Nikko and Akihabara Halal Travel Guide

Travelog Ke Jepun

Hari Ke Tujuh – 8 November 2018 (Jumaat)

Nikko, Tochigi

Terdapat 2 perancangan sebenarnya untuk hari ini iaitu samada ke Nikko atau Yokohama. Tetapi anak saya Danish yang berumur 10 tahun meminta untuk ke Tobu World Square gara-gara menonton Jejak Jepun Jihan di tv. Memandangkan kami sudahpun sampai ke Jepun dan ianya adalah musim luruh, rugi rasanya jika saya tidak ke Nikko kerana musim luruh di Nikko sangat cantik. Memandangkan suami saya tidak begitu berminat untuk ke sana dan beliau ingin berjalan di sekitar Tokyo akhirnya saya meneruskan perjalanan ke Nikko berdua bersama anak lelaki saya sahaja. 

Serba sedikit tentang Nikko

Nikko adalah salah satu tapak warisan yang terbaik di dunia (best world heritage) dan ianya adalah sebuah bandar yang menarik di Tochigi, Jepun. Jika di lihat di dalam peta jepun kedudukan Nikko, Tochigi seperti di bawah. Jarak antara Nikko dan Tokyo ialah dalam 134km manakala jarak hotel yang saya tinggal iaitu Mystays Gotanda Station dengan Nikko ialah 145km. Nikko juga adalah mesra muslim dan terdapat pelbagai kemudahan untuk orang muslim disediakan antaranya tempat solat dan makanan halal dan anda boleh rujuk di sini

1)Dengan kereta api Line Tobu Asakusa
Laluan terus ke Nikko dari Tokyo menggunakan Tobu Railway dan keretapi ini diambil dari Stesen Tobu Asakusa. Memandangkan saya tinggal di Gotanda, jadi saya harus menaiki keretapi dari Gotanda dulu ke Asakusa. Terdapat 2 stesen keretapi di Gotanda iaitu yang menggunakan line JR dan line Asakusa. Untuk ke Asakusa, saya perlu menggunakan line Asakusa dan dari hotel stesen line Asakusa berada betul-betul di hadapan hotel Mystays Gotanda station yang kami tinggal. Walaupun ianya kelihatan dekat perjalanan lebih kurang dalam 200meter di bawah tanah. Menggunakan line ini, tempat duduk adalah reserve dan tidak boleh duduk sesuka hati. Waktu pulang semula ke Tokyo juga harus distempah sewaktu saya beli tiket keretapi.

JR Pass tidak boleh digunakan di line Asakusa. Oleh itu, saya membeli tiket dan menaiki keretapi Line Asakusa ke stesen Asakusa. Sebaik tiba di stesen Asakusa saya berjalan kaki ke luar dari stesen untuk ke stesen Tobu Asakusa sejauh 600meter. Pada mulanya agak sukar juga saya mencari stesen ini kerana saya fikir keretapi untuk ke Nikko terletak di stesen Asakusa yang sama. Rupa-rupanya ia di stesen yang berlainan iaitu stesen Tobu Asakusa . Keretapi ini adalah pilihan paling baik dan cepat jika anda ingin ke Nikko tanpa bertukar keretapi lain. Selain dari itu anda juga akan mendapat diskaun Nikko Kinugawa Discount pass sekiranya menggunakan line ini. 

Route:

Hotel – Stesen Gotanda – Stesen Asakusa (24min 13 perhentian Asakusa Line ) berjalan kaki ke Stesen Tobu Asakusa sejauh 600meter.

Stesen Tobu Asakusa  – Stesen Tobu Nikko (1jam 50min tanpa bertukar keretapi menggunakan Tobu Line) harga keretapi 2700 yen

Bahagian hadapan stesen Tobu Asakusa

Anda juga boleh rujuk di sini

bagaimana untuk ke Nikko. 

Kami menaiki keretapi limited express SPACIA.

2)Dengan kereta api Tohoku Shinkansen and JR Nikko Line

Keretapi ini diambil dari Stesen Shinjuku atau di Stesen Tokyo tetapi harus bertukar keretapi sebanyak 3 kali seperti di bawah. 

Stesen Shinjuku

Route:

1.Stesen Shinjuku – Stesen Ueno (Yamanote Line 26min)

2.Stesen Ueno – Stesen Utsunomiya (Tohoku Hokkaido Shinkansen 47min 3 stop)

3.Sebaik tiba di Stesen Utsunomiya jalan kaki ke stesen JR Utsunomiya ambil keretapi JR – Stesen Nikko (42min 6 stop)

 

Stesen Tokyo

Route:

1.Stesen Tokyo – Stesen Utsunomiya (Tohoku Hokkaido Shinkansen 50min 3 stop)

3.Sebaik tiba di Stesen Utsunomiya jalan kaki ke stesen JR Utsunomiya ambil keretapi JR – Stesen Nikko (42min 6 stop)

2)Dengan bas

Narita – Nikko (3jam 45 min 4500yen)

Haneda – Stesen Utsunomiya (2 jam 30 min 3600yen) transfer ke line JR untuk ke Nikko

Disepanjang perjalanan ke Nikko, pemandangan juga sangat cantik kerana kami melalui kampung-kampung dan kelihatan sawah padi dan pokok-pokok yang pelbagai warna kerana ketika itu ia adalah musim luruh.

