Musim Bunga – Hari Ketiga (Hakone, Gotemba dan Kawaguchiko)

Travelog Ke Jepun

Hari Ke Tiga 14 April 2018 (Sabtu)

Hotel Mystays Di Seluruh Jepun Dan Meninggalkan Beg Di Hotel

Bermulalah hari ketiga kami di negara Jepun. Setibanya di Jepun saya tinggal dua malam di hotel Mystays Maihama. Masuk hari yang ketiga, kami berpindah hotel ke Mystays Gotanda Station yang juga rangkaian hotel yang sama iaitu Mystays Hotel. Jadual kami pada hari ketiga ialah ke Hakone, Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchi. Memandangkan perjalanan agak jauh dan sukar untuk membawa semua beg-beg, saya meninggalkan beg-beg di hotel kemudian akan mengambilnya semula malam nanti. Kebanyakan hotel di Jepun ada servis untuk menyimpan beg seperti di hotel rangkaian Mystays ini. Beg akan disimpan di ruangan khas di kaunter penyambut tetamu dan tiada kos yang akan dikenakan jika beg diambil sebelum pukul 12 malam. Kadar harga untuk anda simpan satu hari juga amat murah jika dibandingkan anda menyimpan beg di locker yang berada di stesen keretapi.

Sekiranya anda ke destinasi yang lain selepas bermalam di sesebuah hotel di Jepun kemudian balik semula ke hotel yang sama, Tiada kos yang akan dikenakan. Nanti saya kongsikan pengalaman saya sewaktu musim luruh dimana kami meninggalkan beg kami di Tokyo berhari-hari untuk ke Osaka dan patah semula ke Tokyo, Beg-beg yang kami tinggalkan dalam keadaan yang baik dan selamat. Yang senangnya apabila tinggal di Mystays ini. mereka ada talian bantuan online yang boleh kita hubungi. Jadi boleh berhubung dengan mereka sebelum saya ke Jepun. Antara perkara yang saya membuat pengesahan ialah:

1. Memeriksa sama ada tempahan ada atau tidak walaupun kita buat booking dengan agensi online seperti Booking.com, Agoda, Hotel.com dan lain-lain. Jadi ini begitu memudahkankan kerana risau jika sampai di sana tapi hotel tiada nama. Lebih-lebih jika anda datang pada ketika musim cuti Jepun.  

2. Pertanyaan-pertanyaan akan dijawab oleh pegawai khidmat pelanggan mereka yang fasih berbahasa inggeris.

Perjalanan ke Hakone

Seawal jam 7 pagi waktu Jepun bersamaan 6 pagi waktu Malaysia, kami sudah keluar dari hotel untuk ke Hakone. Dari hotel kami ke Hakone jaraknya dengan kereta ialah 100km. Selain dari berkereta terdapat kenderaan awam yang boleh sampai ke Hakone yang boleh diambil dari Shinjuku. Tetapi memandangkan kami membawa Ayra yang masih kecil dan ayah kami yang sudah tua untuk berjalan jauh, serta jarak perjalanan kami antara Maihama – Hakone – Gotemba – Kawaguchiko yang jumlah jarak perjalanannya ialah hampir 200km, saya dan suami bersetuju untuk kami menyewa kereta ke sana. Kami menggunakan perkhidmatan sewa kereta dari abang Dzulhaidy Abd Rahim yang cukup terkenal di kalangan penggemar-penggemar yang melancong ke Jepun. Sebelum kami ke Jepun, kami sudah berhubung dengan beliau dan sedikit deposit juga sudah diberi sebagai tanda kami confirm mengambil servis beliau. Tetapi abang Dzul tiada di Jepun pada waktu kami pergi dan kawannya yang bernama Sofrie Adry menjemput kami. Sofrie memang tinggal di Jepun dan ada visa kerja dekat sana sebagai anime. Orangnya baik dan beliau juga terkenal sebagai collector yang  menjual barang-barang anime dari Jepun.

Memandangkan Hakone, Gotemba dan Kawaguchiko tempatnya berjauhan antara satu tempat ke satu tempat lain, trip kami kali ini lebih kepada touch n go sahaja. Jika anda tidak mengambil private transport, cara lain untuk ke Hakone ialah sama ada menaiki bas ataupun keretapi. Keretapi atau bas boleh diambil dari Shinjuku ke Odawara menaiki Odakyu line/Odakyu Bas. Sekiranya menaiki keretapi, terdapat keretapi biasa dan romance car train dengan tempahan duduk. Boleh merujuk ke website Odakyu. Selain dari tu penggunaan Hakone pass lebih berbaloi untuk dibeli bagi menggunakan semua servis perkhidmatan awam yang ada di Hakone dengan percuma. Tetapi jika membeli Hakone pass, anda dinasihatkan untuk tidur di Hakone jika tidak seperti satu kerugian kerana pas tidak boleh digunakan untuk pergi ke semua tempat kerana faktor masa. Rujuk web ini untuk maklumat lanjut tentang Hakone pass.

