tidak berapa yakin seperti dalam cerita Jejak Jepun Jihan jadi kami tidak membeli makanan lain kecuali buah dan makanan gorengan yang mesra muslim seperti di dalam gambar.

  

 

Restoran Ramen Honolulu Osaka

Selepas berjalan sekitar Kuromon Ichiba, destinasi seterusnya ialah mencari makanan halal di Ramen Honolulu dengan berjalan kaki sejauh 1.2 km. Tetapi apakan daya waktu kami sampai dalam pukul 4 petang kedai tersebut tutup dan dibuka semula pada pukul 5.30 petang. Jadi jika anda ingin ke kedai makan di Jepun, pastikan waktu jualan mereka kerana mereka ada split shift dibuka dari pagi kemudian berehat dan buka semula di waktu petang sehingga malam. Untuk restoran ini waktu buka mereka seperti berikut:

 

Kami terpaksa menunggu di luar kedai lebih kurang satu jam. Kedudukan kedai ini yang agak tersorok dan jauh dari kedai-kedai shopping complex lain membuatkan kami menunggu sahaja di luar kedai. Setelah menunggu lama akhirnya kedai dibuka semula pada pukul 5.30 petang dan di Jepun waktu itu sudah malam. Berbaloi menunggu walaupun lama kerana makanan yang dihidangkan sangat enak. Kedai tersebut dibantu oleh 2 orang pelajar Indonesia yang membuat kerja part time disitu. Sekiranya ke Osaka, pergilah ke Restoran ini dan anda tidak akan menyesal kerana keenakannya.

     

Setelah siap makan, kami bergerak ke Stesen Namba yang berada sejauh 600meter dari restoran. Pastikan anda memilih stesen yang betul kerana untuk ke Namba terdapat beberapa yang namanya agak sama dan untuk stesen ini alamatnya seperti berikut:

5 Chome-10-1番60号 Nanba, Chuo Ward, Ōsaka-shi, Ōsaka-fu 542-8503, Japan

Umeda Sky Building

Dari stesen ini, kami ke stesen Umeda untuk ke destinasi seterusnya iaitu Umeda Sky Building. Memang sengaja kami pergi waktu malam untuk melihat gemerlapan cahaya waktu malam dari bangunan tersebut. Dari stesen Umeda ke sini berjalan kaki dalam jarak 750meter. Saya seorang yang gayat dengan ketinggian dan sudah pasti melihat ketinggian dan melalui escalator yang bergerak tinggi agak merisaukan saya seperti saya tidak seimbang. Setelah selesai, kami menaiki teksi ke stesen Umeda memandangkan kami sudah kepenatan banyak berjalan pada hari ini.

Dari stesen Umeda ke stesen Shin Imaiya dan pulang ke hotel.

Tamatlah hari ke tiga di Osaka.

Sila Klik Di Bawah Untuk Jadual Perjalanan Seterusnya

Please share and like our webpage

Leave a Reply

Your email address will not be published.