Home

Jejak Travel Santai

"I love to travel because i Iove to see different culture and i would like to discover beautiful places and nature. It gives me freedom to be me, myself. It helps to open my mind and change perception about life"
Rina
Jejak Travel Santai
“Melihat dunia luar menjadikan saya lebih bersyukur dengan kehidupan, melihat tanda-tanda keagungan dan kesempurnaan dalam penciptaan oleh Yang Maha Esa. Belajar dan mencuba sesuatu yang baru"
Hendry
Jejak Travel Santai

Our Travel Countries

Japan

Japan

Malaysia

Indonesia

Singapore

China

Korea

Thailand

Saudi Arabia

Travelogue di Jepun

Jepun adalah sebuah negara kegemaran saya selain dari tanahair saya sendiri iaitu Malaysia.

Musim Bunga dan Musim Luruh adalah musim yang paling digemari oleh ramai orang termasuk rakyat Jepun itu sendiri. Tempoh Musim Bunga di Jepun berlangsung dari bulan (Mac hingga Mei). Antara kelebihan pergi pada Musim Bunga ialah melihat bunga Sakura berkembang mekar. Walaubagaimanapun, tempoh Sakura berkembang terlalu pendek jadi anda kena memastikan lokasi yang anda pergi sewaktu ianya tengah berkembang. Musim Bunga berlaku selepas musim sejuk. Suhu pada waktu siang antara 15-20° celsius dan pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga 10° celsius. Suasananya yang tidak terlalu sejuk, agak dingin dan amat nyaman untuk berjalan. Musim bunga terkenal dengan bunga sakura dan terdapat pelbagai acara menikmati keindahan bunga sakura di sekitar Jepun dan sekiranya di Tokyo anda boleh melihat acara tersebut di beberapa kawasan seperti di 

i. Ueno Park (Taman Eeno Onshi)

ii. Shinjuku Gyoen National Park

iii. Chidorigafuchi di Tokyo Imperial Palace

iv. Taman Taito City Sumida

v. Taman Inokashira

vi. Sungai Meguro (Megurogawa)

vii. Taman Yoyogi

viv. Taman Koishikawa Korakuen

x. Taman Rikugi 

sumber dari Live Japan

 

Asakusa & Tokyo Beach & Odaiba

Day 4

Jepun mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk, Musim Bunga, Musim Panas dan Musim Luruh. Keempat-empat musim ini memberi pengalaman yang berbeza kerana menghasilkan persekitaran dan suasana yang berlainan. Musim Bunga dan Musim Luruh adalah musim yang paling digemari oleh ramai orang termasuk rakyat Jepun itu sendiri. Tempoh Musim Luruh di Jepun berlangsung dari bulan (Oktober hingga November). Musim luruh dipenuhi dengan dedaun yang berwarna kuning, oren, dan merah.

Untuk memastikan daun-daun bertukar warna, sila rujuk lokasi yang anda pergi untuk mengetahui waktu kemuncak musim luruh. Pada akhir bulan November (waktu kemuncak musim luruh di bandar-bandar besar seperti Tokyo, Osaka, dan Kyoto), waktu golden hour dan blue hour sangat panjang. Musim Luruh berlaku selepas musim panas. Suhu pada musim luruh sama seperti musim bunga iaitu waktu siang antara 15-20° celsius dan pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga 10° celsius. Read more….

Harajuku, Shibuya & Roppongi

Day 8

Narita to Kuala Lumpur

Day 9

Jejak Travel Santai

Travel Tips

Please share and like our webpage