 

Memandangkan trip ini lebih kepada touch n go sahaja sewaktu ke Hakone, kami hanya sempat menaiki kereta kabel di Hakone  Ropeway. Kami naik di stesen pertama iaitu Stesen Sounzan dihantar oleh Sofrie. Jika anda menaiki keretapi ataupun bas dari Shinjuku, anda haruslah ke Stesen Gora menggunakan Tozan train ke Stesen Sounzan. Tetapi memandangkan kami menggunakan private transport, kami terus ke stesen Sounzan dan berjumpa Sofrie di stesen yang terakhir iaitu Togendai. Kami tidak membeli tiket pergi balik. Setelah tiba di Togendai, kami dibawa oleh Sofrie ke Lake Ashi. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Kawaguchiko dan berhenti sebentar di Gotemba Premium Outlet.

 

Setelah tiba di Togendai, kami dibawa oleh Sofrie ke Lake Ashi sebelum perjalanan diteruskan ke Gotemba Premium Outlet.

Setibanya di Kawaguchiko, kami berhenti untuk makan tengahari dulu di Restoran Aladdin iaitu sebuah restoran halal disitu. Kemudian meneruskan perjalanan kami ke Oshi Park. Nasib kami kurang baik di mana, Fuji menyorokkan dirinya dan kami tidak nampak puncak Gunung Fuji. Di Kawaguchiko, kami merasai pengalaman sakura di tepi Tasik Kawaguchi. Kami hanya sempat berhenti di dua kawasan spot iaitu Oishi Lake dan satu lagi aku tak pasti. Di Osihi lake Danish ada membeli aiskrim vanila di situ dan kami mengambil gambar di kawasan yang bertulis Kawaguchiko. Kemudian memandangkan hari sudah semakin gelap, kami beransur pulang ke Maihama. Dibawah ini iaitu di Oishi Park adalah lokasi yang cantik untuk melihat Gunung Fuji tetapi nasib kami tidak baik pada hari itu kerana gunung Fuji menyembunyikan dirinya.

Kami tidak mengambil masa yang lama sewaktu trip kali ini di kawasan Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchiko. Tetapi sewaktu kami pergi pada musim luruh, kami bermalam di kawasan Gunung Fuji dan jadual perjalanan pada ketika itu juga di kawasan Fuji lebih banyak tempat yang kami lawati. Boleh layari di sini untuk maklumat yang lebih lagi tentang Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchiko.

 

Mystays Gotanda Station

Dari Kawaguchiko kami patah semula ke hotel kami di Maihama. Di kawasan gunung fuji, pukul 6 petang sudah gelap dan kami tiba di hotel dalam pukul 7.30 malam kerana jalan agak sesak memandangkan hari itu ialah hari Ahad. Servis yang kami ambil dari Sofrie juga termasuk menghantar kami dari hotel Mystays Maihama ke Hotel Mystays Gotanda. Inilah kelebihannya kita mengambil servis dari orang Malaysia kerana mereka tidak berkira. Jika kita mengambil servis dengan syarikat  pelancongan disana, setiap perjalanan mereka akan charge dengan harga lain. Malam tu kami cuma berjalan-jalan di sekitar kawasan Gotanda memandangkan anak-anak sudah keletihan untuk keluar. 

Kenapa kami suka sangat tinggal di Hotel Mystays Gotanda kerana lokasinya hanya 120meter sahaja dari stesen keretapi JR. Terdapat pelbagai kedai-kedai serbaneka yang ada di sekitar seperti Family Mart, 7 Eleven dan Lawson. Kedai family mart berada betul-betul bersebelahan dengan hotel dan 7 eleven pula di belakangnya. Selain itu terdapat kedai Book Off Plus yang menjual pelbagai barang 2nd hand antaranya ialah cd, games, jam, kamera dan pelbagai barangan lagi. Di Jepun barangan 2nd hand amat bermutu tinggi dan dalam keadaan yang baik.

Tamatlah hari ketiga.

Sila Klik Di Bawah Untuk Itenerari-Jadual Perjalanan Seterusnya

Please share and like our webpage