Sebaik tiba di Nikko, anda boleh mengambil bas untuk bersiar-siar di sekitar Nikko. Pas bas tersebut boleh anda rujuk di sini. Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua hari jika anda ingin bersiar-siar dan berhenti di tempat-tempat menarik di Nikko. Map Nikko boleh lihat di sini.

Tobu World Square

Tobu World Square adalah sebuah muzium seni bina dan terdapat 102 bangunan terkenal di dunia termasuk 47 Tapak Warisan Dunia di sini. Ia juga adalah tempat yang mesra muslim. Sebaik tiba di stesen Tobu World Square, kami berjalan kaki sejauh 250meter untuk ke Tobu Woruld Square. Memandangkan saya menaiki Tobu line, keretapi berhenti terus di Tobu World Square tanpa menukar keretapi yang lain.

Bagaimana untuk ke Tobu World Square dari Narita, Haneda, Asakusa Dan Shinjuku

 

Pintu Masuk TObu World Square

Alamat

209-1 Kinugawaonsen Ohara, Nikko, Tochigi 321-2593, Japan

Waktu Buka

 9:00 a.m. to 5:00 p.m

Buka setiap hari  

Harga Tiket 

Dewasa 2800 yen Kanak-kanak 1400yen 

Tobu World Square sebuah tempat yang mesra muslim dan terdapat surau disediakan untuk sembahyang yang terletak di pintu masuk tempat ini. Di sini juga ada sebuah restoran Halal yang dikenali dengan Hian.

Kami mengambil masa selama 2 jam berjalan di dalam kawasan Tobu World Square ini kemudian makan di restoran halal iaitu Restoran Hian. Anda tidak perlu risau jika anda ke Tobu World Square untuk mencari makanan halal untuk muslim.

Restoran Hian (Halal)

Waktu Buka

 9:00 a.m. to 5:00 p.m

Buka setiap hari  mengikut waktu Tobu World Square

Menu 

Anda juga boleh melihat menu makanan restoran ini di sini.

Selepas menikmati makan tengahari dan puas berjalan di sekitar Tobu World Square, saya kembali semula ke Tokyo. Pada mulanya saya merancang untuk berjalan di sekitar Nikko tetapi memandangkan saya sudah berjanji dengan suami saya untuk ke Akihabara saya patah semula ke Tokyo menaiki keretapi Tobu Nikko express. Saya tidak perlu membeli tiket semula kerana tiket yang saya beli pada awalnya tadi ialah pergi dan pulang. Pastikan anda mengikut waktu dan tempat duduk yang telah ditempah kerana ianya harus seperti tempahan. Jika tidak anda harus membeli tiket baru. Saya lebih mengesyorkan supaya anda tinggal bermalam di Nikko jika ke sini kerana terdapat pelbagai lagi tempat yang menarik yang boleh dilawati. Sewaktu pulang saya tidak turun di setesen Tobu Askusa tetapi saya berhenti di stesen Asakusa

Setibanya di stesen Tobu Asakusa semula, saya berjalan kaki untuk ke stesen Asakusa dan mengambil line Ginza untuk ke Akihabara. Waktu itu sudah petang dan hampir gelap. Masa kami pada hari ini banyak habis di perjalanan sewaktu ke Nikko memandangkan ia agak jauh. Saya bertemu suami saya di stesen Akihabara.

Akihabara

Akihabara adalah kawasan yang paling saya minati 20 tahun yang lepas kerana barang-barang elektronik yang ada jual disini dan terdapat juga pelbagai kedai yang mejual komik-komik jual (manga) dan anime di sekitarnya selain dari barang elektronik. Memandagkan pada bulan April yang lepas kami tidak sempat berjalan di sekitar, kali ini kami betul-betul puas berjalan di sekitar Akihabara. Terdapat pelbagai shopping complex yang terdapat disekitar dan sudah tentulah antara yang terkenal ialah BIC camera, Yodobashi camera, Donquijote dan pelbagai lagi. Hari sudah beransur gelap dan kami pun sudah kelaparan dan mencari makanan halal di sekitar.

Di Akihabara, kami terus mencari restoran Coco House yang sudah terkenal di internet menjual makanan halal. Tetapi kami sudah tersalah restoran di mana terdapat 2 restoran Coco di Akibahara. Sebaik duduk di dalam restoran dan kami dapati terdapat juga beberapa warga arab dan kelihatan perempuan juga memakai tudung sedang menikmati hidangan di situ. Memandangkan kami agak ragu-ragu, dan menu yang dihidangkan banyak mempunyai unsur daging dan ayam. Saya bertanya dengan pelayan disitu dan mereka memberitahu dimana restoran ini tidak halal tetapi terdapat lagi satu buah restoran Coco yang menjual makanan halal. Alangkah bersyukurnya kami dan pelayan tersebut tidak marah kami keluar dari restoran malahan menunjukkan kami ke arah restoran halal yang kami cari. Alhamdulilah.

Restoran Curry House Coco Ichibanya (Halal)

Alamat

内尾松永ビル 1F 16 Kanda Matsunagacho, Chiyoda City, Tokyo 101-0023, Japan

Waktu Buka

 11:00 a.m. to 10:30 p.m

Buka setiap hari  

Setelah selesai di Akihabara, kami pulang semula ke hotel.

 

 

Please share and like our webpage